Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis

Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis, Religious organisation, Batu 30. Kg. Ayer Manis, Kulai.

31/10/2025
31/03/2025

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari AJK Masjid Al Firdaus Kg. Ayer Manis.

Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah swt dan dapat kita teruskan momentum ini sehingga Ramadhan tahun hadapan.

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Khatam Al Quran dan penyerahan sumbangan Pegawai serta Anak Yatim. Seramai 13 peserta...
23/03/2025

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Khatam Al Quran dan penyerahan sumbangan Pegawai serta Anak Yatim.

Seramai 13 peserta lelaki, 36 peserta wanita Ayer Manis dan 17 peserta wanita Ayer Bemban telah menyertai program tadarus Al Quran.

Manakala untuk sumbangan Anak Yatim seramai 18 orang telah mendapat manfaat sumbangan daripada Tabung Ilya Ramadhan Masjid dan juga sumbangan peribadi dari keluarga Generasi Hj Thariano.

Semoga amalan kita diterima oleh Allah swt. Semoga berjumpa lagi di Ramadhan tahun hadapan.

Gotong Royong Menyambut Ramadhan. 23 Februari 2025 - Ahad7.30am - 12.30pmTerima kasih kepada semua penduduk kampung yang...
23/02/2025

Gotong Royong Menyambut Ramadhan.

23 Februari 2025 - Ahad
7.30am - 12.30pm

Terima kasih kepada semua penduduk kampung yang datang memberikan bantuan. Semoga anda semua sentiasa diberkati dan diredhai oldh Allah swt.

Ramadhan Kareem.

Majlis Cinta Rasul yang dianjurkan oleh Helwa Kampung Ayer Manis pada 7hb Januari 2025.Alhamdulillah, syabas dan tahniah...
10/01/2025

Majlis Cinta Rasul yang dianjurkan oleh Helwa Kampung Ayer Manis pada 7hb Januari 2025.

Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada ahli Helwa yang terlibat.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua daripada ahli kariah Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis. Semoga segala pengorban...
17/06/2024

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua daripada ahli kariah Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis. Semoga segala pengorbanan kita diterima oleh Allah swt.

Gotong Royong Membersih dan Menceriakan Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis pada Sabtu, 9hb Mac 2024. Antara kerja-kerja ya...
10/03/2024

Gotong Royong Membersih dan Menceriakan Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis pada Sabtu, 9hb Mac 2024.

Antara kerja-kerja yang berjaya dilakukan:

1. Kemas dan bersihkan kawasan dalam masjid termasuk bilik Imam dan Bilal. Mengelap pintu, kipas, ,tingkap dan mimbar.
2. Mengemas dan penyediaan alas meja, skirting meja dan menyusun kerusi.
3. Pendawaian dan pemasangan kipas dan lampu khemah untuk juadah berbuka puasa.
4. Mengemas pejabat.
5. Mengecat laluan pejalan kaki daripada tangga hadapan pondok wakaf masjid.
6. Mengecat batu hitam dab putih jalan serta batu tangga laluan daripada jalan besar.
7. Menukar pam tandas wanita.
8. Mengecat batu botol di hadapan Masjid menghala parkir motor.
9. Memasang lampu di laluan ke tandas.
10. Memasang lampu lip lap untuk menceriakan kawasan luar Masjid.

Selain dari itu kontraktor sudah melakukan kerja pembersihan karpet pada Ahad, 10hb Mac 2024.

Terima kasih kepada semua ahli kariah yang menyumbang tenaga sehingga ada yang menyambung kerja mengecat pada hari ini (Ahad).

Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah swt.

Ramadhan Mubarak.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهبسم الله الرحمن الرحيم..._*(CERAMAH MENYAMBUT RAMADHAN@MASJID AL FIRDAUS, KG AYER MANIS (...
03/03/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم...

_*(CERAMAH MENYAMBUT RAMADHAN@MASJID AL FIRDAUS, KG AYER MANIS (MKAM 2024)*_

📿Anjuran AJK MKAM
🎙️Disampaikan Oleh :
*USTAZ ABDUL MANAF BIN ABDUL WAHAB*
♦️Ijazah Sarjana Muda Fiqh Fatwa (Syari'ah)
♦️Imam Daerah, Pejabat Kadi Daerah Kulai

📒 *RAMADHAN MUBARAK*
🗓️ *AHAD*
📆 *3/3/2024 @ 22 SYAABAN 1445h*
⏰ *7.00 MALAM*
🕌 *MKAM*

Moga Allah Permudahkan SemuaNya Asbab Menyantuni Majlis2 Ilmu & Taman2 Syurga ...Aamiin2🤲🏻💕

Program Malam Nisfu Syaaban.Bacaan Yasin 3x dengan doa agar1. Dipanjangkan umur dengan ibadah kepada Allah swt 2. Diperl...
24/02/2024

Program Malam Nisfu Syaaban.

Bacaan Yasin 3x dengan doa agar
1. Dipanjangkan umur dengan ibadah kepada Allah swt
2. Diperluaskan rezeki untuk beribadah seperti Umrah, Haji, derma dan wakaf.
3. Kematian yang Husnul Khotimah.

Alhamdulillah 150 ahli kariah hadir ke Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis. Belum lagi Surau Kg Baru Ayer Manis dan Surau Ayer Bemban.

Tahniah ahli kariah Kg. Ayer Manis dan Ayer Bemban.

19/02/2024

19 Feb 2024
4 orang lelaki menceroboh masuk dan kami mendapat notifikasi cctv pencerobohan sedang berlaku.

Cerita penuh begini, semenjak kejadian Tabung Utama Masjid diangkut penyamun sekitar 2 tahun yang lalu, CCTV masjid dilengkapi dengan sistem pengesanan pergerakan (motion detection) di luar waktu solat. Admin memang dapat notifikasi jika terdapat pergerakan yang mencurigakan.

Cuma biasanya kita terlepas pandang dan false alarm. Pada malam kejadian, admin terbaca notifikasi jam 10.30 terdapat pergerakan yg mencurigakan dan terkejut ada sekumpulan sedang cuba untuk membuka tabung masjid.

Maaf lah admin memang cepat panic dan terus hantar gambar dalam group AJK Masjid serta menghubungi Bendahari dan bercakap dengan tidak jelas. Selepas itu barulah admin tersedar untuk menghubungi pegawai polis yang menjaga Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis.

Bendahari ingat ada kecemasan di masjid dan beliau dengan pantas terus ke Masjid tanpa mengetahui ada penyamun di situ.

Dalam video ini Bendahari nampak ada penyamun, tetapi pura2 tidak nampak dan terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi untuk maklumkan pada orang kampung.

Selepas itu barulah pihak polis sampai. Kesilapan di sini adalah tidak menghubungi pihak polis terlebih dahulu.

Namun begitu, Alhamdulillah syukur tiada apa yang berlaku kepada Bendahari dan tabung masjid tidak berjaya dicuri.

InsyaAllah dimasa akan datang tindakan susulan lebih kemas dan perkara ini akan ditambah baik lagi.

19/02/2024

14 Feb 2024 Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis di ceroboh dan percubaan mencuri duit dan tabung masjid oleh 2 lelaki.

Address

Batu 30. Kg. Ayer Manis
Kulai
81020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Firdaus Kg. Ayer Manis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share