22/07/2017
ألحمدلله
إن شاءالله
Buat kali pertamanya, masjid kita dipilih untuk Majlis Pernikahan Perdana anjuran Adun Tg Lumpur iaitu pada hari ini, 23/07/17 (Ahad).
Seramai 16 pasang pengantin bakal dinikahkan oleh 8 org Wali Hakim iaitu Ust Hj Arif, Ust Dr Azhar, Ust Hj Mohd Fazi, Ust Hj Md Sapuan, Ust Hj Zamzamiri, Ust Hj Tajuddin, Ust Hj Mohamad dan Imam 1 masjid ini sendiri, Hj. Mohd Asri Hj. Abu Bakar. Antara pengantin yg terlibat ialah anak kepada saudara kita, En. Kamaruddin (Pak Din), mantan Siak masjid ini.
Majlis bermula 8:30 pg. Pengantin dijangka tiba jam 9 pg. Majlis akan dibuka dgn bacaan al Quran oleh pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kg Sri Damai.
Khutbah nikah akan dibacakan oleh al Fadhil Ust Mohd Anis, Timb. Qadhi Kuantan.
11:30 pg pengantin akan diarak ke majlis jamuan di Pantai Kempadang.
Sama² kita doakan moga majlis diberkati ألله dan berjalan dgn lancar sekali..