09/07/2026
✨ JADUAL KULIAH MAGHRIB & KELAS PENGAJIAN – JULAI 2026 / MUHARAM - SAFAR 1448H ✨
Assalamualaikum w.b.t warga Kulim dan seluruh muslimin muslimat yang dirahmati Allah.
Ayuh kita suburkan bulan Julai ini dengan ilmu bermanfaat! Berikut merupakan jadual kuliah dan kelas pengajian yang akan berlangsung di Masjid Al Muthmainnah, Jalan Tunku Bendahara, Kulim, Kedah.
📌 Antara pengisian menarik:
Kuliah Maghrib & Kuliah Dhuha / Subuh bersama asatizah jemputan.
Kelas Pengajian Muslimin: Setiap hari Selasa (9.30 Pagi - 11.30 Pagi).
Kelas Pengajian Muslimat: Setiap hari Isnin & Rabu (9.00 Pagi - 11.00 Pagi).
Sila rujuk infografik (kalendar) yang dilampirkan untuk tarikh dan nama penceramah kegemaran anda. Simpan (save) gambar ini atau kongsikan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan yang lain.
"Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi setiap muslim."
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Semoga usaha kita mengimarahkan rumah Allah ini diberkati-Nya. 🕌✨