Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim

Call Directions Website Contact the place of worship

Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim, No. 132 Jalan Putra 8, Kilang Lama, Kulim.

SRAI KULIM merupakan sebuah sekolah rendah agama rangkaian MUSLEH & berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, mengikut peruntukan di bawah seksyen 13 enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 dengan nombor pendaftaran 04/2017

πŸ“’ MAKLUMAN UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 DAN LAIN-LAIN TAHUNAssalamualaikum wbt.Diingatkan kepada semua calon Ujian Kemasukan ...
02/10/2026

πŸ“’ MAKLUMAN UJIAN KEMASUKAN TAHUN 1 DAN LAIN-LAIN TAHUN

Assalamualaikum wbt.

Diingatkan kepada semua calon Ujian Kemasukan Tahun 1 bahawa ujian akan berlangsung pada:

πŸ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 – 11.30 pagi
πŸ“ SRI Al-Islah Kulim

Mohon tuan/puan pastikan anak-anak membawa alat tulis dan pensel warna, pakaian bebas dan menutup aurat, serta membawa RM10 untuk yuran pendaftaran.

πŸ“Œ Walk-in juga diterima.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama tuan/puan. 😊

19/09/2026

Assalamualaikum wbt. 🌿

🏫 SRI Al-Islah Kulim – Tapak Baharu, Sungai Ular

Alhamdulillah, pembangunan tapak baharu SRI Al-Islah Kulim sedang giat dijalankan.

πŸ’° RM2.3 juta lagi diperlukan untuk melengkapkan pembangunan.

🀲 Ayuh kita bersama-sama menyumbang mengikut kemampuan dan sebarkan hebahan ini kepada keluarga, sahabat dan kenalan, agar lebih ramai berpeluang untuk berinfak.

Mungkin satu perkongsian daripada kita menjadi asbab seseorang berinfak, dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Terima kasih atas doa, sokongan dan sumbangan.

🌱 SRI Al-Islah Kulim

Ilmu β€’ Taqwa β€’ Amal
Mohon bantu SEBARKAN. 🀍

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†Sekolah Rendah Islam Al-Islah Kulim merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada sem...
17/09/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Sekolah Rendah Islam Al-Islah Kulim merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pembimbing serta waris atas pencapaian yang membanggakan dalam Karnival Antarabangsa Pasukan Badan Beruniform. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Pertandingan ini menyaksikan penyertaan yang sangat hebat dengan melibatkan:

🌍 216 buah sekolah
πŸ‘₯ 4,915 peserta
πŸ… 12 acara disertai oleh pihak sekolah
πŸ† 4 acara berjaya meraih kemenangan

Berikut ialah link video para pemenang :

1. Gubahan Buah (L)
Guru Pembimbing : Waris
https://youtu.be/3UyD1epTuJc

2. Jahitan Kreatif (L)
Guru Pembimbing : Waris
https://youtu.be/SdA5QDLphSU

Guru Pembimbing ; Mualimah Welma Laanda
https://youtu.be/AykADp6DAws

3. Gubahan Bunga (P)
Guru Pembimbing : Mualimah Sarah Zaini
https://youtu.be/8GtdJbtp8nA

4. Rekacipta (P)
Guru Pembimbing : Waris
https://youtu.be/ZIH1826LUHY

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SIJIL PENDIDIKAN ISLAM (SPI) 2026πŸ—“οΈTarikh : 10 September 2026πŸ“Tempat :  Dewan Maliki🌸 Pesert...
16/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SIJIL PENDIDIKAN ISLAM (SPI) 2026

πŸ—“οΈTarikh : 10 September 2026
πŸ“Tempat : Dewan Maliki
🌸 Peserta : Murid Tahun , Guru dan Waris

Jutaan terima kasih kepada Team SPI yang diketuai oleh PK Diniah, Mualimah Nur Damia', SU SPI Mualimah Adilah, para guru SPI yang dedikasi, anak-anak yang rajin serta waris yang hebat.

Tahniah !
Sekolah Agama Terbaik SPI 2026 (Negeri Kedah)

Guru Besar

Perkampungan UPKK 2026Tarikh : 9-10 September 2026Hari : Rabu-KhamisTempat : KEDA Resort Sg SeluangSasaran : Murid Tahun...
11/09/2026

Perkampungan UPKK 2026

Tarikh : 9-10 September 2026
Hari : Rabu-Khamis
Tempat : KEDA Resort Sg Seluang
Sasaran : Murid Tahun 5

Pihak sekolah menjemput Jurulatih Utama UPKK dalam 6 bidang utama iaitu Akidah, Ibadah, Sirah, Bahasa Arab, Jawi dan Sirah untuk memberi pendedahan kepada murid teknik-teknik menjawab UPKK.

Semoga segala ilmu yang dicurahi berjaya dimanfaatkan oleh murid-murid.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.Pada tahun ini, SRI Al-Islah Kulim ...
09/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Pada tahun ini, SRI Al-Islah Kulim menjadi Sekolah Agama Terbaik Sijil Pendidikan Islam (SPI) 2026.

SPI merupakan pentaksiran agama yang dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dan melibatkan murid Tahun 6 di sekolah-sekolah rendah Islam (SRI) seluruh negeri Kedah. Pada tahun ini, sebanyak 47 buah SRI telah mengambil bahagian dalam pentaksiran SPI.

Sekalung tahniah dan penghargaan buat seluruh warga SRI Al-Islah Kulim, khususnya para guru yang sentiasa komited dalam mendidik dan membimbing, para waris yang tidak pernah jemu memberikan sokongan, serta anak-anak murid yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.

Penyerahan Keputusan SPI 2026 telah dilaksanakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) pada 8 September 2026. Pihak sekolah telah diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Mualimah Sarah Zaini, dalam majlis tersebut.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah dengan lebih yakin dan komited dalam melahirkan generasi yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh.

Syabas dan tahniah kepada semua warga SRI Al-Islah Kulim!

Welma Laanda
Guru Besar

Program Jelajah Sekolah Cemerlang : SMKA Sheikh Tahir Jalaludin, Bukti MertajamTarikh : 7 September 2026Hari : IsninSasa...
07/09/2026

Program Jelajah Sekolah Cemerlang : SMKA Sheikh Tahir Jalaludin, Bukti Mertajam

Tarikh : 7 September 2026
Hari : Isnin
Sasaran : Murid Tahun 6
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling

Semoga lawatan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada murid untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh serta berusaha mencapai kejayaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Puan Rosnah binti Othman, serta seluruh warga sekolah atas sambutan yang begitu baik, mesra dan penuh santunan.

Sambutan Kemerdekaan-----------------------------Tarikh : 6 September 2026Hari : AhadMasa : 7.45 pagi - 10.45 pagi
07/09/2026

Sambutan Kemerdekaan
-----------------------------
Tarikh : 6 September 2026
Hari : Ahad
Masa : 7.45 pagi - 10.45 pagi

Sambutan Maulidur Rasul Tarikh : 27 Ogos 2026Hari : KhamisMasa : 7.45 pagi - 10.15 pagi
07/09/2026

Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh : 27 Ogos 2026
Hari : Khamis
Masa : 7.45 pagi - 10.15 pagi

MUKHAYYAM KHARIJI 2026πŸ—“οΈTarikh : 20-22 Ogos 2026πŸ“Tempat : Kem Dangau Ayah, Sidam Kiri🌸 Peserta : Tahun 5 dan 6πŸ† KEPUTUSA...
07/09/2026

MUKHAYYAM KHARIJI 2026

πŸ—“οΈTarikh : 20-22 Ogos 2026
πŸ“Tempat : Kem Dangau Ayah, Sidam Kiri
🌸 Peserta : Tahun 5 dan 6

πŸ† KEPUTUSAN PERTANDINGAN MUKHAYYAM KHARIJI 2026

🌟 SYABAB & FATAYAT TERBAIK

πŸ† Syabab Terbaik: Wajdi β€” 6UM
πŸ† Fatayat Terbaik: Aisyah Tihani β€” 6UM

🎭 PERTANDINGAN MALAM KEBUDAYAAN

SYABAB
πŸ₯‡ Johan: Seksyen 6
πŸ₯ˆ Naib Johan: Seksyen 3
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Seksyen 5
πŸ… Tempat Keempat: Seksyen 4

FATAYAT
πŸ₯‡ Johan: Seksyen 9
πŸ₯ˆ Naib Johan: Seksyen 11
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Seksyen 12
πŸ… Tempat Keempat: Seksyen 10

πŸƒ PERTANDINGAN BASED

SYABAB
πŸ† Terbaik: Seksyen 6

FATAYAT
πŸ† Terbaik: Seksyen 12

🫑 PERTANDINGAN KAWAD

SYABAB
πŸ† Terbaik: Seksyen 4

FATAYAT
πŸ† Terbaik: Seksyen 12

πŸ… SEKSYEN KESELURUHAN TERBAIK

πŸ† Syabab: Seksyen 6
πŸ† Fatayat: Seksyen 12

πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEMENANG!

Semoga kejayaan ini menjadi kenangan manis serta menyemarakkan semangat kerjasama, disiplin, kepimpinan dan ukhwah dalam kalangan semua peserta Mukhayyam Khariji 2026.

Address

No. 132 Jalan Putra 8, Kilang Lama
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 07:45 - 16:00
Tuesday 07:45 - 16:00
Wednesday 07:45 - 16:00
Thursday 07:45 - 16:00
Sunday 07:45 - 16:00

Telephone

+60174689304

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim:

Shortcuts

Share