BMSC Youth

BMSC Youth BMSC Youth
St Thomas Cathedral Kuching

26/07/2026

Bahasa Malaysia Speaking Congregation - BMSC St Thomas' Cathedral Kuching

26/07/2026

Happy Diocesan Youth Sunday!🤩

Pada hari yang istimewa ini, kita meraikan semangat, iman dan dedikasi para belia yang sentiasa memberi inspirasi kepada Gereja melalui semangat berkobar-kobar serta kesediaan mereka untuk melayani. Semoga sambutan ini mendorong setiap belia untuk terus bertumbuh dalam hubungan mereka dengan Tuhan, tetap teguh dalam iman, serta menjadi pembawa harapan dan kasih kepada keluarga, komuniti dan Gereja❤️

Semoga Tuhan terus memberkati, membimbing dan menguatkan setiap belia ketika mereka menyambut panggilan-Nya dengan penuh keberanian dan sukacita. Semoga sambutan ini membawa berkat dan makna yang mendalam kepada kita semua!❤️

Kadang-kadang kita tidak mempunyai semua jawapan, tetapi kita sentiasa mempunyai satu tempat untuk datang iaitu dalam do...
11/07/2026

Kadang-kadang kita tidak mempunyai semua jawapan, tetapi kita sentiasa mempunyai satu tempat untuk datang iaitu dalam doa dan damai.

Mari luangkan masa bersama Tuhan melalui malam Pujian & Penyembahan serta Perkongsian Alkitab dengan tema “Doa dan Damai”

Ajak rakan-rakan dan sertai kami untuk bertumbuh bersama dalam iman. Jumpa anda di sana!

Shalom semua. Dimaklumkan bahawa pertemuan Cell Group akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. T...
25/06/2026

Shalom semua. Dimaklumkan bahawa pertemuan Cell Group akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih atas perhatian anda.

Shalom semua! Cell Group Vol.4 akan diadakan pada 25 Jun 2026. Jumpa nanti ya🤗💕💕
23/06/2026

Shalom semua! Cell Group Vol.4 akan diadakan pada 25 Jun 2026. Jumpa nanti ya🤗💕💕


Bersyukur kepada Tuhan atas kesempatan yang indah ini untuk berkumpul bersama dalam kasih dan persaudaraan, meraikan seb...
24/05/2026

Bersyukur kepada Tuhan atas kesempatan yang indah ini untuk berkumpul bersama dalam kasih dan persaudaraan, meraikan sebuah persahabatan yang telah terjalin, serta menghargai setiap kenangan, doa, dan kebersamaan yang Tuhan izinkan sepanjang perjalanan ini.

Farewell Gathering bersama para belia BMSC di Que River Retreat, Kampung Benuk, Padawan pada 23 Mei 2026.

“Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka.” — Matius 18:20

Terima kasih atas setiap doa, pelayanan, dan kebersamaan yang telah dikongsi. Semoga Tuhan sentiasa memimpin dan memberkati perjalanan hidup anda berdua.

Aktiviti cell group bersama-sama para belia BMSC yang diadakan pada 13 Mei 2026 bertemakan Kesihatan Mental dan Emosi! P...
14/05/2026

Aktiviti cell group bersama-sama para belia BMSC yang diadakan pada 13 Mei 2026 bertemakan Kesihatan Mental dan Emosi!

Puji dan syukur kepada Tuhan atas kesempatan ini kami dapat berkumpul dan berkongsi akan firman Tuhan!!❤️

Shalom semua! Cell Group Vol.3 akan diadakan pada 13 Mei 2026. Jumpa nanti ya🤗❤️
10/05/2026

Shalom semua! Cell Group Vol.3 akan diadakan pada 13 Mei 2026. Jumpa nanti ya🤗❤️

Yesus berkata kepada mereka lagi, “Salam sejahtera! Sebagaimana Bapa mengutus Aku, demikian juga Aku mengutus kamu. ‭‭YO...
09/05/2026

Yesus berkata kepada mereka lagi, “Salam sejahtera! Sebagaimana Bapa mengutus Aku, demikian juga Aku mengutus kamu. ‭‭YOHANES‬ ‭20‬:‭21‬

“SAVE THE DATE” gaisss❤️ Anglican Diocesan Youth Council - ADYC
09/05/2026

“SAVE THE DATE” gaisss❤️ Anglican Diocesan Youth Council - ADYC

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BMSC Youth posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to BMSC Youth:

Shortcuts

Share