Masjid Kampung Sungai Soi

Masjid Kampung Sungai Soi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Kampung Sungai Soi, Mosque, Jalan Kuantan/Pekan, Kuantan.

Alhamdulillah ...terima kasih Dato sri diraja MB pahang Tok wan, DS Penyelaras DUN Tanjung Lumpur Dan barisan AJK krana ...
03/04/2026

Alhamdulillah ...terima kasih Dato sri diraja MB pahang Tok wan, DS Penyelaras DUN Tanjung Lumpur
Dan barisan AJK krana banyak menolong urusan Masjid Kg Sg Soi..

Alhamdulillah ...terima kasih Dato' Sri sudi terima jemputan dripada masjid kampung sungai soi..
14/03/2026

Alhamdulillah ...terima kasih Dato' Sri sudi terima jemputan dripada masjid kampung sungai soi..

31/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak Masjid dengan rendah hati ingin memohon sumbangan infaq berbentuk barangan daripada para jemaah serta masyarakat setempat bagi menyiapkan kerja-kerja konkrit lantai di ruangan dewan makan masjid.

Kerja ini amat penting kerana ruangan tersebut akan digunakan sebagai tempat jamuan berbuka puasa dan sahur sepanjang bulan Ramadan yang akan datang, demi keselesaan para jemaah.

Antara barangan yang diperlukan ialah:
๐Ÿชจ Pasir kasar X 2 lori
๐Ÿชจ Batu / Crusher Run X 1 Lori
๐Ÿงฑ Simen X 1 pallet

Setiap sumbangan, sama ada kecil atau besar, amatlah bermakna dan sangat membantu kelancaran kerja ini. Semoga segala infaq yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta mendapat ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.

โ€œPerumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji.โ€
(Surah Al-Baqarah: 261)

๐Ÿ“Œ Pegawai Bertanggungjawab:
En. Faqrul
(Setiausaha Masjid)
๐Ÿ“ž 010-989 8699

Jazakumullahu khairan kathira atas segala sokongan dan keprihatinan yang diberikan.
Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

๐ŸŒ™Ramadan adalah bulan yang Allah buka pintu rahmat seluas-luasnya.๐ŸŒœBulan di mana setiap suapan menjadi sedekah,dan setia...
29/01/2026

๐ŸŒ™Ramadan adalah bulan yang Allah buka pintu rahmat seluas-luasnya.

๐ŸŒœBulan di mana setiap suapan menjadi sedekah,
dan setiap ringgit menjadi saham akhirat.

Mungkin hidangan itu sederhana bagi kita,
namun bagi mereka yang berpuasa,
ia adalah nikmat yang Allah kirim melalui tangan orang-orang yang ikhlas.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œBarang siapa memberi makan orang yang berpuasa,
maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu
tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang tersebut.โ€

(Hadis Riwayat Tirmizi)
Dan Allah SWT berfirman:

โ€œPerumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah
adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,
pada tiap-tiap tangkai itu p**a seratus biji.โ€

(Surah Al-Baqarah: 261)

๐ŸŒ™ *PROGRAM TAJAAN RAMADAN*
๐Ÿฝ๏ธ Berbuka Puasa โ€ข Moreh โ€ข Sahur

๐Ÿ“ Masjid Kampung Sungai Soi, Kuantan
๐Ÿ—“๏ธ Ramadan 1447H / 2026M

๐Ÿ’› 1 Lot Tajaan: RM150

๐Ÿ’› 1 Hari Tajaan: RM1200

*Reminder*: Selepas bayaran dibuat secara tunai..mohon utk.mendapatkan resit rasmi mkss dengan pegawai yg dilantik ni..

โœจ Satu hidangan yang anda tajakan hari ini,
boleh menjadi sebab keampunan dosa di akhirat kelak.

โœจ Nama terukir di papan hanyalah simbol,
namun pahalanya Allah simpan sebagai bekalan bertemu-Nya.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ust. Zamri โ€“ 012 956 1256
En. Faqrul โ€“ 010 989 8699
En. Nazrul โ€“ 012 373 4169

๐ŸŒ™ Ayuh kita rebut peluang ini dan hidupkan Ramadan dengan berkongsi rezeki
dan meraih pahala yang berpanjangan.

Alhamdulillah
16/01/2026

Alhamdulillah

โœจ *FORUM PERDANA* ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ *2026/1447H MKSS*โœจ๐ˆ๐ฌ๐ซ๐š๐ค ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐š๐ฃ: ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐€๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐”๐ฆ๐š๐ญ ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐™๐š๐ฆ๐š๐งPeristiwa Israk Mikraj...
15/01/2026

โœจ *FORUM PERDANA* ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ *2026/1447H MKSS*โœจ

๐ˆ๐ฌ๐ซ๐š๐ค ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐š๐ฃ: ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐€๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐”๐ฆ๐š๐ญ ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐™๐š๐ฆ๐š๐ง

Peristiwa Israk Mikraj bukan sekadar kisah mukjizat, tetapi suatu amanah besar yang membentuk hubungan hamba dengan Tuhannya, khususnya melalui solat dan ketaatan.

Marilah kita menelusuri hikmah Israk Mikraj serta pengajarannya untuk umat akhir zaman dalam sebuah majlis ilmu yang sarat dengan pengisian rohani dan pencerahan minda.

๐Ÿ‘ค Bersama:
YH DATO' HJ ABDUL ZAKI BIN MD ZAIN
*Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP)*

๐Ÿ—“ Jumaat, 16 Januari 2026 / 26 Rejab 1447H
๐Ÿ•ฐ 6.45 malam โ€“ 9.00 malam

๐Ÿ“ Ruang Solat Utama Masjid Kampung Sungai Soi

๐ŸŽŸ Terbuka kepada umum, Ayuh ringankan kaki Ke Masjid.

๐Ÿฅ˜ Jamuan disediakan *( mengalukan sumbangan kuih muih pada hari tersebut)*

๐Ÿ“Œ Sumbangan & Infaq
Sokong usaha pengembangan ilmu kepada:
๐Ÿฆ Bank Islam Malaysia Berhad
๐Ÿ’ณ Tetuan Masjid Kg Soi
๐Ÿ”ข 06019010028741

Semoga kehadiran kita menjadi asbab kefahaman, keinsafan dan limpahan keberkatan.

Jemput hadir bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Seluruh ahli kariah Kampung Sungai Soi dijemput hadir ke Program Dakwah Perda...
11/12/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seluruh ahli kariah Kampung Sungai Soi dijemput hadir ke Program Dakwah Perdana Negeri Pahang Darul Makmur 1447H / 2025M yang akan berlangsung pada Khamis, 11 Disember 2025 bertempat di Masjid Kampung Sungai Soi, Kuantan.

*Majlis akan bermula selepas solat Maghrib*, diikuti Forum Perdana bertajuk โ€œCakna Masjid: Isu-isu Masyarakat & Masjidโ€ bersama barisan panel;
1. Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang
2. KPP Bahagian Penguatkuasaan JAIP dan
3. Imam Besar, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

Marilah kita bersama memeriahkan majlis ilmu ini serta mengambil manfaat untuk kesejahteraan masyarakat dan kariah kita.
Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan diberkati Allah SWT. Terima kasih.

17/11/2025

Kuantan (15.11.2025)- Alhamdulillah, suasana di Masjid Kampung Sungai Soi hari ini cukup meriah dengan latihan seni silat yang menghimpunkan para pelajar cilik dan remaja sebagai usaha memupuk jatidiri, disiplin serta keyakinan diri. Latihan yang diadakan secara berkala ini bukan sahaja mengajar teknik mempertahankan diri, tetapi turut mendidik adab, semangat kerjasama dan rasa hormat antara guru serta rakan seperguruan.

Melihat kesungguhan anak-anak kecil ini berlatih di perkarangan masjid benar-benar memberi inspirasiโ€”masjid bukan hanya tempat ibadah, tetapi juga pusat pembangunan sahsiah dan aktiviti komuniti yang bermanfaat. Semoga usaha murni ini terus subur dan menjadi pemangkin kepada generasi muda yang berilmu, berakhlak serta berjiwa kental.

Tahniah kepada para jurulatih, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menghidupkan program ini. Moga Allah SWT memberkati setiap langkah dan usaha kita semua.

PENGAMBILAN AHLI BARU SENTIASA DIBUKA

Sila hubungi,
0182794881 - Cikgu Fahmi
0139768553 - Cikgu Alin
0194266770 - Cikgu Amin
0194266450 - Cikgu Shahira

๐Ÿ’ผ IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BILAL IIMasjid Kampung Sungai Soi kini membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan dan be...
05/10/2025

๐Ÿ’ผ IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BILAL II

Masjid Kampung Sungai Soi kini membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan dan berjiwa dakwah untuk menyertai keluarga besar kami sebagai Bilal II.

๐Ÿ“‹ Syarat Kelayakan:
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 18 tahun ke atas
โœ… Sihat tubuh badan
โœ… Mampu melaungkan azan & iqamah dengan baik
โœ… Mempunyai asas ilmu agama yang baik
โœ… Menetap di kawasan sekitar Sungai Soi
โœ… Berdisiplin, berakhlak mulia & komited dalam program masjid

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oktober 2025

๐Ÿ“จ Menghantar surat maklumat peribadi kepada Pegawai dan AJK Masjid bertugas untuk dibuat tapisan dan temuduga

๐Ÿ“ž Jika berminat, sila hubungi:

Us Zuhaidi: 012-988 6388

Imam Asri: 013-287 5985

En Faqrul: 010-989 8699

๐Ÿ“ Sertailah kami dalam menyemarakkan syiar Islam dan memperkukuh peranan masjid di tengah masyarakat.
โ€œMenjadi Bilal bukan sekadar azan, tetapi seruan kepada kebaikan dan amal soleh.โ€

16/09/2025

Kuantan- 14.09.2025 -

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, program Perarakan Maulidur Rasul telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat, aman dan lancar. Bagi pihak penganjur, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat โ€“ para peserta perarakan, ahli jawatankuasa pelaksana, sukarelawan, pihak keselamatan, para penyumbang, serta seluruh masyarakat yang hadir memberi sokongan padu. Sesungguhnya kejayaan program ini adalah hasil daripada kerjasama, kesungguhan dan pengorbanan masa serta tenaga yang dicurahkan oleh semua pihak.

Mudah-mudahan segala usaha kita dalam menghidupkan syiar Islam dan menzahirkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini diterima Allah sebagai amal soleh, serta terus mempereratkan ukhuwah dan kasih sayang sesama umat. Semoga kita dipertemukan lagi dalam program yang penuh keberkatan ini pada masa akan datang, insya-Allah.

Berarak bersama cahaya gemilang,
Menghiasi jalan penuh syukur,
Semoga silaturahim terus terjalin terang,
Kasih Rasulullah kekal tersambung penuh subur.

Bunga mawar harum berseri,
Indah mekar di taman permai,
Ya Allah, satukan hati kami ini,
Dalam iman, kasih dan rahmat-Mu yang abadi.

Sekian.
Barisan AJK MKSS 2025

Address

Jalan Kuantan/Pekan
Kuantan
26060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kampung Sungai Soi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kampung Sungai Soi:

Share

Category