Islamic Information Centre Majlis Islam Sarawak

Islamic Information Centre  Majlis Islam Sarawak In order to carry out these aspirations, we organise talks and lectures on current issues and concerns that impact the community.
(2)

Established under the Majlis Islam Sarawak and inaugurated on 17 August 2008, the IIC–MIS is a leading Islamic agency committed to fostering appreciation & understanding of Islamic ideals, principles & universal values that transcend cultural boundaries.

π—•π—œπ—–π—”π—₯𝗔 𝗔𝗗-π——π—œπ—‘: π—˜π—žπ—’π—‘π—’π— π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— Wakaf bukan sekadar amalan kebajikan, malah merupakan instrumen penting dala...
26/08/2026

π—•π—œπ—–π—”π—₯𝗔 𝗔𝗗-π——π—œπ—‘: π—˜π—žπ—’π—‘π—’π— π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—ͺπ—”π—žπ—”π—™ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— 

Wakaf bukan sekadar amalan kebajikan, malah merupakan instrumen penting dalam membangunkan ekonomi serta memperkukuh kesejahteraan umat.

Ikuti kupasan menarik mengenai β€œEkonomi dan Wakaf dalam Islam” bersama:

YBrs. Dr. Muhammad Hisyam bin Mohamad
Felow Kanan/Pengarah
Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

πŸ—“οΈ Khamis, 27 Ogos 2026
πŸ•‘ 2.00 petang

Saksikan secara langsung menerusi Facebook rasmi Islamic Information Centre (IIC-MIS).

Dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan TV IRIS

Semoga perkongsian ini dapat menambah kefahaman kita mengenai potensi wakaf dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemaslahatan masyarakat.




24/08/2026
24/08/2026

πŸ“£ KAJIAN PENAMBAHBAIKAN PORTAL KHIDMAT ISLAM SARAWAK (KISWA)

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BP&P) JAIS melalui Unit Penyelidikan sedang melaksanakan Kajian Penambahbaikan Portal KISWA.

Kajian ini bertujuan menilai tahap kepuasan pengguna awam terhadap paparan dan kemudahan portal (frontend) serta kecekapan operasi pentadbiran sistem (backend) demi meningkatkan mutu perkhidmatan digital JAIS agar lebih cekap, mesra pengguna dan berkesan.

Orang ramai dan warga kerja berkaitan dijemput menyertai kajian melalui pautan berikut:

πŸ”— https://forms.gle/dNqXcfF4PKJzKSiD8

πŸ“… Tempoh kajian: 17 Ogos hingga 30 September 2026

Anda juga boleh mengimbas kod QR yang disediakan. Setiap maklum balas amat bermakna dalam usaha menambah baik Portal KISWA.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 πƒπˆ 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 π’π€π‘π€π–π€πŠBerikutan keadaan jerebu semasa serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IP...
23/08/2026

ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 πƒπˆ 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 π’π€π‘π€π–π€πŠ

Berikutan keadaan jerebu semasa serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat di beberapa kawasan, Majlis Islam Sarawak menyeru seluruh umat Islam untuk bersama-sama menunaikan Solat Sunat Hajat seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Isnin, 24 Ogos 2026
πŸ•°οΈ Selepas Solat Fardu Maghrib
πŸ“ Masjid dan surau masing-masing di seluruh Sarawak
(juga digalakkan dilaksanakan di rumah masing-masing bagi yang berkeuzuran untuk hadir ke masjid dan surau)

Bersama-samalah kita bermunajat dan memohon agar Allah SWT mengangkat musibah jerebu, memulihkan keadaan udara serta memelihara keselamatan dan kesihatan seluruh masyarakat.


21/08/2026

NOTIS PEMBATALAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SARAWAK TAHUN 1448H/2026M

Mengambil kira keadaan jerebu semasa serta nasihat daripada agensi-agensi berkaitan dan demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak maka Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M telah memutuskan untuk membatalkan MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SARAWAK TAHUN 1448H/2026M yang dijadual diadakan di Bahagian Sarikei.

Hanya Majlis Kesyukuran sempena Maulidur Rasul di masjid-masjid Bahagian, Daerah dan kampung boleh diadakan, tertakluk kepada keadaan setempat dan nasihat pihak berkuasa. Sebarang aktiviti luar seperti perarakan dan perhimpuan Maulidur Rasul adalah tidak dibenarkan.

Seluruh masyarakat turut dipohon untuk bersama-sama berdoa agar bencana jerebu yang melanda segera reda dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan keprihatinan semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

πŸ•Œ *SOLAT JUMAAT DI SURAU AN-NURANI, ISLAMIC INFORMATION CENTRE* πŸ•ŒπŸ—“οΈ Tarikh: *21 Ogos 2026M / 8 Rabiulawal 1448H*πŸ•‘ Waktu ...
21/08/2026

πŸ•Œ *SOLAT JUMAAT DI SURAU AN-NURANI, ISLAMIC INFORMATION CENTRE* πŸ•Œ

πŸ—“οΈ Tarikh:
*21 Ogos 2026M / 8 Rabiulawal 1448H*

πŸ•‘ Waktu Solat Jumaat:
*12:46 Tengahari*

πŸ“ Lokasi:
*Surau An-Nurani, Islamic Information Centre*

πŸ“ŒKhatib & Imam Jemputan:
*Ustaz Ariff bin Suhadat*

πŸ“Œ Bilal Jemputan:
*Encik Mohamad Syahmi bin Mohamad Bolkia*

πŸ“Œ Tajuk Khutbah:
*β€œEMULATING THE SIRAH, EMPOWERING THE UMMAH”*

Dijemput kepada semua Muslimin untuk menghadiri solat Jumaat dan mendengarkan khutbah yang bermanfaat di Surau An-Nurani, Islamic Information Centre. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.


20/08/2026
19/08/2026

πŸ“’ NOTIS MAKLUMAN RASMI

Dukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Sarikei telah dipinda kepada:

MAJLIS PERHIMPUNAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SARAWAK TAHUN 1448H/2026M

πŸ“… Tarikh: Selasa, 12 Rabiulawal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026
⏰ Masa: 7.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Sentral Sarikei

Sehubungan dengan perubahan tersebut, aktiviti perarakan adalah dibatalkan.

Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M setelah mempertimbangkan keadaan jerebu yang sedang berlaku di Sarawak, demi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua peserta serta orang ramai.

Pihak penganjur amat kesal atas perubahan ini dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Kerjasama, keprihatinan dan pengertian semua pihak amatlah dihargai.



πŸ“Έ π’πŽπ‘πŽπ“π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ”ππ‹πˆπ‚ 𝐋𝐄𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄 πˆπˆπ‚-πŒπˆπ’ πŸπŸŽπŸπŸ”Islamic Information Centre – Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS) telah sempurna ...
19/08/2026

πŸ“Έ π’πŽπ‘πŽπ“π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ”ππ‹πˆπ‚ 𝐋𝐄𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄 πˆπˆπ‚-πŒπˆπ’ πŸπŸŽπŸπŸ”

Islamic Information Centre – Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS) telah sempurna menganjurkan sebuah program khas iaitu 𝙋π™ͺπ™—π™‘π™žπ™˜ π™‡π™šπ™˜π™©π™ͺπ™§π™š π™„π™„π˜Ύ-π™ˆπ™„π™Ž bertajuk β€œπ™ˆπ™šπ™’π™₯π™šπ™§π™ π™–π™¨π™– π˜½π™šπ™‘π™žπ™– π™ˆπ™šπ™‘π™–π™‘π™ͺπ™ž 𝙄𝙒𝙖𝙣” bersama Al-Allamah Dr. Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid pada 17 Ogos 2026 bertempat di Auditorium IIC-MIS.

Syarahan ilmu ini menekankan bahawa kekuatan generasi muda tidak hanya dibina melalui ilmu dan kemahiran, tetapi juga perlu dipandu oleh iman, akhlak serta rasa tanggungjawab. Belia yang imannya kukuh mampu memanfaatkan ilmu, teknologi, dan potensi diri untuk membawa kebaikan kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid atas perkongsian yang penuh hikmah dan bermakna kepada semua tetamu dan peserta yang telah bersama-sama menjayakan majlis ilmu ini.

Tahniah kepada seluruh tenaga pekhidmat IIC-MIS dan urusetia yang terlibat dari awal persiapan program 𝙋π™ͺπ™—π™‘π™žπ™˜ π™‡π™šπ™˜π™©π™ͺπ™§π™š π™„π™„π˜Ύ-π™ˆπ™„π™Ž 2026 β€œπ™ˆπ™šπ™’π™₯π™šπ™§π™ π™–π™¨π™– π˜½π™šπ™‘π™žπ™– π™ˆπ™šπ™‘π™–π™‘π™ͺπ™ž 𝙄𝙒𝙖𝙣" sehinga selesai dengan jayanya. Alhamdulillah.

Semoga segala ilmu dan pesanan yang disampaikan terus menjadi panduan dalam membentuk generasi belia yang beriman, berilmu, beradab dan beramanah untuk ummah sejagat, khususnya di bumi Sarawak yang dicintai.





18/08/2026

🌟 INSPIRASI HATI: OKU BERSAMA AL-QURAN 🌟

πŸ“– Menyantuni Jiwa, Menyebarkan Cahaya al-Quran

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) menjemput semua untuk bersama-sama menyemarakkan program Inspirasi Hati: OKU Bersama al-Quran.

Program ini menampilkan perkongsian dan pengalaman daripada para penyelaras, guru al-Quran bahasa isyarat serta individu OKU. Satu ruang yang istimewa untuk kita melihat bahawa al-Quran adalah cahaya dan petunjuk untuk semua, tanpa mengira keupayaan dan latar belakang. 🀲✨

πŸ“… 27 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Pusat Penerangan Islam (IIC) Kuching

πŸ’š Jom bersama menyantuni, memahami dan menghayati perjalanan OKU mendekati al-Quran.

πŸ“² Pendaftaran penyertaan:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfyEhsyHj6lBylxNFwDKO2QotafaxRuMkp5c07IO47IekvonQ/viewform

Address

Block 10, KCLD, Ong Tiang Swee Road
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islamic Information Centre Majlis Islam Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Islamic Information Centre Majlis Islam Sarawak:

Shortcuts

Share