PAS Kawasan Langkawi

PAS Kawasan Langkawi Pages Rasmi PAS Kawasan Langkawi.
(1)

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Dukacita dimaklumkan bahawa Anis Fareedza  binti Abu Bakar telah kembali ke rahmatull...
04/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dukacita dimaklumkan bahawa Anis Fareedza binti Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah.

PAS Kawasan Langkawi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Anis Fareedza.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا، وَارْحَمْهَا، وَعَافِهَا، وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”



-Fatihah

SELAMAT BERMUKTAMAR kepada semua perwakilan daripada PAS Kawasan Langkawi.Semoga Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-72 m...
03/09/2026

SELAMAT BERMUKTAMAR kepada semua perwakilan daripada PAS Kawasan Langkawi.

Semoga Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-72 menjadi medan memperkukuh ukhuwah, menyatukan saf perjuangan serta memperteguh iltizam untuk terus memperjuangkan Islam.

“Kembali kepada Penyelesaian Islam”

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam setiap amanah yang dilaksanakan.

PAS Kawasan Langkawi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.Marilah kita ber...
31/08/2026

PAS Kawasan Langkawi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan, memperkukuh perpaduan serta membina sebuah negara yang aman, adil, sejahtera dan diberkati Allah SWT.

Semoga Malaysia terus maju dengan berteraskan nilai Islam, keadilan dan kesejahteraan rakyat, serta sentiasa dilindungi daripada segala bentuk perpecahan dan kemudaratan.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, serta m...
24/08/2026

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, serta menghayati sirah dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ diterjemahkan melalui akhlak yang mulia, persaudaraan yang kukuh dan kesungguhan menegakkan kebaikan dalam masyarakat.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah al-Ahzab: 21

🌿 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

صل على النبي محمد🌸

Selamat Hari Lahir Panglima Kami,Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihata...
04/08/2026

Selamat Hari Lahir Panglima Kami,
Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, usia yang penuh keberkatan, kekuatan yang tidak pernah luntur serta kebijaksanaan dalam memimpin.
Semoga setiap langkah perjuangan dan setiap pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima di sisi-Nya.

Terima kasih atas kepimpinan yang tegas, keberanian mempertahankan kebenaran serta kesungguhan berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara Dato' Seri bersama keluarga, mengurniakan rahmat dan perlindungan-Nya, serta terus memimpin Kedah dan rakyat ke arah kesejahteraan yang diredai.

بارك الله في عمرك، وجعل حياتك مليئة بالخير والبركة.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Dukacita dimaklumkan bahawa Zulkifli bin Haji Noh (Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS P...
29/07/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dukacita dimaklumkan bahawa Zulkifli bin Haji Noh (Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Parlimen Langkawi) telah kembali ke rahmatullah.

PAS Kawasan Langkawi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Zulkifli.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”



-Fatihah

ZIARAH ASNAF PERKUKUH KEBAJIKAN MASYARAKATLangkawi, 26 Julai 2026 (Ahad) – Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Langkaw...
27/07/2026

ZIARAH ASNAF PERKUKUH KEBAJIKAN MASYARAKAT

Langkawi, 26 Julai 2026 (Ahad) – Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Langkawi dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Langkawi telah mengadakan Program Ziarah Asnaf bagi menyantuni beberapa keluarga yang memerlukan di sekitar Taman Nilam, Belanga Pecah dan Bohor Merah.

Program ini bertujuan menzahirkan keprihatinan serta menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dan PAS Kawasan Langkawi. Kehadiran rombongan bukan sahaja membawa bantuan, malah turut memberikan sokongan moral serta mendengar sendiri keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh penerima.

Semoga usaha kebajikan seperti ini dapat diteruskan secara berterusan sebagai tanda kasih sayang dan tanggungjawab bersama dalam membantu golongan yang memerlukan. Diharapkan setiap sumbangan yang disalurkan mampu memberi sinar harapan serta meringankan beban kehidupan mereka.

"Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain."

Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Langkawi Terus Prihatin Santuni Golongan Memerlukan Tanpa Mengira WaktuOleh: Shakira...
24/07/2026

Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Langkawi Terus Prihatin Santuni Golongan Memerlukan Tanpa Mengira Waktu

Oleh: Shakirah Azizan

LANGKAWI, 24 Julai– Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Langkawi terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kebajikan yang dilaksanakan secara berterusan.

Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Langkawi, Nurul Taqwa Hamid menegaskan bahawa pihaknya sentiasa cakna terhadap keperluan masyarakat setempat dan tidak pernah bersikap bermusim dalam menghulurkan bantuan.

“Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat sentiasa cakna, turun mengorak langkah menghulur bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira masa. Kami tidak bermusim dan tidak memilih,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, pihak lajnah telah menziarahi beberapa individu yang sedang diuji dengan pelbagai kesulitan hidup. Antaranya termasuk Adik Norsafari yang kehilangan anak tersayang dalam kejadian lemas melibatkan jetski, selain turut berdepan ujian apabila suaminya kini mengalami masalah kesihatan yang agak kronik.

Turut disantuni ialah Puan Norma yang kini hanya mampu terlantar akibat penyakit yang dialami, memerlukan sokongan moral dan perhatian berterusan daripada masyarakat sekeliling.

Selain itu, ziarah turut dilakukan ke atas Encik Aizad yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang dan kini dalam fasa pemulihan.

"Program ziarah ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan terhadap mereka yang sedang berdepan ujian hidup selaras dengan tuntutan Islam yang menggalakkan umatnya sentiasa membantu golongan yang memerlukan" .Katanya lagi.

Turut bersama Ahli Majlis Bandaraya Pelancongan Langkawi, Azlina Azinan, Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Zakiah Kamaruddin, Ketua Assabiqat Dewan Muslimat, Asema Murad, dan beberapa AJK Lajnah Kebajikan.

Program Kacau Bubur Asyura Bersama Komuniti Meriah, Eratkan UkhuwahNaimah NatzeriLANGKAWI – Program Kacau Bubur Asyura B...
18/07/2026

Program Kacau Bubur Asyura Bersama Komuniti Meriah, Eratkan Ukhuwah

Naimah Natzeri

LANGKAWI – Program Kacau Bubur Asyura Bersama Komuniti yang berlangsung di Tok Itam Homestay, Temonyong berjaya dilaksanakan pada 14 Julai 2026 dengan kerjasama ahli Pengajian Ummu Ruqiyyah. Program ini dilaksanakan dengan meriah dan harmoni oleh ahli pengajian. Program ini adalah program bersama Ahli Majlis, En. Ahmad Sidek dengan kerjasama Pengajian Ummu Ruqiyyah.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu menyaksikan penyertaan hampir 30 orang ahli Pengajian Ummu Ruqiyyah yang berganding bahu menyediakan bubur Asyura secara bergotong-royong. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua peserta jelas menggambarkan nilai perpaduan dan keprihatinan yang terus subur dalam kalangan komuniti.

Hasil usaha bersama, sebanyak 110 bekas bubur Asyura berjaya disiapkan sebelum diagihkan kepada peserta dan masyarakat sekitar sebagai tanda berkongsi rezeki serta menyemarakkan amalan bersedekah di bulan Muharam.

En. Ahmad Sidek dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan program tersebut walaupun program yang di rancang kurang dari 1 minggu. Beliau menyifatkan aktiviti seperti ini bukan sahaja menghidupkan tradisi masyarakat Melayu, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat saling membantu serta memperkukuhkan hubungan sesama kita.

Program berakhir dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan dengan harapan agar usaha seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium memperkukuhkan perpaduan masyarakat serta menyemarakkan budaya gotong-royong dalam masyarakat.

17/07/2026

🌙 KEM REMAJAKU SEJAHTERA ! 🌙

Cuti sekolah dah dekat…
Anak masih habiskan masa dengan phone, TV & tidur?

✨ Jom ubah cuti kali ini jadi lebih bermakna!
💖 Bentuk disiplin, akhlak & keyakinan diri
🕌 Dekatkan hati anak dengan Allah
🤝 Aktiviti menarik + pengisian rohani

📍PANORAMA RESORT LANGKAWI
📅 24 & 25 JULAI 2026
👥 Umur 12 – 16 tahun
💰 Yuran hanya RM20!

🔥 Tempat TERHAD – cepat daftar sebelum penuh!

📲 Klik sini sekarang:
👉 wasap.my/+60175090518/DaftarKRS
👉 wasap.my/+601171866142/DaftarKRS

💬 Jangan tunggu… hadiahkan anak cuti sekolah yang ubah hidup mereka ❤️



Address

PEJABAT PAS KAWASAN LANGKAWI, Lot 1600 Jalan Kampung Teluk Mardi
Langkawi
07000

Telephone

+6049553699

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share