25/06/2026
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KEMPEN - Jom Berinfaq di Masjid Darul Asyiqin: Peluang Untuk Meraih Pahala Berterusan.
Melalui infaq anda, kita dapat bersama-sama menyokong pelbagai program seperti kuliah agama, aktiviti kebajikan, majlis ilmu, dan pembinaan serta penyelenggaraan kemudahan masjid. Setiap sumbangan, besar atau kecil, amat bermakna dalam memastikan kelangsungan usaha dakwah dan kebaikan ini.
Kelebihan berinfaq tidak hanya terhad kepada ganjaran di dunia, malah ia akan menjadi bekalan pahala yang berpanjangan di akhirat kelak, insya-Allah.
Sabda Rasulullah SAW:
"Ketika hamba berada di setiap pagi, ada 2 malaikat yang turun berdoa,"Ya Allah, berikanlah ganti pada yang sentiasa berinfaq." Malaikat yang lain berdoa, "Ya Allah, berikanlah kehancuran bagi yang enggan bersedekah." (HR Bukhari & Muslim)
Mari sama-sama kita manfaatkan peluang ini untuk berinfaq dan meraih keberkatan daripada-Nya.
“Kecil bagi kita, besar maknanya buat ummah.”
Jazakumullahu khairan atas sumbangan dan sokongan anda.