Masjid An Nur Felda Tenang, 85300 Labis

Masjid An Nur Felda Tenang, 85300 Labis Sungguh. Tuan Rumah akan memuliakan tetamunya yang datang ke rumahNya.

🕌 Assalamualaikum wbt buat seluruh ahli kariah.Esok pagi, sementara suasana Aidiladha masih menyentuh hati…marilah kita ...
29/05/2026

🕌 Assalamualaikum wbt buat seluruh ahli kariah.

Esok pagi, sementara suasana Aidiladha masih menyentuh hati…
marilah kita hadir ke Kuliah Ustaz Rozali Jamil bersama-sama di rumah Allah.

📆 Sabtu, 29 Mei
đź•° Selepas Solat Subuh
📍 Masjid An-Nur Felda Tenang

Di saat ramai masih lena berehat hujung minggu, alangkah indah jika langkah kita dipilih Allah menuju majlis ilmu 🤍

Kerana di akhir zaman, bukan harta yang menemani ke kubur…
tetapi amal, doa dan ilmu yang memberi cahaya.

🌙 Raya korban mengajar erti pengorbanan.
đź“– Majlis ilmu mengajar jalan keselamatan menuju akhirat.

Semoga setiap langkah ke masjid menjadi asbab rahmat dan husnul khatimah buat kita semua.

Muslimin & muslimat dijemput hadir.

  kembali tiba,  diberi pahala berganda. “Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti se...
28/05/2026

kembali tiba,
diberi pahala berganda.

“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai ada seratus biji.”

(Surah Al-Baqarah: 261)

(Siaraya)

🌙 MAKLUMAN SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447HMasjid An-Nur Felda Tenang Masjid An-Nur Felda Tenang📅 Rabu | 27 Mei 2026🗓️ Bersam...
26/05/2026

🌙 MAKLUMAN SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H
Masjid An-Nur Felda Tenang Masjid An-Nur Felda Tenang

đź“… Rabu | 27 Mei 2026
🗓️ Bersamaan 10 Zulhijjah 1447H
🕣 Jam 8.30 pagi
(Mengikut ketetapan Jabatan Agama Islam Negeri Johor)

Dengan penuh takzim, seluruh ahli kariah serta masyarakat setempat dijemput hadir bagi bersama-sama menunaikan Solat Sunat Aidiladha, seterusnya mengimarahkan masjid dalam suasana penuh keberkatan, ukhuwwah dan penghayatan makna sebenar pengorbanan.

✨ Aidiladha mengajar erti keikhlasan,
✨ pengorbanan mendidik nilai ketaatan,
✨ semoga setiap amalan diterima Allah SWT dan membawa keberkatan buat kita semua.

SALAM AIDILADHA 1447H
“Moga setiap pengorbanan diterima, setiap amalan diberkati.”

Ikhlas daripada,
Pengerusi, Barisan Ahli Jawatankuasa
& Pegawai Masjid
Masjid An-Nur Felda Tenang

Assalamualaikum wbt.Selari dengan tajuk Khutbah Jumaat JDT hari ini: “Mengetuk Pintu Bulan Zulhijjah”, kita kini berada ...
22/05/2026

Assalamualaikum wbt.

Selari dengan tajuk Khutbah Jumaat JDT hari ini: “Mengetuk Pintu Bulan Zulhijjah”, kita kini berada dalam 5 Zulhijjah 1447H sebahagian daripada 10 hari terbaik dalam setahun.

Marilah kita “mengetuk pintu” bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amal soleh, zikir, doa dan muhasabah diri, agar Zulhijjah kali ini bukan sekadar hadir dalam kalendar, tetapi benar-benar memberi kesan kepada jiwa dan iman kita.

Kesimpulannya, jangan biarkan hari-hari istimewa ini berlalu tanpa bekas. Ayuh bersama-sama merebut keberkatan Zulhijjah ini dengan hati yang ikhlas, langkah yang istiqamah, dan semangat ibadah yang lebih bermakna moga setiap ketukan di pintu Zulhijjah membuka seluas-luasnya pintu rahmat dan keampunan-Nya.

21/05/2026

Kerja adjustment speaker telah dibuat, dengan menghala tuju ke kawasan Peringkat 1 bagi penambahbaikan liputan audio luar di Masjid An-Nur Felda Tenang.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan semua.

(Siaraya)

Assalamualaikum warga kariah 🌙Malam nanti insyaAllah saat senja melabuhkan cahaya, dan azan memanggil jiwa yang leka,mar...
12/05/2026

Assalamualaikum warga kariah 🌙

Malam nanti insyaAllah saat senja melabuhkan cahaya, dan azan memanggil jiwa yang leka,
mari singgah ke rumah-Nya, menadah ilmu penenang hati dan jiwa.

Kuliah maghrib ilmu panduan hidup bukan sekadar duduk mendengar, tetapi ruang untuk hati kembali hidup.

🕌 Masjid An Nur Felda Tenang
đź—“ Selasa | 12 Mei 2026
đź•° Selepas Solat Maghrib

🎙 Bersama: Ustaz Rozali Bin Jamil Al-Hafiz

Kadang dunia terlalu bising hingga kita lupa tenang itu lahir dari majlis ilmu. Jom hadir, rapatkan saf, hidupkan malam dengan zikir dan nasihat.

Address

Labis
85300

Telephone

+60197934720

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An Nur Felda Tenang, 85300 Labis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category