27/03/2026
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DOA SELAMAT DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE 219 TAHUN 2026
🕌 Masjid Ar Raudhah
🗓️ 27.03.2026 (Jumaat)
⏰ 11.00 pagi
Bertempat di Masjid Ar Raudhah, Lahad Datu, telah berlangsung Program Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan peringatan Hari Polis ke 219 Tahun 2026.
Program kerohanian ini telah dipimpin olehh Imam Daerah Lahad Datu, Ustaz Hj Fahmi Abd Rahman dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Lahad Datu bersama Ketua-ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memohon kesejahteraan, perlindungan serta kekuatan buat seluruh warga Polis Diraja Malaysia dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Selain itu, program ini juga menjadi wadah dalam memperkukuhkan ukhuwah, menyemai nilai keinsafan serta meningkatkan penghayatan terhadap amalan kerohanian.
Semoga segala amalan yang dilaksanakan diberkati dan menjadi asbab kebaikan serta memperoleh keredaan Allah SWT dalam menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara.