16/06/2026
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H / MAAL HIJRAH 🌙✨
Sama-sama kita membuka lembaran baharu dengan azam untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa. Semoga tahun baharu Islam ini membawa seribu keberkatan, kedamaian, dan rezeki yang melimpah-ruah buat kita semua
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk membela Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Baqarah: 218)
Sempena kehadiran tahun baharu Hijrah 1448H ini, marilah kita memperbanyakkan doa, muhasabah diri, dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita. Semoga segala amalan kita di tahun lalu diterima dan lembaran baharu ini dipenuhi dengan keredaan Allah S.W.T.
Semoga tahun 1448H ini:
🌸 Ditetapkan iman dan diperluaskan pintu rezeki.
🌸 Diberikan kesihatan yang baik dan ketenangan minda.
🌸 Dilindungi daripada segala bala bencana dan wabak penyakit.
Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲
Daripada:
JKP MDPHARY Sadong Jaya