28/05/2026
๐๐ *Aidiladha: Semangat Pengorbanan, Kebersamaan dan Ukhwah* ๐๐
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun 1447H/2026M ini dapat dilaksanakan dengan penuh lancar dan penuh makna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Sri Huang Tiong Sii dan YB Datuk Haji Len Talif Salleh atas sumbangan sapi korban yang amat bermakna buat masyarakat muslim setempat. Sumbangan ini bukan sahaja membantu menjayakan ibadah korban, malah turut mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat.
Ucapan penghargaan juga buat semua petugas terdiri daripada ahli Persatuan PERKTHIS,serta para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus sejak awal pagi demi memastikan segala urusan berjalan dengan baik dan teratur.
Tidak dilupakan juga penghargaan khas kepada:
๐ Masjid Nur Permai, Sarikei
๐ Masjid Ar-Rahmah, Sarikei
๐ Masjid Al-Muttaqin, Sarikei
atas kerjasama, sokongan dan semangat gotong-royong yang begitu indah dipamerkan sepanjang program berlangsung.
Sesungguhnya Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi turut mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan, kesabaran dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga sambutan ini menjadi pemangkin untuk kita terus mencontohi perjuangan agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S dalam mendidik jiwa agar sentiasa taat, redha dan sanggup berkorban demi agama dan ummah.
๐คฒ Semoga segala amal kebajikan, tenaga dan sumbangan yang diberikan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda serta keberkatan hidup oleh Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd๐โจ