Khidmat Surau Bergerak Nadwah - Mobil Musolla

Khidmat Surau Bergerak Nadwah - Mobil Musolla Mobil Musolla adalah satu perkhidmatan yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di kawasan tumpuan umum sekitar Kuantan.

Khidmat Surau Bergerak Badan Nadwah Islamiah Pahang yang dinamakan Mobil Musolla adalah satu perkhidmatan menyediakan kemudahan tempat untuk bersolat kepada orang ramai dengan menggunakan kenderaan iaitu lori yang diubahsuai. kenderaan ini dilengkapi dengan ruang solat untuk lelaki dan wanita serta tempat untuk berwuduk. lokasi yang dipilih untuk menempatkan Mobil Musolla ini adalah di pasar-pasar

malam, di tempat-tempat keramaian, di perkarangan stadium darul makmur ketika perlawanan bolasepak serta lain-lain lagi. Mobil Musolla juga bersedia menerima tempahan dari mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan ini. Mobil Musolla satu lagi usaha dakwah bil hal yang dipelopori oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang. Marilah menunaikan solat, Marilah menuju kejayaan. LATAR BELAKANG

● Terdapat empat belas (14) lokasi Pasar Malam ( Pasar Lambak ) dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan ( MPK ). Pasar Malam ini akan bermula sekitar jam 3:00 petang sehingga 10:00 malam setiap hari bermula hari Isnin hingga Ahad di lokasi yang berbeza.
● Pada amnya masjid atau surau yang berada berdekatan dengan tapak pasar malam adalah dalam jarak terdekat kira-kira ½ km. Tetapi oleh kerana urusniaga berterusan terutama pada waktu maghrib maka pada amnya terdapat segelintir peniaga akan terus berniaga tanpa berhenti untuk menunaikan solat atau lewat menunaikan solat. OBJEKTIF

● Menyediakan tempat solat berdekatan atau bersebelahan pasar malam.
● Menggalakkan dan memudahkan para peniaga dan pengunjung menunaikan solat setiap waktu.
● Menarik golongan yang tidak melazimi menunaikan solat supaya tidak meninggalkan ibadah yang wajib ini.

Address

Badan Nadwah Islamiah Pahang, No. 168, Tingkat Bawah, Jalan Besar
Kuantan
25000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Surau Bergerak Nadwah - Mobil Musolla posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Khidmat Surau Bergerak Nadwah - Mobil Musolla:

Share