25/08/2026
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H Surau Darul Uyuun berlangsung dengan lancar malam kelmarin 24 Ogos 2026. Penceramah jemputan Ustaz Tamrin b Arrim memulakan majlis dengan menjelaskan kenapa kita perlu mengingati tarikh lahir Rasulullah saw. Ia tanda kita kenal Baginda bila kenal maka kita cintai Baginda. Sebagai Muslim kita wajib mencintai Rasulullah saw. Kita wajib menjadikan Baginda idola kerana ketinggian peribadi Baginda. Baginda tidak membalas keburukan dengan keburukan. Malah memaafkan. Baginda mengasihi semua orang tanpa mengira usia atau kedudukan. Sebagai suami, Saidatina A'ishah menggambarkan akhlak Rasulullah saw adalah Al Quran. Sebagai ketua Baginda adil, berani dan strategis perang yang bijak.
Justeru itu, wajiblah kita pelajari tinggalan Baginda iaitu Al Quran dan Hadith. Supaya kita dapat mengikuti jejak peribadi Baginda. Walaupun hanya mampu istiqomah dengan satu sunnah, memadai lah. Tak mampu semua, jangan tinggal semua.
Semoga selepas ini, kita akan lebih mendalami ajaran Rasulullah saw dan tambah lagi cinta pada Baginda.