Masjid Nurul Ulum Kampung Segama Batu 8, Lahad Datu

Masjid Nurul Ulum Kampung Segama Batu 8, Lahad Datu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Nurul Ulum Kampung Segama Batu 8, Lahad Datu, Religious organisation, Kampung Segama Batu 8, Lahad Datu Town.

21/03/2026
LAHAD DATU – Majlis Berbuka Puasa Sekampung telah berlangsung dengan meriah di Masjid Nurul Ulum, Kampung Segama Batu 8,...
16/03/2026

LAHAD DATU – Majlis Berbuka Puasa Sekampung telah berlangsung dengan meriah di Masjid Nurul Ulum, Kampung Segama Batu 8, dengan kehadiran penduduk kampung serta tetamu jemputan bagi bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Encik Fendy Ali dengan kerjasama Pengerusi Masjid Nurul Ulum, Encik Mohd Remy Jumatin, serta Ahli Jawatankuasa Masjid.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Kampung Segama Lama Batu 8, Puan Norshima Abdul Hakim, bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Segama Lama, Puan Rasidah Damrah, selain sokongan padu daripada para penduduk kampung.

Majlis ini turut, asnaf juga mendapat sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Ikram Malaysia cawangan Sabah. Manakala sumbangan duit raya di sumbangkan daripada Encik Hamzani Ariffin kepada syukbah kuburan Kampung Segama Batu 8. Para hadirin turut menikmati hidangan berbuka puasa yang menyelerakan yang disediakan oleh Restoran & Catering Salmie Nasi Kerabu, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan suasana majlis.
Penganjuran majlis seumpama ini diharapkan dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Program ini juga dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuhkan ukhuwah dan perpaduan komuniti setempat.

"Ramadhan adalah peringatan bahawa harta paling berharga adalah iman, dan perhiasan terindah adalah akhlak yang mulia. M...
20/02/2026

"Ramadhan adalah peringatan bahawa harta paling berharga adalah iman, dan perhiasan terindah adalah akhlak yang mulia. Mari hiasi bulan ini dengan ibadah terbaik kita."

AssalamualaikumAlhamdulillah pada hari ini, infak wakaf karpet telah pun ditutup dan pembayaran kepada pihak Auliah tela...
16/02/2026

Assalamualaikum

Alhamdulillah pada hari ini, infak wakaf karpet telah pun ditutup dan pembayaran kepada pihak Auliah telah pun selesai.

Terima kasih kepada para penyumbang, tua atau muda, yang berbeza latar belakang, yang jauh mahupun dekat dengan ini pihak Ajk Masjid Nurul Ulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian semua. Segala infak tuan/puan sekalian akan dimanfaatkan demi keselesaan jemaah untuk menunaikan ibadah di rumah Allah ini.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah segala puji kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW, para ahlul ...
13/02/2026

Alhamdulillah segala puji kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW, para ahlul bait baginda, sahabat r.a, tabi tabiin dan para ulama.

Kami dari pihak Ajk Masjid Nurul Ulum Kg Segama Batu 8 mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemaah masjid dan warga ahli kariah Segama bersama-sama mengimarahkan rumah Allah ini.

Alhamdulillah berkat kasih sayang dan maghfirah dari Allah Swt, majlis Kenduri Sekampung Masjid Nurul Ulum Kg Segama Batu 8 Lahad Datu pada 12hb Februari 2026 (semalam) berjalan dengan penuh ukhwah sesama insan.

Majlis ini bukan sahaja bertumpu kepada perlaksanaan majlis tetapi ianya juga untuk memantapkan lagi jalinan silaturrahim sesama kita walaupun dalam kalangan kita pelbagai latar belakang, suku kaum dan budaya tapi disatukan dalam acara majlis ringkas dan penuh bermakna ini.

Di samping itu juga, terima kasih kepada para penyumbang yang menginfakkan pelbagai juadah dan lainnya, juga khusus untuk karpet Masjid Nurul Ulum Batu 8 yang baru ini. Segala infak dari Tuan/Puan tidak kira walau hanya sedikit, semuanya akan dihisab dan ditimbang dalam amalan kebaikan tuan/puan sekalian. Semoga segala amalan kebaikan tuan/puan akan terus mengalir di akhirat selama mana kebaikan yang tuan/puan lakukan didunia ini dimanfaatkan dan digunakan insha Allah.

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIHKAN KUBURAN Alhamdulillah Dengan Izin Allah s.w.t  ketuai oleh Pengerusi Masjid Nurul Ulum K...
08/02/2026

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIHKAN KUBURAN

Alhamdulillah Dengan Izin Allah s.w.t ketuai oleh Pengerusi Masjid Nurul Ulum Kampung Segama Batu 8, iaitu Imam Remy Jumatin, bersama Ajk-ajk Masjid, Anggota Rela serta bersama penduduk kampung yang lain. Telah berkerjasama Dalam Menjayakan Program Membersihkan kawasan Perkuburan Kampung Segama di beberapa tempat iaitu Perkuburan Keledap, Perkuburan Danau, Perkuburan Baru.

Diharapkan lebih Banyak adanya Program Program seperti ini Diadakan Kerana Dengan ada nya program seperti ini Dapat merapatkan lagi silaturahim pihak masjid dan jemaah kampung.

Moga lebih ramai lagi jemaah kampung turut serta dalam program ini akan datang. Moga amal kita di terima Allah s.w.t. Aamiin.




🌙 *SERUAN INFAQ PEMBELIAN KARPET* 🌙Masjid Nurul Ulum,Kampung Segama Batu 8. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,P...
07/02/2026

🌙 *SERUAN INFAQ PEMBELIAN KARPET* 🌙

Masjid Nurul Ulum,
Kampung Segama Batu 8.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pihak Masjid Nurul Ulum sedang melancarkan kempen infaq pembelian karpet baharu bagi ruang utama masjid. Usaha ini bertujuan untuk menggantikan sejadah lama kepada karpet statik yang baharu dan memberi keselesaan kepada para jemaah dalam beribadah.

💰 Jumlah dana diperlukan: RM45,000.00

Sasaran infaq:
1 wakaf = RM10.00
2 wakaf = RM50.00
3 wakaf = RM100.00
4 wakaf = RM500.00
5 wakaf = RM1000.00

_Jumlah Terkini :_
*Rm 29,726.00*

_Jumlah Diperlukan lagi :_
*Rm 15,274.00*

🕌 _Marilah bersama-sama berinfaq untuk rumah Allah, semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan ganjaran pahala yang berterusan buat para penyumbang_

💳 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
Bank Islam
No. Akaun : 10034010021196
Nama akaun : MASJID NURUL ULUM

📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Bendahari/Ajk : Kasim Ag
( 0178686887)

✨ *_“Barangsiapa membina (memakmurkan) rumah Allah di dunia, nescaya Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga"*

    🌙 PROGRAM SAMBUTAN NISFU SYA‘BAN 🌙Bagi pihak Masjid Nurul Ulum Kampung Segama mengucapkan terima kasih kepada pendud...
03/02/2026



🌙 PROGRAM SAMBUTAN NISFU SYA‘BAN 🌙

Bagi pihak Masjid Nurul Ulum Kampung Segama mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung segama dan sekitarnya atas hadirnya dalam program sambutan Nisfu Sya‘ban yang telah diadakan semalam.

Program ini turut dimeriahkan dengan pimpinan bacaan Surah Yasin oleh Imam Rawatib Masjid Nurul Ulum selepas magrib. Selepas itu, solat berjemaah waktu isyak dan jamuan juadah di sediakan para jemaah kampung.

Semoga segala usaha dan kebaikan yang telah dicurahkan mendapatkan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT serta mengerratkan hubungan silaturrahim antara pihak masjid dan masyarakat setempat.

جزاكم الله خيرا

Terima kasih.

N I S F U   S Y A B A A N Istilah “Nisfu” berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud separuh atau pertengahan (Nisf). M...
02/02/2026

N I S F U S Y A B A A N

Istilah “Nisfu” berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud separuh atau pertengahan (Nisf). Manakala “Syaaban” adalah nama bulan yang sebelum bulan Ramadan dalam susunan bulan-bulan Islam. Oleh itu, Nisfu Syaaban (نِصْفُ شَعْبَانَ) secara literal bermaksud “pertengahan bulan Syaaban”.

Bulan Syaaban adalah salah satu bulan yang dimuliakan dalam Islam. Ia dianggap sebagai bulan persediaan iman sebelum memasuki bulan Ramadan, iaitu bulan yang paling mulia dalam Islam.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh keberkatan, di mana Allah SWT memperhatikan hamba-hambaNya, mengampuni dosa-dosa mereka yang memohon keampunan, kecuali mereka yang syirik dan bermusuhan, sebagaimana disebut dalam hadis riwayat Ibnu Majah.

SALAM ISRAK MIKRAJ 🕋🌙Selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj 1447H/2026M kepada seluruh umat Islam. Sama-sama ki...
16/01/2026

SALAM ISRAK MIKRAJ 🕋🌙

Selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj 1447H/2026M kepada seluruh umat Islam. Sama-sama kita mengambil iktibar melalui peristiwa agung perjalanan Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga peristiwa Israj Mikraj menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim sejati berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik yang menjadi ikutan sepanjang zaman.

Jadikanlah perjuangan Rasulullah sebagai penanda aras kepada diri kita dalam usaha memperbaiki diri menjadi lebih bertaqwa dan wasatiah. Bersama-sama kita mengambil ibrah peristiwa Israk dan Mikraj dalam menjadikan kita insan yang lebih baik duniawi dan ukhrawi.

Marilah kita bersama-sama muhasabah diri masing-masing dalam mencari keredhaan Allah sekali gus menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.

Address

Kampung Segama Batu 8
Lahad Datu Town

Telephone

+60178107072

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Ulum Kampung Segama Batu 8, Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share