28/08/2026
๐ ALHAMDULILLAH | PROJEK BILIK PENGURUSAN JENAZAH MASJID DARUL EHSAN
๐
Jumaat, 28 Ogos 2026
ุจูุณูู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญูููู
ู
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Dengan izin dan rahmat-Nya, Projek Menaiktaraf Bilik Pengurusan Jenazah Masjid Darul Ehsan, Kampung Jawa Semenggok Batu 12 telah mula dilaksanakan pada hari ini.
Kerja-kerja dimulakan dengan merobohkan bangunan asal sebagai langkah pertama bagi memberi laluan kepada pembinaan dan penaiktarafan bilik pengurusan jenazah yang lebih selesa, sempurna dan sesuai dengan keperluan jemaah serta masyarakat setempat.
๐ฟ Satu lagi impian dan keperluan penting masjid bakal direalisasikan.
Apabila siap kelak, bilik pengurusan jenazah ini akan membolehkan urusan memandikan dan menguruskan jenazah dilaksanakan di masjid sendiri dengan lebih teratur, selesa dan menjaga kesempurnaan tuntutan fardu kifayah.
Lebih membanggakan, Masjid Darul Ehsan kini mempunyai pasukan pengurusan jenazah jemaah lelaki dan pasukan pengurusan jenazah jemaah perempuan yang bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat apabila diperlukan.
๐คฒ๐ป Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada YB Datuk Rubiah binti Haji Wang Ahli Parllimen P197 Kota Samarahan atas perhatian, sokongan dan usaha dalam membantu merealisasikan kerja-kerja menaiktaraf Masjid Darul Ehsan.
Terima kasih juga kepada pihak JKR Kuching serta kontraktor yang telah dilantik atas pelaksanaan kerja-kerja penaiktarafan ini.
Semoga projek ini berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan dan dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya.
๐๏ธ Hari ini kita merobohkan bangunan lama, insya-Allah esok kita membina kemudahan yang lebih baik untuk ummah.
Kerana masjid bukan hanya tempat kita mendirikan solat, tetapi juga tempat masyarakat mendapatkan khidmat, tempat ukhuwah dibina dan tempat kita bersama-sama melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah.
Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan kepada semua pihak yang menyumbang, membantu dan menjayakan pembangunan Masjid Darul Ehsan.
Daripada:
Cikgu Zulhisham Bin Jalal
Setiausaha Masjid Darul Ehsan
Kampung Jawa Semenggok Batu 12
๐ Masjid Darul Ehsan โ Berkhidmat Untuk Ummah, Bersama Masyarakat.