23/07/2026
MENGHIDUPKAN SEMANGAT RAMADAN SETIAP MALAM JUMAAT π
Alhamdulillah, sudah sebulan kita menggerakkan Jadual Mengangkat setiap malam Jumaat di Masjid Nurhidayah Kg. Lormalong.
istilah mengangkat atau membawah juadah ini selalu digunakan oleh masyarakat setiap kali ingin membawa juadah kemasjid.
kini,Setiap malam Jumaat, selepas selesai bacaan Yasin bersama jemaah, kita teruskan dengan menjamu selera duduk bersama, berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim.
Konsep menyediakan juadah secara bergilir yang biasa kita lihat sepanjang bulan Ramadan, kini kita cuba terjemahkan dalam kehidupan berjemaah setiap minggu.
Sedikit demi sedikit, kita mahu membina budaya berkongsi, mengimarahkan masjid dan mengeratkan hubungan sesama jemaah.
Ramadan mengajar kita untuk memberi dan berkongsi. Selepas Ramadan, kita cuba istiqamah meneruskannya.
Alhamdulillah, sebulan sudah berlalu.
Semoga yang kecil ini terus hidup, berkembang dan menjadi budaya yang baik dalam komuniti kita. π€²
Juadah hanyalah pelengkap, kehadiran dan kebersamaan jemaah itulah yang utama.