Masjid Jamek Kampung Kok, Langkawi

Masjid Jamek Kampung Kok, Langkawi بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Hari Raya AidilAdha
27/05/2026

Selamat Hari Raya AidilAdha

27/05/2026

Amalan Sunnah Pada Hari Raya Aidiladha

Mari sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ. Semoga Allah SWT menerima segala amalan, ibadah dan pengorbanan kita.

02/02/2026
20/01/2026

‎HIKMAH KEDUDUKAN NABI DI SETIAP LANGIT

‎1. Nabi Adam a.s. (Langit Pertama): Beliau dikhususkan di langit pertama kerana beliau adalah nabi dan manusia yang pertama bagi umat manusia. Maka, selayaknyalah beliau menjadi yang pertama di langit pertama. Selain itu, tujuannya adalah untuk memberikan rasa tenang kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui hubungan bapa dan anak.

‎2. Nabi Isa a.s. (Langit Kedua): Beliau di langit kedua kerana beliau merupakan nabi yang paling dekat masanya dengan Nabi Muhammad ﷺ.

‎3. Nabi Yusuf a.s. (Langit Ketiga): Kedudukan beliau menyusul kerana umat Nabi Muhammad ﷺ akan masuk ke dalam syurga mengikut rupa ketampanan Nabi Yusuf.

‎4. Nabi Idris a.s. (Langit Keempat): Beliau berada di langit keempat berdasarkan firman Allah: "Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi" (Surah Maryam: 57). Kedudukan langit keempat daripada tujuh lapisan langit itu merupakan kedudukan tengah yang paling seimbang.

‎5. Nabi Harun a.s. (Langit Kelima): Beliau berada di langit kelima kerana kedudukannya yang hampir dengan saudaranya, Nabi Musa (yang berada di langit atasnya).

‎6. Nabi Musa a.s. (Langit Keenam): Beliau berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada Nabi Harun kerana kelebihan beliau yang dapat berkata-kata dengan Allah (Kalimullah).

‎7. Nabi Ibrahim a.s. (Langit Ketujuh): Beliau adalah nabi yang paling utama (paling afdal) selepas Nabi Muhammad ﷺ dan bapa bagi para Anbiya. Maka sesuai bagi Nabi ﷺ mendapat ketenangan dengan bertemu bapa terakhir sebelum menuju ke alam yang lain. Selain itu, darjat seorang Khalil (Kekasih Allah) menuntut kedudukan yang tinggi, namun darjat seorang Habib (Kekasih yang dicintai - Nabi Muhammad) adalah yang paling tinggi; sebab itulah Nabi ﷺ naik melampauinya sehingga ke tahap Qaba Qausain (jarak dua hujung busur panah) atau lebih dekat lagi.

‎Sumber: Kitab al-Israk wa al-Mikraj, Imam al-Suyuthi

17/01/2026

Azan bukan hanya untuk solat.
Dalam mazhab Syafie, azan disunatkan juga dalam pelbagai keadaan sebagai zikir, peringatan dan perlindungan.

17/01/2026

𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐈𝐧𝐢 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡, 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐋𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐧?
𝐈𝐬𝐫𝐚' 𝐌𝐢'𝐫𝐚𝐣 | 𝟐𝟕 𝐑𝐞𝐣𝐚𝐛 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

Alhamdulillah, sebagai umat Islam, Allah mempertemukan kita lagi di hari yang sangat istimewa. Satu malam yang penuh peristiwa, satu malam yang meninggalkan banyak pengajaran.

Dan yang paling penting, Allah hadiahkan sesuatu yang boleh dekatkan kita dengan-Nya. 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭!

Kita jadikan solat sebagai kewajipan yang membebankan. Sampai kita lupa solat adalah hadiah untuk kita mendekatkan di kepada Sang Pencipta. Sebagai satu ruang untuk kita berhenti sekejap daripada dunia. Ruang untuk kita mengadu, untuk kita luahkan rasa, untuk kita berdialog terus dengan Pencipta. Tapi, berapa ramai antara kita yang solat sekadar rutin? Tergesa-gesa, fikiran melayang, hati jauh…

Bayangkan kalau kita jumpa orang yang kita sayang. Kita hadir tapi tak fokus, tak rasa gembira, tak ada rasa rindu. Apa yang tinggal dari pertemuan itu? Sama juga dengan solat. Allah sentiasa menunggu, Allah sentiasa mendengar. Hadiah itu sentiasa tersedia. Hanya hati kita saja yang kadang jauh.

Mari jadikan Isra' Mi'raj ini sebagai titik mula baru. Titik mula untuk kita hadir sepenuhnya dalam setiap sujud. Titik mula untuk kita hadirkan rasa rindu dan bahagia bila bertemu Allah. Solat bukan beban. Solat adalah 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡, ruang istimewa yang Allah sediakan untuk kita.

09/01/2026

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

🕋 SALAM JUMAAT 🕋

🌺 *JOM BERINFAQ DI MASJID JAMEK KG. KOK, LANGKAWI* 🌺

🕌 Pihak Masjid Jamek Kampung Kok, Langkawi memohon jasa baik Tuan & Puan untuk berwakaf bagi:

☑️Pengurusan & Penyelenggaraan Masjid.

☑️Kuliah / Pengajian

Semoga sumbangan Tuan & Puan mendapat ganjaran yang Tinggi di sisi Allah SWT

🤳 Sila imbas QR Code Bank Islam untuk berwakaf*
*_MASJID JAMEK KG KOK_*

BANK ISLAM: 02066011180193
(TETUAN MASJID JAMEK KG KOK)

جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا

Address

Kampung Kok
Langkawi
07000

Telephone

+60124316320

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Kampung Kok, Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share