Masjid Ar Rahman Taman Putri (MARTP)

Masjid Ar Rahman Taman Putri (MARTP) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Ar Rahman Taman Putri (MARTP), Mosque, Taman Putri, Kulai.

Group Whatsap Rasmi Masjid
๐Ÿ”น Nama Group: MASJID AR RAHMAN TAMAN PUTRI (MARTP)
๐Ÿ”น Tujuan: Menyampaikan maklumat rasmi berkaitan aktiviti masjid, kuliah, program komuniti, dan sebagainya.
๐Ÿ”น Pautan Jemputan: https://chat.whatsapp.com/Hp9voDqPytn7WFO2kmo4Ru

28/5/2026.(11 Zulhijjah 1447H). Khamis Bhg. 4. Sukarelawati bertugas di bahagian memotong , menimbang daging & membungku...
28/05/2026

28/5/2026.(11 Zulhijjah 1447H). Khamis Bhg. 4. Sukarelawati bertugas di bahagian memotong , menimbang daging & membungkus daging. Mengasing mengikut kategori & nombor lembu. Diketuai oleh Pn Rosnani Jalil. Manakala bahagian kurban kambing diketuai oleh Pn Marhamah. Tahniah & Sekalung Penghargaan kepada kaum wanita Helwa yang bertungkus lumus bertugas hingga selesai .

28/5/2026.(11 Zulhijjah 1447H).Khamis . Bhg.3. Program Kurban MARTP.  Sukarelawan sedang bertugas. Tahniah & Sekalung Pe...
28/05/2026

28/5/2026.(11 Zulhijjah 1447H).Khamis . Bhg.3. Program Kurban MARTP. Sukarelawan sedang bertugas. Tahniah & Sekalung Penghargaan kepada semua. Tahniah juga kepada En Azmi selaku jurucakap dari awal hingga akhir dengan penuh dedikasi.

28/5/2026. bersamaan 11 Zulhijjah 1447. Khamis. Bhg.2. Suasana di Pusat Penyembelihan MARTP.  Tahniah kepada  Imam Muham...
28/05/2026

28/5/2026. bersamaan 11 Zulhijjah 1447. Khamis. Bhg.2. Suasana di Pusat Penyembelihan MARTP. Tahniah kepada Imam Muhammad bin Husin & Bilal Arif ( Imam & Bilal Eksekutif ) yang menjalankan tugas dari awal peringkat persediaan hingga peringkat pelaksanaan Ibadah Kurban di masjid Ar- Rahman. Juga ajk bahagian- bahagian lain khasnya keselamatan, kelengkapan & kebersihan yang turut melicinkan perjalanan Program Ibadah Kurban dengan jayanya. Syabas & Tahniah.

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†Alhamdulillah, pada 28 Mei 2026 (Khamis) bersamaan 11 Zulhijjah 1447H, Masjid Ar Rahman Taman Putri...
28/05/2026

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†

Alhamdulillah, pada 28 Mei 2026 (Khamis) bersamaan 11 Zulhijjah 1447H, Masjid Ar Rahman Taman Putri telah berjaya melaksanakan Program Ibadah Korban Tahunan dengan penuh keberkatan dan suasana ukhuwah.

Sebanyak 21 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah berjaya disempurnakan proses penyembelihan dan pengurusan korban dengan lancar, yang selesai sekitar jam 1.26 petang.

Aktiviti pengagihan daging korban kepada para peserta, asnaf dan penduduk sekitar turut bermula pada jam 2.00 petang dan dijangka selesai sekitar jam 6.00 petang.

Pihak Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh:

- Para peserta ibadah korban,
- Sukarelawan,
- Urusetia pelaksana,
- Penyumbang,
- serta ahli kariah yang hadir dan bersama-sama membantu sejak awal pagi sehingga selesai urusan pengagihan.

Sesungguhnya segala tenaga, masa dan pengorbanan yang dicurahkan amatlah dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Pihak urusetia juga memohon jutaan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kelewatan atau perkara yang tidak diingini sepanjang program berlangsung.

Segala kekhilafan dan kekurangan tersebut adalah di luar kawalan pihak urusetia dan akan dijadikan penambahbaikan untuk pelaksanaan pada masa akan datang.

Firman Allah SWT:
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah." โ€” (Surah Al-Kauthar: 2)

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh, dikurniakan keberkatan kepada para peserta serta menjadi asbab mendekatkan diri kepada-Nya.

๐Ÿคฒ Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita semua.

28 /5/2026.(11 Zulhijjah 1447). Khamis. Bhg. 1. Suasana Hari Korban di MARTP.  Sebanyak 31 ekor haiwan kurban ( 21 ekor ...
28/05/2026

28 /5/2026.(11 Zulhijjah 1447). Khamis. Bhg. 1. Suasana Hari Korban di MARTP. Sebanyak 31 ekor haiwan kurban ( 21 ekor lembu & 10 ekor kambing ) kini sedang dlm.proses penyembelihan di Pusat Sembelihan Masjid Ar - Rahman, Tmn Putri, Kulai. . Seramai 170 orang sukarelawan yang sedang bertugas. 120 sukarelawan lelaki & 50 orang sukarelawan perempuan. Turut serta ramai lagi sukarelawan relahati yang membantu bahagian penyediaan makanan & minuman . Diketuai oleh Ustazah Hjh Saliah ( Pengerusi Biro Pendidikan Dakwah ) & Hjh Rafeah ( Pengerusi Biro Helwa MARTP ). Secara ringkas perjalanan program. Proses daripada peringkat pendafaran , sembelih, melapah, memotong daging, mengasing , menimbang, membungkus hingga pembahagian kepada peserta hingga selesai. Setakat 12:00 tgh sebanyak 17 ekor lembu telah disembelih. Turut hadir ialah 3 orang Pegawai dpd Pusat Veterina Kulai diketuai seorang Doktor Veterina. Tahniah & syabas kepada Tn Hj Ahmad Her bin Rahmad Pengerusi MARTP & Timbalan Pengerusi En Mahmood serta ajk MARTP. . Semoga program ini berjalan dengan lancar.
.

26/05/2026

SIARAN LANGSUNG SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA

DIPIMPIN OLEH : IMAM MUHAMMAD BIN HUSSIN

๐ŸŒ™ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menikmati kemuliaan...
26/05/2026

๐ŸŒ™ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menikmati kemuliaan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam mencari reda Allah SWT. Semoga setiap amal ibadah, doa dan pengorbanan kita diterima serta dikurniakan keberkatan yang berpanjangan.

โœจ Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan hati, mengeratkan ukhuwah dan menyuburkan kasih sayang sesama insan. โœจ

๐Ÿค Maaf Zahir & Batin
๐Ÿ•‹ Semoga ibadah korban diterima Allah SWT

Ikhlas daripada
Pengerusi, Jawatankuasa & Pegawai
๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐€๐ซ ๐‘๐š๐ก๐ฆ๐š๐ง, ๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐ข ๐Š๐ฎ๐ฅ๐š๐ข




25 Mei 2026. / 8 Zulhijjah 1447 H. Kelas Tajwid/ Tafsir Ringkas .  Pembimbing : Ustaz Hj Nor Rashid. 9:00 mlm. Bilik sem...
25/05/2026

25 Mei 2026. / 8 Zulhijjah 1447 H. Kelas Tajwid/ Tafsir Ringkas . Pembimbing : Ustaz Hj Nor Rashid. 9:00 mlm. Bilik seminar Umar Al- Khattab, MARTP
๐Ÿšจโญโญโญโญโญโญโญโญโญ โญ๐Ÿšจ
ASSALAMUโ€™ALAIKUM WR.WB.
*SALAM 1447H - 2026M*

*KELAS MINGGUAN*
MASJID AR-RAHMAN TAMAN PUTERI KULAI (MARTP)

*PELAJARAN TAFSIR RINGKAS, ASAS TAJWID & PERKONGSIAN MASAALAH HUKUM TAJWID*

*SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA KE HALAQAH MAJLIS ILMU BERSAMA USTAZ HAJI NOR RASHID HAJI MOHD YASSIN IDRIS ALKAROMI*

Tarikh: 25/05/2026
Hari: ISNIN
Masa: 9.00 malam
Tempat: BILIK KULIAH MARTP

*DIALU-ALUKAN MEMPERSILAKAN RAKAN-RAKAN BARU, KELUARGA ATAU SESIAPA SAHAJA YANG BOLEH & MAHU TURUT SERTA*
๐Ÿšจโญโญโญโญโญโญโญโญโญ ๐Ÿšจ

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN SOLAT SUNAT AIDILADHA & IBADAH KORBAN ๐Ÿ“ขDimaklumkan kepada seluruh muslimin dan muslimat bahawa Masjid Ar Ra...
25/05/2026

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN SOLAT SUNAT AIDILADHA & IBADAH KORBAN ๐Ÿ“ข

Dimaklumkan kepada seluruh muslimin dan muslimat bahawa Masjid Ar Rahman Taman Putri akan mengadakan Solat Sunat Aidiladha dan pelaksanaan Ibadah Korban seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ•Œ SOLAT SUNAT AIDILADHA
๐Ÿ“… 27 Mei 2026
๐Ÿ•ฃ Waktu Solat Bermula: 8.30 pagi

๐Ÿ„ PELAKSANAAN IBADAH KORBAN
๐Ÿ“… 28 Mei 2026 (Hari Raya Kedua)
๐Ÿ•— Bermula 8.00 pagi sehingga selesai
๐Ÿ“ Masjid Ar-Rahman Taman Putri

๐Ÿฅฉ AGIHAN DAGING KORBAN
๐Ÿ•‘ 2.00 petang โ€“ 6.00 petang / sehingga selesai

Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Aidiladha serta bersama menyaksikan pelaksanaan ibadah korban.
Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
Pihak Pengurusan Masjid Ar-Rahman Taman Putri

23/05/2026

DISAMPAIKAN OLEH USTAZ NOR RASYID


๏ฟฝ Bilal :
๏ฟฝ BILAL DANISH AMSYAR NUQMAN BIN AZIZUL

Address

Taman Putri
Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ar Rahman Taman Putri (MARTP) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Ar Rahman Taman Putri (MARTP):

Share

Category