Surau Darul Falah

Surau Darul Falah Surau Darul Falah, Kampung Semariang Baru Fasa 3, Jalan Sultan Tengah, 93050, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia. Peta lokasi:
1.596214,110.337413

Surau Darul Falah merupakan sebuah surau untuk Kampung Semariang Baru Fasa 3 yang dipengerusikan oleh Encik Zawawi bin Daud.

Alhamdulillah....Gotong-royong pagi ini berjalan lancar 🤍Terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK dan s**arelawan y...
18/01/2026

Alhamdulillah....

Gotong-royong pagi ini berjalan lancar 🤍

Terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK dan s**arelawan yang hadir membantu mengemas stor surau dan stor bilik jenazah pagi tadi.

Walaupun ringkas, kerja dibuat sama-sama jadi ringan dan cepat siap.

Inilah bukti semangat muafakat – sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Tradisi gotong-royong macam ni sememangnya patut kita kekalkan, dari dulu sampai sekarang.

Terima kasih juga kepada yang bawa portluck, rezeki dikongsi, ukhuwah pun makin erat 🤝

Semoga segala usaha kecil hari ini jadi amal besar di sisi Allah, Allahumma Aamiin ya Mujib....





✨ MAJLIS SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ: PERJALANAN AGUNG PENUH IBRAH ✨​Warga Kuching dijemput hadir! ​Yayasan Budaya Melayu Sa...
17/01/2026

✨ MAJLIS SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ: PERJALANAN AGUNG PENUH IBRAH ✨

​Warga Kuching dijemput hadir!

​Yayasan Budaya Melayu Sarawak dengan kerjasama Surau Darul Falah membawakan Majlis Sambutan Israk & Mikraj bagi tahun 1447H.

Ayuh kita luangkan masa untuk menambah ilmu dan memperkukuhkan rohani kita melalui kupasan sejarah perjalanan Rasulullah SAW.

đź—“ Tarikh: 20 Januari 2026 (Selasa)
đź•• Masa: 6.00 Petang
📍 Lokasi: Surau Darul Falah, Kampung Semariang Baru Fasa 3, Kuching, Sarawak.

Bersama Penceramah: Ustaz Yunus Ali

​Sama-sama kita hadirkan diri dan mengimarahkan majlis ilmu ini. Semoga majlis ini membawa keberkatan buat kita semua. Sebarkan kepada kawan-kawan, sebarkan kepada keluarga!

​

Barakallahu laka wa baaraka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoirin Allahumma Aaminnn ya Mujib....Semoga Allah memberka...
16/01/2026

Barakallahu laka wa baaraka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoirin Allahumma Aaminnn ya Mujib....
Semoga Allah memberkahimu, baik dalam s**a maupun duka, dan selalu mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.
Alhamdulillah, hari ini menjadi saksi penyatuan dua jiwa yang telah tertulis di Luh Mahfuz.
Selamat Pengantin Baru buat Amirul bin Juel & Nur Adilla bt Yosnizan.
​Semoga bahtera rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi mawaddah, warahmah, dan kasih sayang yang tidak berpenghujung.
Semoga setiap langkah kalian berdua selepas ini diredhai Allah SWT hingga ke syurga.
​Selamat menempuh alam perkahwinan! 💍✨
​
Pihak Surau Darul Falah amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mengadakan majlis akad nikah di surau. Untuk makluman lanjut boleh hubungi pengerusi surau (En. Ramanto Bin Haji Omar) di talian +6013-575 3897.

14/01/2026

Program Back To School

Assalamualaikum,
Surau Darul Falah menjemput semua ibu bapa dan masyarakat sekitar untuk hadir ke Program Back To School yang akan diadakan seperti berikut:

đź—“ Tarikh: 15 Januari 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Surau Darul Falah
⏰ Masa: 6.30 petang hingga selesai

Aturcara ringkas:

6.30 ptg – Kehadiran JKP & NGO

6.35 ptg – Kehadiran ibu bapa & penerima bantuan (catat kehadiran)

6.50 ptg – Solat Maghrib & Bacaan Yassin

Ucapan & Penyampaian Bantuan
(KK Semariang Baru Fasa 3 & Pengerusi Surau Darul Falah)

Sesi Bergambar

Solat Isyak

Jamuan

Selesai

Semua dijemput hadir, sama-sama kita meriahkan program kebajikan ini.

Mudah-mudahan usaha kecil kita membawa besar maknanya untuk anak-anak yang memerlukan, Allahumma Aaminnn ya Mujib....

Insya'Allah

Insya-Allah pada MALAM TOK (ISNIN) akan diadakan Kuliah Maghrib Berkitab, Pengajian Fekah (Kitab Sabilal Muhtadin). Disa...
12/01/2026

Insya-Allah pada MALAM TOK (ISNIN) akan diadakan Kuliah Maghrib Berkitab, Pengajian Fekah (Kitab Sabilal Muhtadin). Disampaikan oleh AL-FADHIL USTAZ AZRY BUSRAH di Surau Darul Falah.

Semua dijemput hadir.

KURSUS UMRAH PERCUMAđź’˘Terbuka kepada umum.Taj Travel | Tareeq Al Jannah by DARUL HANAMenjemput tuan-tuan & puan-puan meng...
10/01/2026

KURSUS UMRAH PERCUMA

đź’˘Terbuka kepada umum.

Taj Travel | Tareeq Al Jannah by DARUL HANA

Menjemput tuan-tuan & puan-puan menghadiri Kursus Umrah Percuma
sebagai persediaan sebelum melangkah ke Tanah Suci.
âś… Fiqh & rukun umrah secara ringkas & praktikal
âś… Kesalahan lazim jemaah
âś… Persediaan rohani & adab di Tanah Suci
âś… Sesi soal jawab terbuka
📍 Tempat: Surau Darul Falah ,Jl Temenggong Haji Gobel ,Semariang Fasa 3
📆 Tarikh & Masa: Ahad 11 Jan 2026 | 8.00 pagi - Selesai.
📞 Untuk pendaftaran & pertanyaan:
Ustazah Hidayah –
+60 12-874 2781
Cik Maisarah –
+60 11-3696 4988

Address

Semariang Fasa 3
Kuching
93050

Telephone

+60198478859

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Darul Falah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Darul Falah:

Shortcuts

Share

Category