13/03/2026
|| •IMARAH RAMADAN BERSAMA YB DATUK DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI• ||
Anjuran : Jawatankuasa Pengurusan Surau Hayatul Islam
Tarikh : 12 Mac 2026 (Khamis)
Tempat : Surau Hayatul Islam, Kampung Panglima Seman Ulu, Kuching
Jawatankuasa Pengurusan Surau Hayatul Islam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi atas kesudian hadir menyertai jemaah bagi menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat Terawih bersama penduduk kampung.
Kehadiran beliau turut memeriahkan suasana ibadah di surau kami. Solat Isyak dan Terawih pada malam tersebut telah dipimpin oleh imam-imam muda dari Kampung Panglima Seman Ulu.
Semoga kehadiran dan kebersamaan ini terus menyemarakkan semangat mengimarahkan rumah Allah serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.
Alhamdulillah.
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
☑️ Jom Like Page Facebook :
SURAU HAYATUL ISLAM, KPSU
📥 Sebarang sumbangan untuk segala aktiviti/majlis ilmu/program Surau Hayatul Islam, Kampung Panglima Seman Ulu boleh disalurkan ke akaun :
🏧 1100435361 - Bank Rakyat
Jawatankuasa Pengurusan Surau Hayatul Islam
Semoga Allah Azza wa Jalla memberkati segala urusan dan rezeki para penyumbang.
Allahumma amin.