Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap

Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap, Religious Center, Jalan Sungai Isap 6, Kuantan.

Laman rasmi Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap.Laman ini diselenggara oleh Unit IT Serta Biro Seranta Dan Perhubungan bertujuan untuk mengimarah dan berkongsi maklumat kepada masyarakat

08/08/2026

🔴 SEDANG BERLANGSUNG | FORUM DHUHA

Ikuti Forum Dhuha: “Bijak Mengurus, Berkat Dirasai” sempena Karnival Kewangan Islam 2026, yang sedang berlangsung di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Bersama barisan panel:
Moderator: Ustaz Haji Muhammad ‘Izzan bin Idris Al-Hafiz
Panel 1: Ustaz Haji Mohd Azli bin Abdullah Al-Hafiz
Panel 2: Ustazah Nurul Hidayah binti Kamarudin

Kupasan santai dan bermanfaat mengenai pengurusan kewangan berlandaskan nilai Islam, agar setiap rezeki yang diurus menjadi lebih teratur, diberkati dan memberi manfaat.

📅 Sabtu, 8 Ogos 2026
🕘 9.00 pagi
📍 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Jom ikuti siaran langsung dan kongsikan kepada keluarga serta sahabat.

Bijak Mengurus, Berkat Dirasai.

28/07/2026

SIARAN LANGSUNG | MAJLIS PERASMIAN PENANGGUHAN BULAN ZAKAT & WAKAF NEGERI PAHANG 2026

Saksikan siaran langsung Majlis Perasmian Penangguhan Bulan Zakat & Wakaf Negeri Pahang 2026 yang akan berlangsung pada:

Selasa, 28 Julai 2026
13 Safar 1448H | 7.00 malam
Masjid Al-Munawwarah, Taman Setia Jasa, Temerloh, Pahang

Majlis akan dirasmikan oleh:

YH. Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain
DSAP., DIMP., SAP., AMP., PKC.
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Orang ramai dijemput untuk mengikuti siaran langsung majlis ini serta berkongsi siaran kepada keluarga, sahabat dan kenalan.

Jom berzakat dan berwakaf di www.zakatpahang.my/myzakat




Jom hadir malam ni bawa family dan penuhkan saf masjid❤️
02/07/2026

Jom hadir malam ni bawa family dan penuhkan saf masjid❤️

DERMAWAN SANTUNI JEMAAH MASJID SULTAN AHMAD SHAH SUNGAI ISAP (MSAS) DENGAN SUMBANGAN DURIANMSAS, 30 Jun 2026 (Selasa) – ...
30/06/2026

DERMAWAN SANTUNI JEMAAH MASJID SULTAN AHMAD SHAH SUNGAI ISAP (MSAS) DENGAN SUMBANGAN DURIAN

MSAS, 30 Jun 2026 (Selasa) – Suasana penuh ceria dan ukhuwah mewarnai Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap apabila para jemaah berpeluang menikmati jamuan durian hasil sumbangan ikhlas daripada seorang dermawan, En. Ayub.

Sumbangan yang terdiri daripada durian premium Musang King serta pelbagai jenis durian tempatan lain telah diagihkan kepada para jemaah lelaki dan wanita yang hadir. Kemeriahan jelas terpancar melalui wajah-wajah ceria para jemaah yang bersama-sama menikmati juadah tersebut dalam suasana penuh kemesraan, sekali gus mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Pihak Pengurusan MSAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada En. Ayub atas keikhlasan serta kemurahan hati beliau berkongsi rezeki bersama para jemaah. Sumbangan seumpama ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada mereka yang hadir, malah mencerminkan nilai murni budaya bersedekah, saling berkongsi dan mengimarahkan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah.

Saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa dan seluruh warga Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Ayub atas sumbangan yang amat bermakna ini. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau, melimpahkan rezeki yang halal lagi diberkati, mengurniakan kesihatan yang baik, mempermudahkan segala urusan, memanjangkan usia dalam keberkatan serta mengurniakan kebahagiaan, ketenangan dan perlindungan kepada En. Ayub serta seluruh ahli keluarganya. Semoga setiap rezeki yang dikongsikan menjadi amal jariah yang berterusan dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.

Saya juga berharap agar budaya berkongsi rezeki seperti ini akan terus subur dalam masyarakat dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk bersama-sama menyokong aktiviti kebajikan serta mengimarahkan institusi masjid. Semoga MSAS terus menjadi pusat penyatuan ummah, medan mengeratkan ukhuwah dan tempat lahirnya lebih banyak amalan kebajikan yang membawa manfaat kepada masyarakat.

Ikhlas daripada,

Dr. Sharafuddin Aisa
Pengerusi
Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap

TAHLIL PERDANA MASJID SULTAN AHMAD SHAH SUNGAI ISAP (MSAS) BERLANGSUNG DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN UKHUWAHMSAS, 4 Jun 202...
05/06/2026

TAHLIL PERDANA MASJID SULTAN AHMAD SHAH SUNGAI ISAP (MSAS) BERLANGSUNG DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN UKHUWAH

MSAS, 4 Jun 2026 – Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Perdana yang berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap (MSAS) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan, kesyukuran dan semangat kebersamaan. Program yang diadakan selepas solat Maghrib itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para jemaah, penduduk setempat serta pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bagi mengimarahkan rumah Allah SWT.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, diikuti bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin bagi memohon kesejahteraan, keberkatan serta rahmat Allah SWT ke atas seluruh umat Islam. Dalam suasana yang penuh tenang dan insaf, para jemaah turut bersama-sama mendoakan agar roh-roh kaum keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, dilapangkan kubur mereka serta dikurniakan keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Pihak pengurusan Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap (MSAS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa masjid, sukarelawan serta para jemaah yang telah bertungkus-lumus membantu menyediakan juadah, menguruskan persiapan dan memastikan kelancaran majlis dari awal hingga akhir. Segala pengorbanan masa, tenaga dan komitmen yang diberikan mencerminkan semangat gotong-royong dan ukhuwah Islamiah yang menjadi tunjang kekuatan sesebuah komuniti.

Penghargaan yang tidak terhingga turut dizahirkan kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada kewangan, makanan, minuman, tenaga mahupun keperluan lain bagi menjayakan majlis ini. Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan merupakan satu bentuk amal kebajikan yang amat bermakna dan menjadi bukti keprihatinan masyarakat dalam mengimarahkan institusi masjid serta menyokong program-program keagamaan yang membawa manfaat kepada ummah.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan para penyumbang, melipatgandakan ganjaran mereka, mengurniakan keberkatan dalam rezeki, mempermudahkan segala urusan kehidupan serta memberikan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya serta menjadi bekalan yang bernilai di sisi Allah SWT.

Pihak masjid juga merakamkan penghargaan kepada seluruh jemaah yang hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran para jemaah bukan sahaja menyemarakkan program yang diadakan, malah membuktikan kesatuan hati dan semangat kebersamaan dalam menghidupkan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan pembangunan masyarakat.

Semoga majlis yang julung kali diadakan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program kerohanian dan kemasyarakatan pada masa akan datang. Diharapkan segala usaha yang dilaksanakan akan terus mendapat sokongan masyarakat demi memperkukuhkan ukhuwah, menyuburkan budaya ilmu dan ibadah serta menjadikan masjid sebagai nadi utama penyatuan ummah.

"Jazakumullahu Khairan Kathira" – Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan para penyumbang, sukarelawan dan jemaah dengan sebaik-baik balasan serta menghimpunkan kita semua dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat rahmat, keampunan dan keredaan-Nya. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

"Imarahkan Masjid, Masyarakat Berkat"

📢 MAKLUM BALAS PROGRAM IBADAH KORBAN MSAS 1447H / 2026MAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, Program...
31/05/2026

📢 MAKLUM BALAS PROGRAM IBADAH KORBAN MSAS 1447H / 2026M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban MSAS 1447H / 2026M telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 27.05.2026 (Rabu). Pihak pengurusan masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh peserta korban, petugas, sukarelawan, jemaah serta Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan program.

Bagi tujuan penilaian serta penambahbaikan pengurusan dan pelaksanaan program pada masa akan datang, pihak pengurusan masjid amat mengalu-alukan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat.

📌 Sehubungan itu, peserta korban, petugas, sukarelawan, jemaah serta AJK adalah dipohon untuk meluangkan sedikit masa mengisi borang maklum balas melalui pautan berikut:

📝: https://forms.gle/xraBKCqRyb4175GP8

Setiap pandangan, cadangan dan teguran yang diberikan amat bermakna dalam usaha memastikan Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap (MSAS) terus diperkasakan demi manfaat bersama.

Segala maklum balas yang diterima adalah dirahsiakan dan hanya digunakan bagi tujuan penilaian serta penambahbaikan program.

Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat dihargai.

"Imarahkan Masjid, Masyarakat Berkat" 🤍🕌

Daripada:
Unit IT serta Biro Seranta dan Perhubungan Awam MSAS

PROGRAM IBADAH KORBAN MSAS 1447H / 2026M BERLANGSUNG DENGAN JAYANYAMSAS, 27 Mei 2026 – Alhamdulillah, Program Ibadah Kor...
30/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN MSAS 1447H / 2026M BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

MSAS, 27 Mei 2026 – Alhamdulillah, Program Ibadah Korban Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap (MSAS) bagi tahun 1447H / 2026M telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada Rabu, 27 Mei 2026, bertempat di Lapang Sasar Memanah MSAS.

Pada tahun ini, sebanyak 12 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah disempurnakan ibadah korbannya dengan penuh tertib serta mengikut syariat Islam. Program ini melibatkan penyertaan para peserta korban, Ahli Jawatankuasa (AJK), petugas, sukarelawan serta jemaah yang hadir bergotong-royong bagi menjayakan keseluruhan proses penyembelihan, melapah, menimbang dan pengagihan daging korban.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyembelih iaitu Ustaz Sapuan, Ustaz Fakhruzzaman Bin Abdul Mutalib dan Haji Fadhil yang telah mengendalikan proses penyembelihan dengan penuh amanah dan berhemah.

Turut hadir memantau pelaksanaan program ialah pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, yang membantu memastikan aspek kebajikan haiwan serta pematuhan prosedur berkaitan dilaksanakan dengan baik sepanjang program berlangsung.

Pihak pengurusan MSAS juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta korban yang telah memberikan kepercayaan untuk melaksanakan ibadah korban melalui MSAS pada tahun ini. Penghargaan yang sama turut ditujukan kepada seluruh AJK masjid, petugas, sukarelawan dan jemaah yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan kerjasama sehingga program ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Sesungguhnya kejayaan program ini adalah hasil semangat ukhuwah, kerjasama dan pengorbanan semua pihak yang terlibat. Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Pihak pengurusan MSAS juga memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan atau kesulitan yang mungkin berlaku sepanjang pelaksanaan program ini. Segala teguran dan pandangan yang membina amat dihargai bagi membantu penambahbaikan program pada masa akan datang.

"IMARAHKAN MASJID, MASYARAKAT BERKAT"

SOLAT HARI RAYA AIDILADHA MSAS BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DAN PENUH KEINSAFAN27 Mei 2026 (Rabu) bersamaan 10 Zulhijjah 14...
30/05/2026

SOLAT HARI RAYA AIDILADHA MSAS BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DAN PENUH KEINSAFAN

27 Mei 2026 (Rabu) bersamaan 10 Zulhijjah 1447H – Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap (MSAS) telah berjaya menganjurkan Solat Hari Raya Aidiladha yang berlangsung dalam suasana penuh khusyuk, harmoni dan semangat ukhuwah Islamiah.

Solat sunat Aidiladha telah diimamkan oleh Ustaz Fakhruzzaman Bin Abdul Mutalib, Imam 2 MSAS, manakala tugas bilal disempurnakan oleh Encik Azhar Bin Mohd Noor, Bilal 2 MSAS. Khutbah Aidiladha bertajuk "Kehidupan Adalah Pengorbanan" telah disampaikan dengan penuh penghayatan, mengingatkan para jemaah tentang erti pengorbanan, ketaatan serta kepentingan memperkukuhkan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT.

Turut hadir menunaikan Solat Hari Raya Aidiladha pada tahun ini ialah YBrs. Dr. Sharafuddin Aisa Bin Haji Osman, Pengerusi Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap bersama Ahli Jawatankuasa Masjid, pegawai masjid serta para jemaah yang memenuhi ruang solat masjid.

Pihak pengurusan MSAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaah yang hadir memeriahkan Solat Hari Raya Aidiladha tahun ini. Kehadiran dan sokongan berterusan daripada masyarakat setempat menjadi bukti kesatuan serta kecintaan terhadap institusi masjid sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan pada Aidiladha ini diterima oleh Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih bertakwa, bersatu dan saling membantu.

"IMARAHKAN MASJID, MASYARAKAT BERKAT"

Address

Jalan Sungai Isap 6
Kuantan
25150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Isap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share