Surau Al-Ubudiyyah WP Labuan

Surau Al-Ubudiyyah WP Labuan Surau Al-Ubudiyyah adalah sebuah surau Jumaat yang terletak di Perumahan Awam Bukit Kuda, WP Labuan, Malaysia

Kelas Takmir Untuk Muslimah pada 7/7/2024 (Ahad) dari jam 8.00 - 9.30 pagi di Surau Al-Ubudiyyah yang dipimpin oleh YBhg...
07/07/2024

Kelas Takmir Untuk Muslimah pada 7/7/2024 (Ahad) dari jam 8.00 - 9.30 pagi di Surau Al-Ubudiyyah yang dipimpin oleh YBhg. Ustazah Jahung bte Tutuh @ Marsita Nurul Ain.

Ceramah khas Maal Hijrrah oleh YBhg. ust. Sanusi Ya pada 7/7/2024(Ahad) bersamaan 2 Muharram 1446 selepas solat maghrib ...
07/07/2024

Ceramah khas Maal Hijrrah oleh YBhg. ust. Sanusi Ya pada 7/7/2024(Ahad) bersamaan 2 Muharram 1446 selepas solat maghrib di Surau Al-Ubudiyyah.
Maal Hijrah merupa suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah pada 622 Masihi.

Taklimat bersama PDRM Jangan Jadi Mangsa Scammer disampaikan oleh ASP Dzulkiflee Emmanuel bin Abdullah sebelum Solat Jum...
05/07/2024

Taklimat bersama PDRM Jangan Jadi Mangsa Scammer disampaikan oleh ASP Dzulkiflee Emmanuel bin Abdullah sebelum Solat Jumaat...Program tersebut juga dihadiri oleh DSP Robin @ Ridzuan bin Ismail - Timbalan Ketua Polis Daerah WP.Labuan. Teks Khutbah Jumaat disampai oleh ASP Rahmat...salepas solat jumaat ada sesi tandatangan buku pelawat, penyerahan cenderahati dan sesi bergambar. Tujuan program tersebut untuk menyampaikan maklumat bagaimana hendak menyampaikan maklumat dan cara mengelak daripada ditiup oleh Scammer dan juga ia mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim PDRM bersama masyarakat sesuai dengan slogan PDRM iaitu PDRM BERSAMA RAKYAT BERPISAH TIADA...

Untuk makluman lawatan mengejut Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam WP.Labuan - YBhg. Dr. Baharuddin bin O...
16/06/2024

Untuk makluman lawatan mengejut Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam WP.Labuan - YBhg. Dr. Baharuddin bin Othman untuk menunaikan solat fardu isyak pada 9/6/2024(Ahad) beliau sempat meramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ubudiyyah sebelum Mesyuarat Perbincangan Teguran Audit.

Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih untuk Encik Suria Abidin bin Dollah yang akan bertukar ke Putrajaya pada 27/05/2024....
18/05/2024

Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih untuk Encik Suria Abidin bin Dollah yang akan bertukar ke Putrajaya pada 27/05/2024. Majlis tersebut diadakan pada 18/5/2024(Sabtu) salepas solat isyak di Surau Al-Ubudiyyah untuk mengenang jasa dan sumbangan beliau sebagai bendahari bermula pada tahun 2020-2024 yang begitu komited dengan tugas yg diamanahkan kpd beliau....Syabas semoga beliau berjaya ditempat yang baru......

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Malaysia Madani 2024 anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasa...
05/05/2024

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Malaysia Madani 2024 anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam WP.Labuan yang dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar - Menteri DiJabatan Perdana Menteri pada 5 Mei 2024(Ahad) di Tapak Medan Selera Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan bermula jam 8.00 am - 1.00 pm yang disertai oleh seluruh masjid dan surau di WP. Labuan, anggaran pengunjung seramai 5000 orang.

Askum wbth YBhg. Dato' Dr. Hj. Othman bin Che Jusoh dan semua AJK Surau Al-Ubudiyyah mengucapan Selamat Hari Raya Aidilf...
11/04/2024

Askum wbth YBhg. Dato' Dr. Hj. Othman bin Che Jusoh dan semua AJK Surau Al-Ubudiyyah mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin....suasana solat sunat hariraya aidilfitri 1445H/2024M.....

Program Khatam Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan DiSurau Al-Ubudiyyah, Perumahan Ka...
31/03/2024

Program Khatam Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan DiSurau Al-Ubudiyyah, Perumahan Kakitangan Awam, Kg. Bukit Kuda, WP.Labuan pada 30/3/2024 (Sabtu). Penerima Sumbangan Bakul Makanan dibahagi kepada 3 Kg. Iaitu Kg. Kilan Pulau Akar, Kg.Kilan Kassim dan Kg.Bukit Kuda, WP.Labuan. Seramai 25 orang penerima yang dipilih oleh Jawatankuasa Surau Al-Ubudiyyah yang diketuai oleh YBhg. Dato' Dr.Hj. Othman bin Che Jusoh selalu Pengerusi Surau Al- Ubudiyyah.

Program PPZ Cawangan Labuan iaitu Tazkirah Tarawikh pada 27/3/2024 (Rabu) salepas solat isyak yg disampaikan oleh YBhg. ...
27/03/2024

Program PPZ Cawangan Labuan iaitu Tazkirah Tarawikh pada 27/3/2024 (Rabu) salepas solat isyak yg disampaikan oleh YBhg. Ustaz Adlil Rujhan Mohd Nasir - Ketua Imam Masjid Jamek, Layang-Layangan.

Aktiviti tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan salepas solat tarawikh dipimpin oleh YBhg. Ust.Mat Salleh bin Ahadi, I...
21/03/2024

Aktiviti tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan salepas solat tarawikh dipimpin oleh YBhg. Ust.Mat Salleh bin Ahadi, Imam Surau Al-Ubudiyyah WP Labuan

Mesyuarat Agung Kali Pertama 2024 Surau Al-Ubudiyyah pada 5 Jan 2024 (Jumaat) dengan kehadiraan jemaah seramai 35 orang.
10/01/2024

Mesyuarat Agung Kali Pertama 2024 Surau Al-Ubudiyyah pada 5 Jan 2024 (Jumaat) dengan kehadiraan jemaah seramai 35 orang.

Program Kemampanan komuniti Bandar Acara Gotong Royong & Kitar Semula anjuran Perbadanan Labuan pada 15/10/2023( Ahad) d...
16/10/2023

Program Kemampanan komuniti Bandar Acara Gotong Royong & Kitar Semula anjuran Perbadanan Labuan pada 15/10/2023( Ahad) di Perkarangan Surau Al-Ubudiyyah yang disempurnakan oleh YBhg. Encik Fadzilah bin Hj. Mahmud - Timb. Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan.

Address

Perumahan Awam Bukit Kuda
Labuan
87000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Ubudiyyah WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Ubudiyyah WP Labuan:

Shortcuts

Share

Category