06/09/2026
🌿 MAJLIS ZIKIR MAULID 1448H 🌿
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, majlis ini dapat disempurnakan dengan jayanya.
Majlis diisi dengan zikir, selawat dan bacaan Maulid sebagai tanda kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kehadiran para jemaah dan masyarakat setempat turut menyerikan lagi majlis dalam suasana penuh ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. 🤲🏻❤️
Semoga segala amal ibadah, zikir dan selawat yang dilafazkan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan ketenangan kepada seluruh warga Kampung Bako.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, para penggerak, jemaah serta JKP Masjid Imaduddin yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
🌹 Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.