28/05/2026
10 Zulhijjah 1447H
Rabu, 27/5/26 2.30ptg hingga selesai 4.30ptg
Terima kasih kepada semua AJK serta Crew Korban Surau Al Hidayah dan petugas2 sukarelawan bagi aktiviti melapah korban kali ini. Alhamdulillah ramai yang hadir walaupun kami tak jangka kehadiran seramai ini.
Kami pihak Pengurusan nak ambil kesempatan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat semua peserta korban kali ini. Semoga amal soleh ini Allah kurniakan ganjaran berlipat kali ganda.
Tujuan dan matlamat kita adalah mendapat redho Allah semata2 sambil membantu penduduk-penduduk sama-sama kita dapat nikmati rezeki Allah ini. Semoga niat ikhlas kita ini dipandang oleh Allah SWT sebagai perisai atau penghapus dosa-dosa kita dahulu.
Firman Allah SWT dalam Surah Al Haj ayat 37 yang bermaksud, "Daging-daging binatang korban dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan daripada kamu."
Semoga amal soleh ini Allah pandang Dan jadikan bekal buat kita di akhirat nanti.
Wallahu'alam
Admin Al Hidayah Media Team