Volunteers Spirit

Volunteers Spirit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Volunteers Spirit, Kulai.

GERAKAN BENCANA MALAYSIA
(Entiti yang diwujudkan oleh pertubuhan Gerakan Bencana Malaysia)

VISI
Menjadi sebuah pasukan yang unggul

MISI
Menyediakan sebuah pasukan sebagai penyumbang kepada pelbagai bentuk bencana

OBJEKTIF
* Membantu masyarakat, mangsa bencana yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan dalam pelbagai bentuk bencana;
* Memupuk semangat keprihatinan dan kesedaran terh

adap pelbagai bentuk bencana dan misi kemanusiaan
* Membentuk disiplin diri dalam berpasukan.................................................................................................

PERTUBUHAN GERAKAN BENCANA MALAYSIA

VISI
Menjadi PERTUBUHAN GERAKAN BENCANA MALAYSIA (PGBM) yang unggul dan dikenali di mata umum

MISI
Menyediakan sebuah pertubuhan sebagai penyumbang kepada masyarakat dan mangsa bencana

OBJEKTIF
*Membantu masyarakat dan mangsa bencana yang memerlukan bantuan.
**Memupuk dan menyalurkan nilai-nilai murni serta memberi kesedaran dalam misi kemasyarakatan dan kemanusiaan..................................................................................................
PERTUBUHAN

*Kemasyarakatan

GERAKAN BENCANA

*Kemasyarakatan
**Membantu Dalam Pelbagai Bentuk Bencana, Misi Kemanusiaan, Pemantauan, Pengumpulan & Penyaluran Maklumat

OPEN WATER DIVING : SEA BELL
03/04/2018

OPEN WATER DIVING : SEA BELL

30/08/2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

UCAPAN DARI PENGERUSI PGBM - KP GBM

Saya mengucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA yang hampir tiba. Semoga di hari yang berbahagia disambut dengan keberkatan dan kegembiraan ...

Semangat kemedekaan harus disemat didalam jiwa untuk mempertahankan negara dan memperingati pengorbanan pejuang yang berbakti kepada negara untuk kemerdekaan negara tercinta satu ketika dulu.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-60 & SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR & BATIN.

Daripada:
PENGERUSI PGBM
KP GBM

PGBM-GBM mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada warga PGBM-GBM , Rakan PGBM-GBM dan seluruh muslimin dan musli...
25/06/2017

PGBM-GBM mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada warga PGBM-GBM , Rakan PGBM-GBM dan seluruh muslimin dan muslimat... semoga syawal yang akan menjelma memberi seribu kegembiraan dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ...

Yang renggang kita erat eratkan, yang jauh kita rapat rapatkan, yang lupa kita ingat ingatkan agar silaturahim terus kekal selamanya... kerana silaturahim itu indah ... menyimpan 1001 perkara ...

Hidup perlukan rakan untuk berbicara yang boleh memberi pendapat atau idea apabila kita memerlukannya dan ia memberi dengan kelkhlasan hatinya tanpa balasan untuk sahabatnya...

12/06/2017

*Tiga manfaat utama dari sifat sukarelawan ini:*

*Pertama:* Ia mengukuhkan lagi sifat keikhlasan dalam hati. Apabila kita melakukan sesuatu dengan harapan mendapat ganjaran daripada Allah, ianya akan lebih mendorong kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita tidak akan mudah terkesan dengan sifat dan reaksi orang, tetapi sebaliknya, kita akan tertumpu melakukan kebaikan, kerana kita hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

*Kedua:* Ia membangkitkan kemesraan dan sifat rahmah serta ihsan dalam hidup kemasyarakatan. Membantu orang adalah terjemahan sifat rahmah yang ada pada diri kita, kerana kita tidak ingin melihat kesusahan pada orang lain, seperti mana kita tidak mahukan kesusahan bagi diri kita sendiri. *Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,* "Barangsiapa yang melapangkan (kesusahan) yang dialami oleh seorang mukmin, Allah akan melapangkan kesusahannya, jika dia menutup keaiaban seorang mukmin, Allah akan menutupi keaibannya, dan Allah sentiasa memberi bantuan kepadanya selagi mana dia membantu saudaranya."

(Riwayat al-Baihaqi)

*Ketiga:* Ia menghasilkan ketenangan hati dan kepuasan dalam jiwa. Ini kerana kerja yang dilakukan secara sukarela bermula dari hati yang ikhlas lagi rela, tanpa paksaan. Bahkan, membantu orang akan mendatangkan ketenteraman pada diri, kerana kita akan bertambah syukur kepada Allah s.w.t. di atas kesenangan yang kita nikmati, dan juga kerana kita dapat menggunakan nikmat tersebut untuk membantu orang lain.

Suasana ekonomi hari ini memberi kita peluang untuk menilai tahap iman kita menerusi kerja sukarela. Sebagai langkah pertama, kita boleh memulakan usaha menghulurkan bantuan secara sukarela di masjid-masjid atau surau. Kita boleh bersama-sama tawarkan khidmat dan sumbangan untuk menjayakan program-program di sana. Sekiranya kita ada kelebihan, maka kita boleh kongsi bersama dengan saudara kita yang lain. Kita boleh berusaha melapangkan kesempitan yang dihadapi saudara kita. Mungkin ada p**a saudara kita di sini yang perlukan nasihat dan pendapat dalam pembelajaran dan kerjaya. Dengarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan kita nilai sumbangan
yang maksudnya: *Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain. (al-Tabarani)*

Semoga dengan menghulurkan sumbangan secara sukarela, kita menjadi umat yang disayangi Allah s.w.t dan seterusnya dihargai oleh masyarakat dunia sebagai umat yang sentiasa melakukan kebaikan dan menyumbang ke arah kebaikan.

Sebagai peringatan, ingatlah kepada firman Allah s.w.t:

*Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran serta berpesan kepada kesabaran.*

02/05/2017

Program Sumbangan AL-QURAN ... Kepada yang ingin menyumbang AL-QURAN , sila PM di dalam KOMEN, pihak pengurusan akan menghubungi nama tersebut.

Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada MASJID, SURAU, TAHFIZ, ANAK YATIM dan GOLONGAN ASNAF.

02/04/2017

BENCANA itu luas maksudnya ... sekelililng 360°, tanpa disedari BENCANA juga ada pada diri .

~ Pengerusi-Kp PGBM-GBM ~

12/03/2017

Untuk menjadi sukarelawan tegar, kita juga harus tahu akan tanggungjawab dan tugas sebagai sukarelawan. Tanggungjawab seorang sukarelawan bukannya satu tugas yg mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi, kekuatan tenaga, kekuatan fizikal serta rohani. Keikhlasan harus ditanam di dalam diri setiap sukarelawan kerana hanya keikhlasan dapat membayar kepenatan membantu orang yang berada dalam kesusahan.

07/03/2017

Kepada rakan-rakan FACEBOOK yang ingin mengambil INSURAN KENDERAAN boleh menghubungi 013 414 3428 @ 011 3617 0929. Pihak kami akan menerangkan kepada anda.

Untuk mengetahui jumlah INSURAN KENDERAAN setelah di tolak dari NCB kenderaan anda boleh diketahui lebih awal dengan syarat pihak tuan/puan menggunakan perkhidmatan kami.

Program Warisan di Simpang Pulai, Perak pada 12 Feb 2017
12/02/2017

Program Warisan di Simpang Pulai, Perak pada 12 Feb 2017

Program Mendaki Hutan Simpan Kledang Saiong di Bukit Kledang pada 11 Feb 2017 jam 01.30 pagi
12/02/2017

Program Mendaki Hutan Simpan Kledang Saiong di Bukit Kledang pada 11 Feb 2017 jam 01.30 pagi

Baju T'Shirt GBM untuk di jual
08/02/2017

Baju T'Shirt GBM untuk di jual

Assalamualaikum dan Salam SejahteraBaju T'Shirt Rasmi GBM telah di keluarkan untuk jualan dengan bernilai *RM50* + RM5 (...
07/02/2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baju T'Shirt Rasmi GBM telah di keluarkan untuk jualan dengan bernilai *RM50* + RM5 (Kos Penghantaran)

Baju T'Shirt berlogo GBM. Berminat sila PM....

Saiz - Kuantiti

Address

Kulai
81030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Volunteers Spirit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Volunteers Spirit:

Share