Masjid Riyadzussolihin

Directions Website Contact the place of worship

Masjid Riyadzussolihin Kariah Padang Lalang, Langkawi Sumbangan anda boleh disalurkan melalui pautan : https://masjidriyadzussolihin.com/borang-kutipan-dana/

06/09/2026

SEPAK RAGA TUJU MERDEKA TERBUKA LANGKAWI 2026
EDISI KE-2
Anjuran Bersama MASJID RIYADZUSSOLIHIN & AHLI MAJLIS MPLBP ZON AYER HANGAT

Tarikh : 05 SEPTEMBER 2026 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 ptg

Tempat : PERKARANGAN MASJID RIYADZUSSOLIHIN KG PADANG LALANG

23/08/2026

ALHAMDULILLAH, KARPET BAHARU MASJID KITA DAH DAPAT DIGUNAKAN! 🕌✨

​Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan Jazakumullahu Khairal Jaza’ diucapkan kepada seluruh jemaah, pewakaf, dan penyumbang yang telah menjayakan Projek Wakaf Penukaran Karpet Baharu Masjid .

​Berkat keprihatinan dan kedermawanan anda semua, ruang solat utama kini lebih selesa, bersih, dan segar untuk kegunaan kita bersama.

​Semoga setiap sen yang diinfakkan dan setiap dahi yang bersujud di atas karpet ini menjadi saham akhirat serta pahala jariah yang mengalir berterusan buat tuan/puan sekeluarga.

​"Tumpuan selesa, ibadah sempurna." Jemput hadir imarahkan masjid kita!

SEPAK RAGA TUJU MERDEKA TERBUKA LANGKAWI 2026EDISI KE-2Anjuran Bersama MASJID RIYADZUSSOLIHIN & AHLI MAJLIS MPLBP ZON AY...
10/08/2026

SEPAK RAGA TUJU MERDEKA TERBUKA LANGKAWI 2026
EDISI KE-2
Anjuran Bersama MASJID RIYADZUSSOLIHIN & AHLI MAJLIS MPLBP ZON AYER HANGAT
Tarikh : 05 SEPTEMBER 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 ptg
Tempat : PERKARANGAN MASJID RIYADZUSSOLIHIN KG PADANG LALANG

📱Yuran : Rm50 Seregu
📱Format Kiraan mengikut pasukan Dapat Mata Servis
📱Tutup pendaftaran : 30 Ogos 2025
🎲 Undian pada 30 Ogos 2025 - 9.30pm
📱Sebarang pertanyaan dan penyertaan, boleh hubungi urusetia pertandingan (Apit) 019-297 8578 (Ron) +60 17-475 8296

Hadiah:-
💰Tempat pertama : Rm1000 + Piala + Medal + Hamper
💰Tempat kedua : Rm500 + Medal + Hamper
💰Tempat ketiga : Rm250 + Medal + Hamper
💰Tempat keempat : Rm150 + Hamper
💰Tempat ke 5 - 10 : Saguhati/hamper

ACARA SAMPINGAN
✨ TUJU GELUNG (Rm5.00/penyertaan) - 5 kali cubaan
✨ LAMBUNG GEGELUNG (Rm5.00/penyertaan) - 5 kali cubaan
✨ TIMBANG BERAT (Percuma) - Bundar Berat terhampir

JOM DAFTAR SAHABAT SEPAK RAGA TUJU SEMUA !‼️ SLOT TERHAD 32 TEAM SAHAJA

⚽ MAJLIS SERAHAN JERSI PASUKAN SEPAK RAGA TUJU MASJID RIYADZUSSOLIHIN ⚽​Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Serah...
17/07/2026

⚽ MAJLIS SERAHAN JERSI PASUKAN SEPAK RAGA TUJU MASJID RIYADZUSSOLIHIN ⚽

​Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Serahan Jersi rasmi kepada barisan pemain yang bakal membawa nama Masjid Riyadzussolihin ke Kejohanan Sepak Raga Tuju Antara Masjid Tertutup Langkawi 2026!

​Penyerahan jersi ini bukan sekadar simbolik pakaian sukan, malah ia membawa amanah, semangat kesukanan, dan penyatuan ukhuwah seluruh ahli kariah kita.

​Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan masjid, para penaja, dan seluruh kariah yang sentiasa memberikan sokongan moral serta material kepada pasukan ini.

​Selamat berjuang diucapkan kepada semua pemain! Tunjukkan aksi terbaik, jaga nama baik masjid, dan bawa pulang kemenangan dengan semangat kesukanan yang tinggi. 🏃‍♂️🔥
​

Tahniah dan Syabas! 🌟​Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua wakil Masjid Riyadzussolihin yang telah menyertai d...
17/07/2026

Tahniah dan Syabas! 🌟

​Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua wakil Masjid Riyadzussolihin yang telah menyertai dan mengharumkan nama masjid dalam Pertandingan Memasak Bubur Asyura anjuran LADA dan Pejabat Agama Daerah Langkawi.

​Terima kasih atas komitmen, usaha sama, dan semangat kerja berpasukan yang luar biasa. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkati dan membawa lebih banyak kejayaan serta kebaikan kepada kariah kita pada masa akan datang.

​Masjid Riyadzussolihin Sentiasa Di Hati! 🥣✨

🌸 JOM KE KULIAH! 🌸​Pihak Masjid Riyadzussolihin menjemput seluruh ahli kariah dan orang ramai untuk sama-sama hadir ke K...
09/07/2026

🌸 JOM KE KULIAH! 🌸

​Pihak Masjid Riyadzussolihin menjemput seluruh ahli kariah dan orang ramai untuk sama-sama hadir ke Kuliah Maghrib Perdana sempena Maal Hijrah yang akan datang.

​Isikan masa lapang kita dengan pengisian ilmu!
​🗣️ Penceramah Jemputan: Ustaz Abdul Wafi Samsurrijal
🗓️ Tarikh: 10 Julai 2026 (JUMAAT)
⏰ Masa: 8:00 PM (Kuliah Bermula Selepas Maghrib)
🕌 Tempat: Masjid Riyadzussolihin, Kg Padang Lalang
📖 Tajuk: HIJRAH DALAM ERA DIGITAL: MEMBINA AKHLAK DAN UMMAH

​Sama-sama kita berkongsi ilmu, memperkasakan akhlak, dan memperkukuh perpaduan ummah.
​🌍 Semua dijemput hadir! Sila sebarkan.

𝖠𝗌𝗌𝖺𝗅𝖺𝗆𝗎𝖺𝗅𝖺𝗂𝗄𝗎𝗆 𝖶𝖺𝗋𝖺𝗁𝗆𝖺𝗍𝗎𝗅𝗅𝖺𝗁𝗂 𝖶𝖺𝖻𝖺𝗋𝖺𝗄𝖺𝗍𝗎𝗁 𝖽𝖺𝗇 𝖲𝖺𝗅𝖺𝗆 𝖴𝗄𝗁𝗎𝗐𝖺𝗁.​Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-N...
05/07/2026

𝖠𝗌𝗌𝖺𝗅𝖺𝗆𝗎𝖺𝗅𝖺𝗂𝗄𝗎𝗆 𝖶𝖺𝗋𝖺𝗁𝗆𝖺𝗍𝗎𝗅𝗅𝖺𝗁𝗂 𝖶𝖺𝖻𝖺𝗋𝖺𝗄𝖺𝗍𝗎𝗁 𝖽𝖺𝗇 𝖲𝖺𝗅𝖺𝗆 𝖴𝗄𝗁𝗎𝗐𝖺𝗁.

​Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, 𝙿𝚛𝚘𝚐𝚛𝚊𝚖 𝙼𝚎𝚖𝚊𝚜𝚊𝚔 𝙱𝚞𝚋𝚞𝚛 𝙰𝚜𝚢𝚞𝚛𝚊 𝚊𝚗𝚓𝚞𝚛𝚊𝚗 𝙼𝚊𝚜𝚓𝚒𝚍 𝚁𝚒𝚢𝚊𝚍𝚣𝚞𝚜𝚜𝚘𝚕𝚒𝚑𝚒𝚗 pada 5 Julai 2026 (Ahad) telah berlangsung dengan jayanya.

​Pihak jawatankuasa masjid ingin menzahirkan rasa hiba dan bangga melihat kesungguhan, keringat, serta kerjasama yang ditunjukkan oleh semua anak kariah—sama ada yang menyumbang tenaga memusing sudip di kawah, membungkus, mahupun yang datang memberikan sokongan moral.

​Semangat kesukarelaan yang ditunjukkan hari ini adalah bukti kukuh betapa utuhnya ukhuwah dalam kalangan komuniti kita.

​Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik, sumbangan tenaga, dan masa yang telah anda berikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Jazakumullahu Khairan Kathiran. Assalamualaikum.

Assalamualaikum WBT, Untuk makluman semua, MASJID RIYADZUSSOLIHIN  akan mengadakan program :AGENDA: PROGRAM GOTONG ROYON...
04/07/2026

Assalamualaikum WBT,
Untuk makluman semua, MASJID RIYADZUSSOLIHIN akan mengadakan program :

AGENDA: PROGRAM GOTONG ROYONG BUBUR ASYURA M.R.S 1448H/2026M

TARIKH : 05/07/2026
HARI : AHAD
BERMULA : 7.30AM
MASA EDARAN : SELEPAS SOLAT ZOHOR

Semua Anak Qariah, Kg Padang Lalang, Kg Tua, Kg Huma dan Kg Padang Ragut dijemput Hadir bersama-sama bergotong-royong didalam program ini.

TERIMA KASIH.

S/U Masjid.

💎 SEDEKAH JUMAAT: SAHAM AKHIRAT YANG MENGALIR PAHALA TANPA HENTI 💎​"Setiap kali dahi jemaah sujud di atas karpet ini, me...
26/06/2026

💎 SEDEKAH JUMAAT: SAHAM AKHIRAT YANG MENGALIR PAHALA TANPA HENTI 💎
​"Setiap kali dahi jemaah sujud di atas karpet ini, mengalirlah pahala buat anda yang berwakaf."
​Sempena hari Jumaat yang mulia ini, jom ambil peluang menyumbang dalam Projek Wakaf Karpet Masjid Riyadzussolihin.

​Harga 1 Lot: RM20 sahaja!
​Status Terkini: RM98,616.21 telah terkumpul (72% daripada sasaran RM136,320.00).

Sedikit sahaja lagi untuk kita capai sasaran!

​Cara Menyumbang:
​Online Transfer: Agro Bank (200-5011-000008611) - Jaw. Kariah Masjid Padang Lalang

​Scan QR Code: Sila rujuk imej qr untuk scan kod QR .

📞 Hubungi: 019-4200168 untuk maklumat lanjut.

​Semoga Allah memberkati rezeki dan menggantikan sumbangan anda dengan ganjaran yang berlipat ganda. Amin.

Address

Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 05:29 - 21:30
Tuesday 05:30 - 21:30
Wednesday 05:30 - 21:30
Thursday 05:30 - 21:30
Friday 05:30 - 21:30
Saturday 05:30 - 21:30
Sunday 05:30 - 21:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Riyadzussolihin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Riyadzussolihin:

Shortcuts

Share

Category