25/08/2026
Isnin | 24 Ogos 2026
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ:
"Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam."
(Surah Al-Anbiya' : 107)
Selawat & Salam Atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, Atas Izin Allah SWT semalam telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Nur Jammeh Kg Bakau Jaya Baru.
Sambutan dimeriahkan dengan kunjungan Kepimpinan Kampung, AJK Masjid, para jemaah serta ahli qariah Masjid dan masyarakat sekampung.
Sambutan Maulidur Rasul saban tahun diisi dengan Bacaan Berzanji, Majlis Aqiqah serta bercukur, Berselawat, dan Jamuan bersama.
Jutaan Terima kasih buat semua yang menyumbangkan pelbagai hidangan, membantu dari segala aspek.
Moga kita semua memperoleh Rahmat Allah SWT serta Syafaat Baginda Rasulullah SAW.