Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan

Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan, Mosque, PPR Taman Ehsan, Peti Surat No. 286, Kudat.

✨ π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 𝗨𝗠π—₯𝗔𝗛 π—£π—˜π—₯𝗖𝗨𝗠𝗔 π——π—œ π—žπ—¨π——π—”π—§βœ¨Lengkapkan diri dengan ilmu sebelum menjadi tetamu Allah 🀍Jom sertai Kursus Umrah anjura...
01/07/2026

✨ π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 𝗨𝗠π—₯𝗔𝗛 π—£π—˜π—₯𝗖𝗨𝗠𝗔 π——π—œ π—žπ—¨π——π—”π—§βœ¨
Lengkapkan diri dengan ilmu sebelum menjadi tetamu Allah 🀍

Jom sertai Kursus Umrah anjuran Tiram Travel Kota Kinabalu

Sila klik link pendaftaran:
https://forms.gle/chbCp6EjUFdk2sGb8

πŸ“Tempat: Masjid Al Ehsan PPR Taman Ehsan Kudat
https://maps.app.goo.gl/HUsHrsjMdd68UUGQ9

πŸ—“οΈ Tarikh: 04 Julai 2026 (SABTU)
πŸ•— Masa: 8.00pg–11.30pg.

πŸ“ž Pertanyaan:
πŸ“² Rabiatul – 014-877 6642
πŸ“² Tony – 013-877 7521

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H / 2026M βœ¨πŸŒ™Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Jawatankuasa Masjid Al-Ihsa...
16/06/2026

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H / 2026M βœ¨πŸŒ™

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Jawatankuasa Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan Kudat mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Maal Hijrah mengingatkan kita bahawa hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, memperkukuhkan iman, memperbaiki akhlak serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, mempererat ukhuwah dan memperbanyakkan amal soleh demi memperoleh keredaan Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra'd: 11)

🌟 Salam Maal Hijrah 1448H
🌟 Hijrah Membawa Berkat
🌟 Bersama Membina Ummah Cemerlang

Ikhlas daripada,
JAWATANKUASA MASJID AL-IHSAN
PPR TAMAN EHSAN KUDAT







πŸŒ™ KURSUS UMRAH PERCUMA DI KUDAT! πŸ•‹"Mau pigi Umrah? Jangan setakat bawa beg, kasi penuh dulu ilmu di dada." 🀲InsyaAllah, ...
11/06/2026

πŸŒ™ KURSUS UMRAH PERCUMA DI KUDAT! πŸ•‹

"Mau pigi Umrah? Jangan setakat bawa beg, kasi penuh dulu ilmu di dada." 🀲

InsyaAllah, Tiram Travel Kota Kinabalu dengan kerjasama Masjid Al-Ehsan PPR Taman Ehsan menjemput tuan puan hadir ke Kursus Umrah bagi persediaan sebelum menjadi tetamu Allah SWT.

πŸ“ Tempat: Masjid Al-Ehsan PPR Taman Ehsan, Kudat
πŸ“… Tarikh: 04 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.30 pagi

✨ Apa yang akan dipelajari?
βœ… Rukun & wajib Umrah
βœ… Tatacara Umrah yang betul
βœ… Doa-doa pilihan & zikir
βœ… Tips perjalanan ke Tanah Suci
βœ… Sesi soal jawab bersama mutawwif

πŸ’™ Kenapa perlu datang?
βœ”οΈ Supaya lebih yakin semasa mengerjakan Umrah
βœ”οΈ Elak kesilapan dalam ibadah
βœ”οΈ Tambah ilmu dan persediaan rohani
βœ”οΈ Sesuai untuk bakal jemaah dan ahli keluarga

πŸ“ž Pertanyaan & Pendaftaran:
πŸ“± Tony: 013-877 7521
πŸ“± Rabiatul: 010-984 1280

✨ Jom sama-sama hadir. Biar kita belajar dulu, supaya perjalanan Umrah nanti lebih tenang, lebih yakin dan lebih sempurna.

πŸŒ™βœ¨ PAKEJ PROMO UMRAH SYAWAL SAUDI AIRLINES βœ¨πŸŒ™Nikmati perjalanan ibadah yang lebih selesa bersama pakej pilihan ramai dar...
21/05/2026

πŸŒ™βœ¨ PAKEJ PROMO UMRAH SYAWAL SAUDI AIRLINES βœ¨πŸŒ™

Nikmati perjalanan ibadah yang lebih selesa bersama pakej pilihan ramai dari Tiram Travel πŸ€πŸ•‹

πŸ“… Tarikh Penerbangan: 18 Mac 2027
πŸ•’ 12 Hari 10 Malam
πŸ’° Hanya RM6690
πŸ’΅ Deposit RM300/seorang sahaja

🏨 Confirm Hotel Safwa Tower/Setaraf (50m dari Masjidil Haram)
🏨 Rose Holiday/Setaraf di Madinah
🍽️ Makan buffet 3x sehari
🧳 Luggage 46kg (2 beg)
πŸ’§ Free zam-zam 5L
πŸ‘³πŸ»β€β™‚οΈ Mutawwif Malaysia berpengalaman
πŸ›« Flight direct yang selesa

Tempat adalah TERHAD! Jom rebut peluang menjadi tetamu Allah bersama Tiram Travel ❀️

πŸ“² Hubungi kami sekarang untuk tempahan awal!

Tadarus Al-Quran malam ke 15πŸ“–Tadarus Al-Quran merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam, khususnya pada bulan ...
04/03/2026

Tadarus Al-Quran malam ke 15

πŸ“–Tadarus Al-Quran merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam, khususnya pada bulan Ramadhan. Ia bukan sekadar membaca Al-Quran, tetapi juga satu bentuk ibadah yang menghidupkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara kelebihan dan keistimewaan tadarus Al-Quran ialah:

✨ Mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda – setiap huruf Al-Quran yang dibaca diberi pahala oleh Allah SWT.

✨ Mendapat ketenangan hati – bacaan Al-Quran menenangkan jiwa dan memberi ketenteraman kepada orang yang membacanya.

✨ Turunnya rahmat dan keberkatan – majlis yang dipenuhi dengan bacaan Al-Quran akan dilimpahi rahmat Allah SWT.

✨ Dikelilingi para malaikat – sebagaimana disebut dalam hadis, majlis yang membaca Al-Quran akan dihadiri malaikat dan dipenuhi ketenangan.

✨ Mengeratkan ukhuwah sesama Muslim – tadarus secara berjemaah mengeratkan hubungan silaturrahim dalam masyarakat.

✨ Mendorong kita memahami Al-Quran – bukan sekadar membaca, tetapi juga menghayati dan memahami isi kandungannya.

Marilah kita mengambil peluang untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan menghidupkan amalan tadarus bersama-sama. Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi cahaya dan syafaat untuk kita di akhirat kelak.

πŸ“£ HEBAHAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MASJID AL-IHSAN KUDATAssalamualaikum wbt..Sukacita dimaklumkan bahawa Program Gotong-Roy...
11/02/2026

πŸ“£ HEBAHAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MASJID AL-IHSAN KUDAT

Assalamualaikum wbt..

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Gotong-Royong Masjid Al-Ihsan Kudat akan diadakan melalui kerjasama Masjid Al-Ihsan dan KRT PPR Zon Ehsan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 15 Februari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Lokasi: Masjid Al-Ihsan, PPR Taman Ehsan, Kudat

Semua jemaah, kariah dan penduduk setempat dijemput hadir menjayakan program ini.

Marilah kita bersama-sama menceriakan kawasan masjid serta mengeratkan semangat kejiranan dan perpaduan komuniti.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan AJK Masjid.

Ayuh hadir dan jayakan gotong-royong kita!

πŸ“’ JEMPUTAN KENDURI SETAMAN MASJID AL-IHSAN KUDAT 2026Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSukacita dimaklumkan baha...
03/02/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KENDURI SETAMAN MASJID AL-IHSAN KUDAT 2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan Kudat akan menganjurkan acara Kenduri seTaman yang merangkumi:

βœ…Kenduri Arwah
βœ…Doa Selamat
βœ…Sambutan Ramadhan

Semua dijemput hadir dan menyertai majlis yang penuh barakah ini.

πŸ“… Tarikh: 15 Februari 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 6:30 Malam (Selepas Solat Maghrib)
πŸ“ Tempat: Masjid Al-Ihsan Kudat

MAKLUMAT PENYERTAAN & SUMBANGAN

Anda boleh menyumbang dan menyertai kenduri ini dengan kadar:

πŸ’° Sumbangan: RM25.00 (Bagi Satu Keluarga atau Seikhlas Hati)

Cara Bayaran:
Bayaran boleh dibuat melalui pindahan dalam talian (online transfer) ke akaun bank di bawah:

🏦 Bank: AGRO BANK
πŸ’³ Nombor Akaun: 1007611000008674
✍️ Nama Akaun: MASJID AL-IHSAN PPR TAMAN EHSAN KUDAT

Sila dapatkan borang penyertaan fizikal di masjid atau hubungi wakil jawatankuasa untuk mendaftar nama ahli keluarga yang ingin diniatkan khusus bagi Kenduri Arwah atau Doa Selamat.

Jangan lepaskan peluang untuk meraih pahala dan mengeratkan silaturahim. Kehadiran dan sumbangan anda amatlah dihargai.

MAJLIS ILMU | KULIAH AGAMA BERKITAB Dengan penuh rasa hormat, pihak masjid menjemput tuan/puan dan seluruh jemaah untuk ...
01/02/2026

MAJLIS ILMU | KULIAH AGAMA BERKITAB

Dengan penuh rasa hormat, pihak masjid menjemput tuan/puan dan seluruh jemaah untuk menghadiri Kuliah Agama Berkitab yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ•Œ Tajuk: Kitab Jauhar Al-Mauhub
πŸ“… Hari: Setiap Hari Ahad
⏰ Masa: Selepas Maghrib
πŸ“ Tempat: Masjid Al-Ihsan, Taman PPR, Kudat

Pengajar:
Ustaz Md Izzat bin Asmaun
(Mudir Pondok Al Hasyimi, Matunggong)

Jemputan terbuka kepada semua.
Marilah kita bersama-sama menuntut ilmu, memperkukuh kefahaman agama dan menghidupkan budaya majlis ilmu.

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang meraih keberkatan ilmu.

πŸ“² Ikuti kami di Facebook: Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan

Sempena Nisfu Syahban, MASJID AL IHSAN PPR TAMAN EHSAN KUDAT akan mengadakan Kenduri Nisfu Syahban seperti ketetapan sep...
01/02/2026

Sempena Nisfu Syahban, MASJID AL IHSAN PPR TAMAN EHSAN KUDAT akan mengadakan Kenduri Nisfu Syahban seperti ketetapan seperti berikut:

Tarikh πŸ—“ : 02 Februari 2026
Masa πŸ•– : Selepas Solat Maghrib
Tempat πŸ“: Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan Kudat

Penyertaan para jemaah dan sumbangan sedekah adalah amat dialu-alukan!

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan AJK MASJID. ☺️

MAJLIS ILMU | KULIAH AGAMA BERKITAB Dengan penuh rasa hormat, pihak masjid menjemput tuan/puan dan seluruh jemaah untuk ...
25/01/2026

MAJLIS ILMU | KULIAH AGAMA BERKITAB

Dengan penuh rasa hormat, pihak masjid menjemput tuan/puan dan seluruh jemaah untuk menghadiri Kuliah Agama Berkitab yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ•Œ Tajuk: Kitab Jauhar Al-Mauhub
πŸ“… Hari: Setiap Hari Ahad
⏰ Masa: Selepas Maghrib
πŸ“ Tempat: Masjid Al-Ihsan, Taman PPR, Kudat

Pengajar:
Ustaz Md Izzat bin Asmaun
(Mudir Pondok Al Hasyimi, Matunggong)

✨ Jemputan terbuka kepada semua.
Marilah kita bersama-sama menuntut ilmu, memperkukuh kefahaman agama dan menghidupkan budaya majlis ilmu.

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang meraih keberkatan ilmu.

πŸ“² Ikuti kami di Facebook: Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan

Address

PPR Taman Ehsan, Peti Surat No. 286
Kudat
89058

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category