26/12/2023
ASHABUL KAHFI: PERTEMBUNGAN DUA AI
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Pertembungan dua AI, iaitu Datuk Seri AI dan Ustaz AI dalam isu ashabul kahf (the seven sleepers) sebenarnya adalah dua pertembungan pada konteks yang berbeza yang tidak sepatutnya bertembung.
2) Apa yang diutarakan oleh Datuk Seri AI mengenai ashabul kahf sebagai pemuda yang beragama Kristian - bukanlah beliau merujuk kepada akidah Kristian Trinity, kerana beliau turut mengepilkan ayat suratul Kahf (innahum fityatun aamanu birobbihim) - secara jelas memaksudkan akidah pemuda ashabul kahf itu beriman dengan Tuhan yang dimaksudkan oleh al-Quran.
3) Cetusan yang disebut oleh Datuk Seri AI itu sebenarnya boleh membawa kepada kesan positif - yakni boleh membuka dimensi perbincangan orang-orang Kristian untuk memahami kisah ashabul kahf menurut naratif al-Quran p**a. Sebagaimana yang kita tahu, cherita the seven sleepers tiada dalam pencheritaan Bibles pun, cuma dinukilkan oleh agamawan Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad lagi. Al-Quran mengesahkan bahawa peristiwa itu benar-benar berlaku, lalu pastilah orang-orang Kristian juga akan teruja untuk mengetahuinya.
4) Sebagaimana fenomena dalam media sosial kebelakangan ini dalam kempen "non-Muslim read Quran" yang menyebabkan ramai influencer beragama Kristian memeluk Islam kerana mereka membaca al-Quran secara konsisten dan mendalami maksudnya - sebahagian besarnya memeluk Islam kerana beranggapan al-Quran menjawab semua persoalan mereka yang tidak terjawab dalam Bible.
5) Bahkan ada yang memeluk Islam kerana al-Quran membawa kisah Maryam (Mary) - ibu Nabi Isa (ibu Jesus Christ) dengan pencheritaan yang lebih detail dan harmoni. Malahan Ada terkagum dengan kisah keluarga 'Imran yang merupakan ibubapa kepada Maryam - yang mereka tidak tahu langsung mengenainya.
6) Kisah-kisah Biblical yang diperakui kesahihan cherita itu dalam al-Quran, dengan naratif yang lebih baik dan mempunyai susunan bahasa serta pengajaran yang menyerap ke dalam hati mereka - menyebabkan mereka yakin dengan kebenaran Islam. - lalu mereka memeluk Islam dengan penuh keinsafan dan gembira. Maka sari satu sudut, cetusan Datuk Seri AI itu tidak wajar dikecam sebagai menyesatkan.
7) Manakala kritikan keras Ustaz AI p**a - mengatakan sesat kepada sesiapa yang menganggap ashabul kahf sebagai Kristian - adalah berdasarkan konteks Kristian hari ini - Trinity. Ajaran Trinity adalah bercanggah dengan ajaran tauhid yang dibawa oleh para nabi sejak Adam, Noah, Abraham, Isaac, Solomon, David, Joseph, John, Jesus dan Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam.
8 ) The seven sleepers tidak sekali-kali perchaya kepada Trinity. Mereka beriman kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Mereka melarikan diri daripada kekejaman raja yang zalim yang memaksa rakyatnya menyembah berhala, menyembah selain daripada Allah. Timeline the seven sleepers adalah sebelum kedatangan nabi Muhammad sholollahu 'alaihi wasallam - maka untuk memudahkan penulisan, maka mereka disebut beragama Kristian - bukan seperti Kristian hari ini.
9) Dalam bahasa Arab, Kristian disebut al-Masihiyyun (pengikut nabi Isa). Istilah al-Masihiyyun tiada dalam al-Quran, melainkan disebur a-Nashoro (Nasrani). Namun ada ulama yang mengatakan an-Nashoro dan al-Masihiyyun adalah sama. Dalam pengkelasan lebih besar - al-Masihiyyun dibahagi kepada lima kump**an yang disebut dalam al-Quran. Ahlul Kitab (common term untuk Yahudi dan Kristian), an-Nashoro, al-Hawariyyun (12 disciples) dan Gentiles.
10) Jadi, mengatakan ahsabul kahf sebagai beragama Kristian adalah tidak sesat jika konteksnya adalah konteks akademik. Tetapi penegasan Ustaz AI, yang sesat itu jika kita letakkan konteks Kristian Trinity hari ini dinisbahkan kepada agama para pemuda ashabul kahf, ia pastilah jauh daripada kebenaran - yakni sesat.
11) Bahkan penegasan oleh Ustaz AI itu adalah berupa protection kepada persepsi dan sentimen umat akhir zaman ini yang mudah dikelirukan oleh ajaran karut -yang boleh membawa kepada faham pluralisme. Ia mencegah umat daripada memahami perkara yang salah jika menganggap ashabul kahf itu dengan istilah Kristian - kerana orang-orang yang tidak belajar pasti akan menisbahkannya kepada Kristian hari ini yang Trinity, sambut Krismas, ada santa klaus dan sebagainya.
12) Jika diambil dari sudut sederhana dan positif, pertembungan Datuk Seri AI dan ustaz AI ini akan membawa kepada pencerahan dan percambahan pemikiran yang lebih positif. Tetapi apa yang berlaku adalah pentaksub Datuk Seri AI mengkhawarijkan penyokong Ustaz AI, manakala penyokong Ustaz AI p**a menyesatkan pentaksub Datuk Seri AI.
Sekian
P/s: Gambar ilustrasi AI mengenai tujuh pemuda Melayu yang tidur di Gunung Jerai