12/01/2024
(BULAN REJAB)
Bulan Rejab adalah bulan kita memulakan persediaan menuju Ramadan yang penuh barakah. Melatih diri dengan amalan-amalan sunat tanpa melupakan Ibadah wajib. Memperbanyak qiamullail, sedekah, puasa sunat dan lain-lain yang mendatangkan manfaat.
“Abu Bakrah berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan Syaaban.”” (al-Bukhari)
Rejab bulan yang mulia, patut kita hargai dan jangan sia-siakan. Kelebihan Rejab disebutkan oleh Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Beliau menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menjelaskan setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan haram ini, dosanya lebih besar berbanding bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan ini adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan yang lain. (Tafsir Ibn Kathir, 4:130)
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلّغنا رمضان🤲🤲🤲