Masjid Misbahul Huda Kampung Awat-Awat

Masjid Misbahul Huda Kampung Awat-Awat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Misbahul Huda Kampung Awat-Awat, Religious organisation, kampung awat-awat, Lawas.

Majlis Sambutan Awal Muharam dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rafeek.Salam Maal Hijrah 1444H.
28/07/2022

Majlis Sambutan Awal Muharam dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rafeek.

Salam Maal Hijrah 1444H.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISBerilah Salam Walaupun Pada Kanak-kanakعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِك...
21/07/2022

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berilah Salam Walaupun Pada Kanak-kanak

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى غِلْمَانٍ فَسَلَّمَ عَلَيْهِم

Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertemu dengan beberapa orang anak kecil, lalu baginda memberi salam kepada mereka. (Sahih Muslim No: 4031) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Rasulullah SAW mengajar kita berakhlak mulia walau dengan sesiapapun

2.Antara akhlak mulia ialah mengucapkan salam apabila bertemu dengan orang Islam.

3.Rasulullah SAW memberi salam walaupun kepada kanak-kanak kecil

Ayuh miliki sifat rendah hati dan menghormati orang lain walaupun kanak-kanak kecil.

21hb Julai 2022
21hb Zulhijjah 1443H

Aktiviti Mingguan setiap malam Jumaat : Bacaan Yassin & Tahlil antara Maghrib dan Isyak.
14/07/2022

Aktiviti Mingguan setiap malam Jumaat : Bacaan Yassin & Tahlil antara Maghrib dan Isyak.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISGambaran Orang Sombong Di akhiratعَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَ...
13/07/2022

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Gambaran Orang Sombong Di akhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Daripada Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya dari nabi SAW bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Sombong adalah sifat Iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan orang lain.

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٣٤

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Surah al-Baqarah: 34).

2.Orang yang sombong tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”. (HR Muslim No:51)

3.Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.

4.Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

5.Orang yang sombong akan diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

6.Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT:

وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang” (Surah al-Israa’ ayat: 37)

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Sifat sombong itu apabila merasa dirinya lebih baik dari orang lain malah memperlekeh atau merendahkan mereka.

13hb Julai 2022
13hb Zulhijjah 1443H

DALAM Surah al-Hajj ayat 37, ALLAH berfirman yang bermaksud: “Daging dan darah haiwan korban itu tidak akan sampai kepad...
12/07/2022

DALAM Surah al-Hajj ayat 37, ALLAH berfirman yang bermaksud: “Daging dan darah haiwan korban itu tidak akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa daripada kamu.”

Sekitar majlis sembelihan haiwan sempena Hari Raya Aidiladha 1443. H bersamaan 10 Julai 2022.

Address

Kampung Awat-awat
Lawas
98800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Misbahul Huda Kampung Awat-Awat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share