Surau Alpinia Bandar Putra

Surau Alpinia Bandar Putra 'Lead Concept of Enliven the 'Surau' by Propagating Islamic Values'

06/08/2026
AYUH REBUT PAHALA SEDEKAH JARIAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Surau Alpinia Bandar Putra  bukan sekadar te...
11/06/2026

AYUH REBUT PAHALA SEDEKAH JARIAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Surau Alpinia Bandar Putra bukan sekadar tempat ibadah, tetapi tempat anak-anak belajar mengenal agama, tempat jiran bertemu mengeratkan ukhwah, dan tempat kita semua mencari ketenangan serta rahmat Allah SWT.

Justeru, kami dengan penuh rendah hati memohon bantuan dan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama berinfaq bagi menampung kos utiliti, pengimarahan dan penyelenggaraan surau.

Mungkin bagi kita hanya beberapa ringgit, tetapi di sisi Allah ia boleh menjadi penyelamat di akhirat nanti.

Bayangkan... Setiap kali lampu surau menyala untuk jemaah bersolat... Setiap titis air yang digunakan untuk berwuduk... Setiap ayat al-Quran yang dibaca... Setiap ilmu yang disampaikan...

Insya-Allah, pahala itu terus mengalir kepada para penyumbang walaupun kita telah tiada.

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (ikhlas), maka Allah akan melipatgandakan balasannya dengan gandaan yang banyak." (Surah Al-Baqarah: 245)

Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk menanam saham akhirat yang tidak akan rugi.

Walau RM1, jika ikhlas kerana Allah, nilainya amat besar.

๐Ÿ“Œ Sila rujuk poster untuk maklumat sumbangan.

Semoga setiap infaq menjadi asbab dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dikumpulkan bersama orang-orang yang beriman di syurga-Nya.

"Boleh jadi infaq yang kecil hari ini menjadi cahaya yang besar untuk kita di akhirat nanti."

Part paling ditunggu-tunggu agihan duit raya! ๐Ÿ˜„Alhamdulillah, wajah anak-anak semua berseri-seri bila terima duit raya ๐Ÿ’š...
26/04/2026

Part paling ditunggu-tunggu agihan duit raya! ๐Ÿ˜„

Alhamdulillah, wajah anak-anak semua berseri-seri bila terima duit raya ๐Ÿ’š

Tak banyak, tapi penuh dengan kasih sayang.Moga jadi kenangan indah untuk mereka semua

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan:๐ŸŒธ Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin buat semua.๐Ÿ•‹ Selamat berang...
26/04/2026

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan:

๐ŸŒธ Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin buat semua.

๐Ÿ•‹ Selamat berangkat kepada bakal Duyufurrahman.semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.

๐ŸŽ“ Tahniah kepada anak-anak kariah yang cemerlang.semoga terus berjaya dan menjadi kebanggaan ummah.

Semoga silaturahim ini terus mekar dan kita dapat berkumpul lagi dalam suasana penuh keberkatan.

Jalinan Mesra Aidilfitri Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, satu program penuh bermakna telah berlangsung bagi men...
26/04/2026

Jalinan Mesra Aidilfitri

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, satu program penuh bermakna telah berlangsung bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan kariah Surau Alpinia Bandar Putra

Majlis yang diadakan pada hari ini Ahad, 26 April 2026 ini bukan sahaja menghimpunkan komuniti dalam suasana penuh kemesraan, malah turut diserikan dengan pelbagai pengisian ucapan hari raya , penyampaian sumbangan kepada bakal haji, penghargaan kepada anak-anak cemerlang serta agihan duit raya.

Tidak dilupakan, jamuan istimewa yang disediakan menambahkan lagi kemeriahan suasana, diiringi senyuman dan kebersamaan semua yang hadir.

Semoga majlis seperti ini menjadi asbab kita terus teguh dalam membina ukhwah, menyemai kasih sayang dan memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha diberkati dan dirahmati Allah SWT. ๐Ÿคฒโœจ

Address

PTD81929 , Jalan Camar, Bandar Putra
Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Alpinia Bandar Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Alpinia Bandar Putra:

Shortcuts

Share

Category