Rakan Remaja Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian

Rakan Remaja Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rakan Remaja Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Kubang Kerian.

04/06/2017

sepanjang karnival bestnyo g sejid 2017..

18-20 mei 2017

04/06/2017
24/09/2015
Ingat!!!                                                                                                                ...
05/07/2015

Ingat!!! Sejauh Mana Kita Berada,Sejauh Mana Kita Pergi,Sejauh Mana Kita Merantau,Ingat dan Luangkan lah Masa Bersama Orang Tersayang,Jangan Sampai Menyesal Di Kemudian Hari...

Khas utk beliawanis shja..Jom pakat daftar yer...:-D
09/10/2014

Khas utk beliawanis shja..Jom pakat daftar yer...:-D

21/09/2014

Tazkirah buat hati

-VAKSIN HATI TONIK IMAN-
(ZIARAH KE ALAM BARZAKH)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

📒MENGHARAPKAN KEMATIAN KERANA TAKUT FITNAH📒

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “tidaklah hari kiamat itu terjadi hingga ada seseorang yang melintasi kawasan perkuburan saudaranya lalu mengucapkan, ‘andai sahaja aku yang menempati tempatnya ini.’” Riwayat Imam Malik.

Thauban berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w berkata, “Ya Allah, aku memohon kepadamu agar dapat mengerjakan berbagai kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang-orang miskin. Seandainya Engkau menghendaki fitnah bagi manusia, kembalilah aku kepada-Mu tanpa terkena fitnah.”

Zaman mutaakhirin sekarang ini, kita semua dikelilingi oleh berbagai fitnah sehinggakan sampai ketahap tidak ada yang sanggup melihat, mendengar dan membicarakannya. Namun ramai juga yang melakukan sebaliknya.

Kita melihat bagaimana anak gadis dalam keadaan yang berpakaian begitu indah dimata sang pendusta dunia di merata-rata tempat, seperti pusat beli belah, karnival-karnival, pasar malam, dan sebagainya.

Kita melihat anak-anak muda yang menjadi jaguh jalanraya tanpa medal dan piala, menjadi doctor yang tidak perlukan ijazah dan master mahupun PHD, melihat gejala social yang begitu menyesakan dada orang-orang yang beriman. Pembuangan anak, ragut, rogol, LGBT, rasuah, pecah amanah, pemimpin-pemimpin yang sentiasa menambah pikulan kayu api di bahu mereka dan pelbagai lagi yang membuatkan seluruh anggota orang beriman menggigil mengharapkan keampunan dari Khalidnya.

Umar r.a berkata, “Ya Allah, kekuatanku telah berkurang, usiaku pun telah semakin tua, sementara rakyatku telah berkembang. Oleh kerana itu, kembalilah aku kepada-Mu tanpa disia-siakan dan dihinakan.” Belum sampai dipenghujung bulan, beliau telah meninggal. Riwayat Imam Malik.

‘Ulaim al-Kindi berkata, “saya pernah bersama Ubai Abbas al-Ghifari berada di tempat yang tinggi, lalu dia melihat sutu kaum berlari menghindari penyakit taun. Ia lantas
berkata, ‘wahai penyakit taun, jemputlah aku bersamamu.’”

Hal itu dikatakannya sebanyal tiga kali. Kemudian , ‘Ulaim bertanya, “mengapa engkau berkata seperti itu? Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda, ‘tidak sepatutnya salah seorang di antara kalian mengharapkan kematian, kerana pada saat itu (kematian), terputuslah semua amalnya. Akan tetapi, jangan p**a kalian lari atau menolaknya, apatah lagi mencelanya (kematian).’”

‘Ulaim menceritakan bahawa Abu Abbas berkata, “tidakkah engkau mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ‘bersegaralah kalian pada kematian kerana enam perkara :

1. Kekuasaan (pemimpin) dipegang oleh orang-orang bodoh
2. Banyaknya polis (tetapi jenayah/gejala social) makin bertambah
3. Hukum agama dijual belikan (kerana cintakan dunia)
4. Darah (nyawa) menjadi murah
5. Silatirrahim diputuskan (lebih s**a bertikam lidah dari mencari penyeselaian) dll
6. Al-Quran dijadikan sebagai seruling oleh sekolompok manusia ( menampilkan seseorang untuk melagukan al-Quran bagi mereka, padahal ia salah seorang yang paling sedikit pemahamannya terhadap al-Quran.”

Riwayat Ibn Abd al-Birr dalam at-Tamhid; al-Mawarzi dalam al-Janaiz; Imam Ahmad dalam Musnadnya; dan Imam at-Tabrani dalam al-Kabir.

Bersama kita muhasabah, dengan apa yang telah berlaku di sekeliling kita. Semoga Allah meletakan kita di dalam naunganNya, RahmatNya dan HidayahNya.

Wallahuaklam......
Mohon maaf dan teguran diatas kekurangan dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..

05/08/2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

26/06/2014

Assalamualaikum....
Sempena Bulan Ramadhan
Kami Menyediakan 200 Bungkus Nasi
Setiap Hari Untuk Jemaah Yang Berbuka Puasa

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434 HIJRAH..SAMA2 LAH KITA MEMPERBANYAKKAN AMALAN-AMALAN KEBAIKAN DI BULAN ...
17/07/2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434 HIJRAH..

SAMA2 LAH KITA MEMPERBANYAKKAN AMALAN-AMALAN KEBAIKAN DI BULAN INI...^_^

Address

Kubang Kerian

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Remaja Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Rakan Remaja Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian:

Share