Surau Taman Sepakat Jaya

Surau Taman Sepakat Jaya Demak Laut

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yg paling banyak berselawat kepadaku"اللهم ص...
23/08/2026

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yg paling banyak berselawat kepadaku"

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Malam berselawat di Surau Taman Sepakat Jaya sempena meraikan kelahiran junjungan besar Nabi kita Sayyidina Muhammad s.a.w.

Jom ramai-ramai kita hadir & menghidupkan malam itu dengan memperbanyakan berselawat bagi menandakan kecintaan kita kepadanya.

Bagi yang ingin menginfak makanan & minuman amatlah dialu-alukan pada malam tersebut.
Semoga segala niat baik & infak yang kita ikhlaskan mudahan mendapat keberkahan & syafaat drp Rasulullah s.a.w.

Sekian. Wassalam.

Salam & Selamat pagi 🌹✨Sambutan Hari Raya Aidiladha (korban) pada :📌 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H (Rabu).🕌 S...
26/05/2026

Salam & Selamat pagi 🌹
✨Sambutan Hari Raya Aidiladha (korban) pada :

📌 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H (Rabu).
🕌 Surau Sepakat Jaya

✨ Mari kita bersama-sama mengimarahkan sambutan Hari Raya Korban ini dengan penuh ketaatan & meluangkan masa dengan perkara yang bermanfaat.

✨ Semoga disetiap amalan & pengorbanan ini nanti diterima & diberikan ganjaran pahala oleh Allah berlipat Kali ganda serta mendapat keberkahan disisiNya 🤲.
Aamiin.

✨ Marhaban Ya Ramadhan ✨Sambutan Arwah Bulan akan diadakan pada : Tarikh : 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447H.M...
15/02/2026

✨ Marhaban Ya Ramadhan ✨

Sambutan Arwah Bulan akan diadakan pada :

Tarikh : 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447H.
Masa : Selasa/4.30 pm (Selepas asar)
Tempat : Surau Taman Sepakat Jaya

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir 🤗

Bagi yang ingin menginfak makanan/minuman & lauk pauk sangat dialu-alukan.

Semoga ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan kepada kehidupan kita & keluarga kita semua.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum para Muslimin & Muslimat yang dikasihi Allah selalu ...2 Februari 2026/15 Syaaban (Isnin malam Selasa) a...
31/01/2026

Assalamualaikum para Muslimin & Muslimat yang dikasihi Allah selalu ...
2 Februari 2026/15 Syaaban (Isnin malam Selasa) adalah malam Nisfu Syaaban.

Ini tandanya lagi 15 hari saja lagi kita nak sambut Ramadan.

Antara amalan yang kita boleh buat:

1) Berpuasa sunat
2) Solat jemaah & baca doa Nisfu Syaaban bersama keluarga.
3) Sedekah ikut kemampuan masing-masing.
4) Banyakkan Istighfar (Astaghfirullah wa atubu ilaih).

Malam ni juga malam buku amalan diangkat, jadi jom kita tutup “buku lama” dengan kebaikan.

Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Address

Taman Sepakat Jaya
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Taman Sepakat Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Taman Sepakat Jaya:

Shortcuts

Share

Category