12/06/2021
Bumi Palestine yang penuh keberkatan telah melalui pelbagai peristiwa pahit getir oleh penduduknya sehingga ke saat ini. Banyak ibrah yang wajar digali dan difahami dari setiap detik peristiwa dan tragedi. Di bumi Palestine inilah juga banyak didikan, gesaan, pengharapan dan percontohan yang Allah pamerkan untuk diambil manfaat oleh setiap jiwa yang hidup dan minda yang mahu berfikir bagi mendedahkan kebejatan zionis dan mempamerkan kesucian perjuangan kebenaran.
Ayuh bersama para panel jemputan khas di Webinar yang akan mengupas dan meneliti;
๐Bagaimana situasi di Palestin, yang sudah berlarutan puluhan tahun, membentuk kehidupan insan-insan di sana?
๐ Bagaimana peristiwa-peristiwa di Palestin menjentik hati naluri insan walaupun jauh ribuan batu?
๐ Apa iktibar yang boleh digali untuk membentuk diri?
๐ Bagaimana bantuan dimanfaatkan?
Tarikh: 12 Jun 2021,
Hari : Sabtu
Masa :9.00-10.30 Mlm
Platform: FB Page Surau An-Nur
Ahli Panel
1. Ustaz Hasrizal Abdul [email protected]
Pengarah Pendidikan Yayasan Pendidikan Khalifah.
- penulis 19 buah buku
- antara judul bukunya Erti beragama yang hilang dan seni berfikir yang hilang
- sekarang menetap di Ireland.
2. Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar,
Pensyarah USIM merangkap Lembaga Pemegang Amanah MyCARE
- sudah 6 kali menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dan 1 kali ke kem-kem Pelarian Palestin di Lubnan.
3. Dr Ziad Shahada,
- Pengurus Besar MyCARE Gaza, Palestin. (Akan berlintas langsung dari Gaza untuk berkongsi Berita Terkini di Gaza dan usaha-usaha penyaluran bantun kemanusiaan pasca serangan rejim apartheid zionis).
Insha Allah.