Ketua Pegawai Eksekutif Hikmah

Ketua Pegawai Eksekutif Hikmah Haji Alwi Bin Haji Morshidi
Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH
Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak

07/08/2026

Kunjungan Tuan Haji Alwi Bin Morshidi ke Darul Hana Quranic Centre-MIS

Kunjungan hari ini memfokuskan kepada usaha memperkukuh penghayatan al-Quran dalam kalangan masyarakat serta memperluaskan inisiatif yang mampu melahirkan generasi celik al-Quran. Turut dibincangkan kepentingan memperkasakan pendidikan al-Quran sebagai asas pembentukan insan yang berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam, selaras dengan aspirasi membina umat Islam yang berkualiti di Sarawak.

Program Sentuhan Kasih Dakwah Saudara Kita, Long Busang, Kapitبسم الله الرحمن الرحيمYa Allah, lindungilah kami sepanjang...
30/07/2026

Program Sentuhan Kasih Dakwah Saudara Kita, Long Busang, Kapit

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, lindungilah kami sepanjang perjalanan ke Long Busang. Kurniakan keselamatan, kesihatan, cuaca yang baik, permudahkan setiap urusan, jauhkan kami daripada segala musibah dan bahaya, serta izinkan kami tiba di destinasi dan kembali semula dengan selamat. Amin, ya Rabbal 'alamin.

28/07/2026
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَALMARHUM USTAZ HAJI IDRIS BIN AHMADPegawai Tugas-tugas Khas Ketua Pegawai Ek...
26/07/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

ALMARHUM USTAZ HAJI IDRIS BIN AHMAD
Pegawai Tugas-tugas Khas Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH

Telah kembali ke rahmatullah pada 26 Julai 2026M, bersamaan 10 Safar 1448H.

Seluruh warga HIKMAH merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Podcast Bersama Tuan Haji Alwi: Hala Tuju Program Latihan Dakwah HIKMAH (PLDH)Bagaimana HIKMAH membentuk pendakwah yang ...
24/07/2026

Podcast Bersama Tuan Haji Alwi:
Hala Tuju Program Latihan Dakwah HIKMAH (PLDH)

Bagaimana HIKMAH membentuk pendakwah yang berilmu, berkemahiran dan relevan dengan cabaran semasa?

Ikuti perkongsian Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, yang mengupas hala tuju Program Latihan Dakwah HIKMAH (PLDH).

Perbincangan ini menyentuh strategi memperkukuh pembangunan pendakwah, memperkasa pendekatan dakwah yang lebih berkesan, serta memperluaskan usaha dakwah melalui latihan yang tersusun, berterusan dan berimpak tinggi.

Saksikan podcast ini dan bersama-sama memahami usaha HIKMAH dalam melahirkan generasi pendakwah yang bersedia menghadapi keperluan masyarakat masa kini.

22 Julai 2026 | Masjid Darul Rahmah, Tambirat, AsajayaMajlis Penutupan Program "Ada Apa Dengan Cinta" Sempena Ziarah Mah...
22/07/2026

22 Julai 2026 | Masjid Darul Rahmah, Tambirat, Asajaya

Majlis Penutupan Program "Ada Apa Dengan Cinta" Sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak

Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, Merasmikan Majlis Penutupan Program "Ada Apa Dengan Cinta" sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak yang berlangsung di Masjid Darul Rahmah, Tambirat, Asajaya.

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026.Semoga Sarawak terus maju, makmur dan diberkati, serta kekal menjadi negeri yang har...
22/07/2026

Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026.

Semoga Sarawak terus maju, makmur dan diberkati, serta kekal menjadi negeri yang harmoni, bersatu padu dan sejahtera untuk semua.

Sarawak Maju Makmur.

Address

Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua Pegawai Eksekutif Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share