Geng Masjid Al Munawwarah Ladang Giram

Geng Masjid Al Munawwarah Ladang Giram Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Geng Masjid Al Munawwarah Ladang Giram, Religious organisation, Ladang Giram , P. O Box 19, Kunak.

19/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Makluman kepada semua,

Dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib bersama Ustaz Ahmad Sabri yang dijadualkan pada hari Ahad, 19 Julai 2026 (hari ini) adalah ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

KULIAH MAGHRIB JEMPUTANAssalamualaikum WBT.Muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir memeriahkan Kuliah Maghrib yang...
17/07/2026

KULIAH MAGHRIB JEMPUTAN

Assalamualaikum WBT.

Muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir memeriahkan Kuliah Maghrib yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sabri bin Jamaludin.

๐Ÿ—“ Tarikh: 19 July 2026 (5 Safar 1448H)
๐Ÿ•ฐ Masa: Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Al-Munawwarah, Ladang Giram

Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu bagi menambah kefahaman agama, menyuburkan iman dan meraih keberkatan daripada Allah SWT.

๐Ÿ’š Sumbangan Dana Fasiliti Masjid amat dialu-alukan melalui akaun BSN: 1210029000309708 Masjid Al-Munawwarah.

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR Muslim)

KULIAH MAGHRIB JEMPUTANAssalamualaikum WBT.Muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir memeriahkan Kuliah Maghrib yang...
18/06/2026

KULIAH MAGHRIB JEMPUTAN

Assalamualaikum WBT.

Muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir memeriahkan Kuliah Maghrib yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sabri bin Jamaludin.

๐Ÿ—“ Tarikh: 21 Jun 2026 (5 Muharram 1448H)
๐Ÿ•ฐ Masa: Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Al-Munawwarah, Ladang Giram

Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu bagi menambah kefahaman agama, menyuburkan iman dan meraih keberkatan daripada Allah SWT.

๐Ÿ’š Sumbangan Dana Fasiliti Masjid amat dialu-alukan melalui akaun BSN: 1210029000309708 Masjid Al-Munawwarah.

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR Muslim)

๏ทฝAssalamualaikum WBT. Sempena Tahun Baharu Islam 1448H, Pengurusan Masjid Al-Munawwarah Ladang Giram mengucapkan Selamat...
16/06/2026

๏ทฝ

Assalamualaikum WBT.



Sempena Tahun Baharu Islam 1448H, Pengurusan Masjid Al-Munawwarah Ladang Giram mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh keluarga Giram.

Semoga tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita terus berhijrah ke arah yang lebih baik, memperkukuhkan keimanan, mempererat ukhuwah serta meningkatkan amal ibadah dalam kehidupan seharian. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita diberkati serta mendapat rahmat Allah SWT.

Terima kasih juga kepada yang telah berkongsi rezeki & jamuan makan kepada jemaahยฒ warga giram. semoga menjadi asbab kebaikan dunia & akhirat.

"HIJRAH: Memperkukuh Iman, Membina Ummah Gemilang"




ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูDi sebalik pengorbanan, terselit pengajaran tentang reda, keikhlasan dan ketaatan ...
28/05/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Di sebalik pengorbanan, terselit pengajaran tentang reda, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, sekitar pagi raya Aidiladha telah berlangsungnya solat sunat Aidiladha bersama AJK Masjid Al Munawwarah Ladang Giram serta keluarga besar Giram dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan.

Seterusnya, ibadah korban turut dilaksanakan bersama warga Giram dengan semangat kerjasama dan gotong-royong. Turut hadir bersama menjayakan program ibadah korban pihak pengurusan Ladang Giram iaitu Tn SA Syira, Tn Alimie, AAO Nuramira serta AJK masjid dan keluarga Giram.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menambahkan rasa syukur dalam diri kita semua.

Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™๐Ÿ„




26/05/2026

Assalamualaikum wbt

Saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Al Munawwarah mengucapkan,

โ€œSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus mekar dalam kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada Masjid Al-Munawwarah Ladang Giram.โ€

โ€œSalam Aidiladha โœจ

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Ikhlas daripada Masjid Al-Munawwarah Ladang Giram.โ€




MAJLIS BACAAN YASSIN & TAHLIL โœจAl FATIHAH๐Ÿคฒ๐ŸปAlhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan majlis bacaan Yassin...
21/05/2026

MAJLIS BACAAN YASSIN & TAHLIL โœจ

Al FATIHAH๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan majlis bacaan Yassin & tahlil bersama jemaah warga Giram.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ

Maksud:
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.

Seterusnya

โœจ Jamuan Makan Malam Bersama Tuan Hj Anuar Zakariaโœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Anuar Zakaria atas segala jasa, nasihat, tunjuk ajar serta sumbangan sepanjang bersama warga Masjid Al Munawwarah Ladang Giram.

Semoga segala kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT. Kami juga mendoakan agar Tuan Hj sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dan bahagia di tempat yang baru.

Semoga ukhwah yang terjalin akan terus kekal erat.
Selamat maju jaya & semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. ๐Ÿคฒ





Assalamualaikum wbt Alhamdulillah, malam yang penuh barakah diisi dengan majlis ilmu. โœจ Majlis ilmu penyeri hati, pengub...
17/05/2026

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, malam yang penuh barakah diisi dengan majlis ilmu.

โœจ Majlis ilmu penyeri hati, pengubat jiwa dan jalan menuju redha Ilahi.

๐Ÿ•Œ Ilmu thaharah adalah asas ibadah. Bila bersuci dengan betul, insyaAllah solat juga menjadi lebih sempurna.






ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„Assalamualaikum wbt..Kuliah Maghrib bersama Ustaz Ahmad Sabri Bin Jamaludin bertajuk Tahsin Al Quran.Kuliah ma...
15/05/2026

ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„

Assalamualaikum wbt..

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Ahmad Sabri Bin Jamaludin bertajuk Tahsin Al Quran.

Kuliah maghrib bersambung kembali lagi. Jom ramaiยฒ hadir ke majlis ilmu.

Sebarang infaq majlis ilmu, wakaf atau derma boleh disalurkan terus ke akaun rasmi Masjid, Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 1210029000309708 atas nama MASJID AL MUNAWWARAH LADANG GIRAM..




MAJLIS BACAAN YASSIN & TAHLIL โœจAl FATIHAH๐Ÿคฒ๐ŸปAlhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan majlis bacaan Yassin...
30/04/2026

MAJLIS BACAAN YASSIN & TAHLIL โœจ

Al FATIHAH๐Ÿคฒ๐Ÿป

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan majlis bacaan Yassin & tahlil bersama jemaah warga Giram ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Doa Arwah Beramai-ramai

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ู’
ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ูู…ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Ya Allah, ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka, sejahterakan mereka, dan tempatkan mereka dalam syurga-Mu serta lindungi mereka daripada azab kubur dan neraka.

Semoga segala doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua, khususnya kepada mereka yang telah pergi mendahului kita.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan sama-sama mengimarahkan majlis ini. Semoga ukhwah kita terus erat dan diberkati โค๏ธ

Terima kasih atas sumbangan makanan yang diberikan. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah, keberkatan dalam kehidupan, dan membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang terbaik. ๐Ÿคฒ




Address

Ladang Giram , P. O Box 19
Kunak
91207

Telephone

+60148564271

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geng Masjid Al Munawwarah Ladang Giram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Geng Masjid Al Munawwarah Ladang Giram:

Shortcuts

Share