03/03/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Pihak JK Masjid Jamek As-Sharif Felda Pasir Raja menjemput seluruh kariah & muslimin/muslimat dijemput hadir bg program tersebut pada ketetapan berikut:
📣Majlis Iftar (Potluck) & Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf)
🗓️3 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447H (Selasa)
🕌Masjid Jamek As-Sharif, Felda Pasir Raja
ATURCARA
7.21 Petang:
- Berbuka puasa.
- Solat Maghrib berjemaah.
- Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf)
- Khutbah khas gerhana.
8.30 Mlm:
- Solat Isyak & Terawih.
DALIL:
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana kerana mati atau hidupnya seseorang. Apabila kamu melihatnya, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah dan solatlah." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
DOA:
"Ya Allah, berkatilah
kami dibulan Ramadan ini. Terimalah puasa kami, solat kami, dan rukuk sujud kami, Ya Allah, jadikanlah fenomena gerhana ini sebagai peringatan bagi kami untuk terus mengagungkan kebesaran-Mu dan menjauhkan kami daripada azab- Mu. Ampunilah dosa-dosa kami dan kurniakanlah kami rahmat-Mu yang luas. "
Aamiin Ya Rabbal Al-Amin.
Semoga kehadiran kita mendapat keredhaan kerbekatan Allah SWT.
ANJURAN:
JK Masjid Jamek As-Sharif Felda Pasir Raja.