27/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐.๐
๐๐๐ซ๐จ๐ค๐ข ๐๐ญ. ๐๐จ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐, ๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ญ๐ฎ
๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐๐ -15 Ogos 2026 , Konsert Rohani 2.0 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 15 Ogos 2026, bertempat di Dewan Paroki St. Dominic, Lahad Datu, bermula pada jam 8.00 malam.
Penganjuran konsert ini merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Paroki St. Dominic yang ke-74 Tahun, di samping meraikan Hari Kesyukuran Pastoral Indonesia. Program ini dianjurkan oleh CHARIS St. Dominic.
Konsert ini menampilkan barisan artis jemputan iaitu Dabra Sia, Lyron Felix dan Rhowell Rolland, yang memberikan persembahan penuh bertenaga dan menyentuh hati para hadirin. Suasana turut dimeriahkan dengan persembahan live band oleh Rassat Blues, yang mengiringi perjalanan konsert sepanjang malam.
Menariknya, Konsert Rohani 2.0 berjaya menghimpunkan seramai 468 orang peserta. Penyertaan bukan sahaja terdiri daripada umat Gereja Katolik, malah turut disertai oleh umat daripada gereja dan denominasi Kristian yang lain. Kehadiran pelbagai komuniti ini memperlihatkan bahawa muzik dan iman mampu menjadi jambatan yang menyatukan umat dalam semangat persaudaraan dan kebersamaan.
Konsert Rohani 2.0 telah dirasmikan oleh Rektor Paroki St. Dominic, Rev. Fr. Stanley William Matakim. Kehadiran beliau turut memberikan sokongan dan penghargaan terhadap usaha para penganjur serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Secara keseluruhannya, Konsert Rohani 2.0 bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi menjadi wadah untuk umat berkumpul, bersyukur, berkongsi kegembiraan dan menghayati nilai persaudaraan dalam kehidupan beriman. Kejayaan penganjuran ini diharapkan dapat menjadi inspirasi untuk terus memperkukuhkan semangat perpaduan dan pelayanan dalam kalangan komuniti Kristian di Lahad Datu.