Masjid Kariah Kg Sg Machang Hilir

Masjid Kariah Kg Sg Machang Hilir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Kariah Kg Sg Machang Hilir, Religious Center, Kg Sungai Machang Hilir, Lenggeng.

26 Ogos 2026, Rabu, hari ini tiada kuliah tetapi ada peperiksaan kali pertama untuk sebahagian tajuk yang sudah dipelaja...
26/08/2026

26 Ogos 2026, Rabu, hari ini tiada kuliah tetapi ada peperiksaan kali pertama untuk sebahagian tajuk yang sudah dipelajari pada tahun ini. Nanti hujung tahun peperiksaan akhir p**a untuk sebahagian tajuk yang berikutnya. Ustazah Ruzina sempat memberi nota ulangkaji bagi persiapan muslimat menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah masa diberi selama satu jam untuk menjawab sebanyak 35 soalan objektif dan 30 soalan subjektif. Semoga muslimat dapat menjawab kesemua soalan dan mendapat markah yang cemerlang, insyaaAllah.

23 Ogos 2026, Program Sambutan Maulidur Rasul telah dapat dilaksanakan  dengan kehadiran penceramah undangan iaitu Profe...
25/08/2026

23 Ogos 2026, Program Sambutan Maulidur Rasul telah dapat dilaksanakan dengan kehadiran penceramah undangan iaitu Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah USIM serta tetamu undangan ADUN kawasan Lenggeng, Dato'Hj Mohd Asna, serta ahli jemaah masjid serta tetamu dari luar juga. Selepas solat Maghrib.semua jemaah berselawat bersama-sama bagi melahirkan kecintaan kepada junjungan nabi kita, seterusnya ceramah berkisar perjuangan nabi kita disampaikan oleh penceramah undangan. Ceramah yang disampaikan dalam tempoh satu jam itu banyak mengupas berkaitan amalan sunah yang perlu kita lakukan bagi menunjukkan rasa kecintaan kita kepada baginda seterusnya akan mendapat syafaat nabi diakhirat nanti. Usai solat Isyak berjemaah, semua tetamu yang hadir menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh pihk masjid juga yang disedekah oleh orang ramai. Semoga murah rezeki mereka ini. Alhamdulillah, semoga yang hadir mendapat syafaat nabi, insyaaAllah.

19 Ogos 2026, kuliah Pengajian Feqah untuk muslimat berjalan seperti yang dirancang di bawah bimbingan Ustazah Ruzina. H...
19/08/2026

19 Ogos 2026, kuliah Pengajian Feqah untuk muslimat berjalan seperti yang dirancang di bawah bimbingan Ustazah Ruzina. Hari ini masih lagi membuat ulangkaji tajuk-taajuk yang sudah dipelajari sebelum ini bagi persiapan peperiksaan yang akan diadakan pada minggu hadapan. Hari ini juga kuliah dipendekkan masa bagi memberi laluan menziarahi seorang sahabat sakit yang juga pernah belajar bersama dalam kuliah muslimat ini. Sahabat tersebut bernama Nurasyikin, tinggal di Taman Andalas. Usai kuliah dan selepas menjamu selera, kami bergerak ke rumah Nurashikin untuk bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan wang sahabat kuliah yang telah dikumpulkan sebelum ini bagi meringankan beban beliau. Alhamdulillah, hari ini muslimat bukan sahaja dapat hadir kuliah tetapi juga dapat menziarahi sahabat yang sakit. Semoga apa yang kita lakukan hari ini mendapat redho Allah.

12Ogos 2026,kuliah muslimat Pengajian Feqah berjalan dengan lancar. Minggu ini Ustazah Ruzina membuat ulangkaji kuliah b...
12/08/2026

12Ogos 2026,kuliah muslimat Pengajian Feqah berjalan dengan lancar. Minggu ini Ustazah Ruzina membuat ulangkaji kuliah bermula dari tajuk awal. Pelbagai soalan dikemukakan dan muslimah berbincang serta menjawab soalan. Dengan cara ini, muslimat dapat memahami tajuk-tajuk yang sudah dipelajari dengan lebih mendalam lagi. Usai membuat ulangkaji, muslimat menjamu selera sebelum bersurai. InsyaAllaah minggu hadapan masih lagi mengulangkaji pelajaran sebelum diadakan peperiksaan

5 Ogos 2026,Kuliah Pengajian Feqah dapat dijalankan dengan bimbingan Ustazah Ruzina Anas. Masih lagi tajuk Ibadah Haji d...
05/08/2026

5 Ogos 2026,Kuliah Pengajian Feqah dapat dijalankan dengan bimbingan Ustazah Ruzina Anas. Masih lagi tajuk Ibadah Haji dan Umrah sambungan kuliah minggu lepas. Isi kuliah boleh dilihat pada paparan gambar. Ustazah bersoal jawab selepas selesai menyampaikan kuliah. Alhamdulillah, tajuk tersebut dapat dihabiskan pada minggu ini. InsyaAllaah bertemu lagi kita pada kuliah akan datang.

29Julai 2026,alhamdulillah,kuliah wanita Pengajian Feqah berjalan lancar. Hari ini muslimat menyambung tajuk minggu sebe...
29/07/2026

29Julai 2026,alhamdulillah,kuliah wanita Pengajian Feqah berjalan lancar. Hari ini muslimat menyambung tajuk minggu sebelum iaitu Bab Haji dan Umrah. Antara perkara yang dibincang adalah Pengertian Rukun Haji, Rukun Haji, bulan-bulan haji, serta lain-lain perkara yang berkaitan. Seperti biasa Ustazah Ruzina bersoal jawab berkaitan perkara yang telah dipelajari bertujuan untuk mengukuhkan ingatan muslimat. Usai kuliah, muslimat menjamu selera dan bersurai selepasnya. InsyaAllah, berjumpa lagi kita pada minggu hadapan.

22/07/2026
8 Julai 2026,kuliah Pengajian Feqah berlaamgsung lagi. Masih lagi tajuk yang telah dipelajari iaitu Solat Jenazah. Antar...
08/07/2026

8 Julai 2026,kuliah Pengajian Feqah berlaamgsung lagi. Masih lagi tajuk yang telah dipelajari iaitu Solat Jenazah. Antara intipati yang terkandung dalam tajuk ini adalah rukun solat jenazah, kaifiat solat jenazah, solat jenazah ghaib serta perkara-perkara yang berkaitan..Seperti biasa selepas selesai belajar tajuk berkenaan, Ustazah Ruzina bersoal jawab dengan muslimat berkaitan apa yaang sudah dipelajari. Hal tersebut bertujuan mengukuhkan ingatan. Hari ini juga muslimat belajar solat jenazaah secara praktikal. Diharap selepas ini, muslimat lebih yakin melakukan solatbini apabila berlaku kematian di kariah ini. Selesai belajar, muslimat menjamu selera, Minggu hadapan kuliah ditangguhkan kerana ustazah ada temujanji dengan doktor.

1Julai 2026,kuliah Pengajian Feqah berjalan seperti yang dirancang. Minggu ini muslimat mengulangkaji tajuk Zakat. Antar...
01/07/2026

1Julai 2026,kuliah Pengajian Feqah berjalan seperti yang dirancang. Minggu ini muslimat mengulangkaji tajuk Zakat. Antara perkara yang disentuh dalam tajuk tersebut adalah jenis zakat, pengertian zakat harta benda, jenis harta benda yang dikenakan zakat kadar zakat harta benda dan perkara yang berkaitan tajuk. Kemudian, Ustazah Ruzina bersoal jawab kuliah yang telah disampaikan pada hari itu bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan berkaitan apa yang sudah dipelajari. Usai belajar, muslimat menjmu selera terlebih dahulu swbelum bersurai. InsyaAllaah minggu hadapan kita berjumpa lagi pada kuliah yang akan datang.

28 Jun 2026 , masjid  kita telah berjaya Program Jalinan Kasih bersama semua golongan penduduk di kampung ini. Antara tu...
28/06/2026

28 Jun 2026 , masjid kita telah berjaya Program Jalinan Kasih bersama semua golongan penduduk di kampung ini. Antara tujuan diadakan program ini adalah ingin menarik pelbagai golongan usia untuk hadir ke masjid khususnya dalam menjalankan ibadah solat secara berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Pelbagai ktiviti yang dijalankan dalam program ini. Antaranya melakukan solat Dhuha secra berjemaah serta mendengar tazkirah berkitan bulan Muharram. Kemudian diadakan pelbagai pertandingan seperti menating bola takraw untuk lelaki, pertandingan memilih bijirin untuk wanita dan pertandingn mewarna untuk kanak-kanak. Tetamu yang dijemput iaitu mantan ADUN kawasan Lenggeng, YB Dato'Hj Mohd Asna sempat berucap dalam program tersebut dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan. Sebelum program berakhir, jamuan. Semua yang hadir menikmati jamuan istimewa iaitu sate, bihon sop serta kuih-muih. Program selesai jam 12 tengah hari, alhamdulillah.

Address

Kg Sungai Machang Hilir
Lenggeng
71750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah Kg Sg Machang Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kariah Kg Sg Machang Hilir:

Shortcuts

Share