Surau Inderapura Jaya - Official

Surau Inderapura Jaya - Official Surau Inderapura Jaya

11.04.2026Sekitar Program Gotong-Royong bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat 🤝✨Alhamdulillah, program berjalan dengan la...
11/04/2026

11.04.2026

Sekitar Program Gotong-Royong bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat 🤝✨

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan semangat semua pihak yang terlibat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat serta semua sukarelawan yang turun padang, menyumbang tenaga dan masa demi kebaikan bersama.

Selesai gotong-royong, program diteruskan dengan Kuliah Zohor bersama PU Angah yang menyampaikan tazkirah penuh manfaat dan peringatan buat kita semua.

Semoga ilmu yang dikongsikan memberi keberkatan dan panduan dalam kehidupan seharian 🤲✨

13/03/2026

Dalam sederhana ada bahagia,
Dalam Ramadan ada seribu makna.
Ayuh manfaatkan Ramadan yang tersisa,
Kejar redha selagi masa masih ada.


Secebis kayu dibina menjadi mimbar,dari tangan para penyumbang yang ikhlas.Dari sinilah nanti akan bergema ayat-ayat nas...
09/03/2026

Secebis kayu dibina menjadi mimbar,
dari tangan para penyumbang yang ikhlas.

Dari sinilah nanti akan bergema ayat-ayat nasihat,
mengingatkan hati yang lalai,
menyatukan langkah menuju Tuhan.

Terima kasih kepada yang menyumbang.
Semoga setiap kalimah yang disampaikan dari mimbar ini menjadi amal jariah yang mengalir tanpa henti.

“𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡.𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐫 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭.”Sekitar suasana berb...
27/02/2026

“𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡.
𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐫 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭.”

Sekitar suasana berbuka puasa di surau baharu. Semoga setiap amal, sumbangan dan kehadiran diberkati serta menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih rahmat,
keampunan dan keberkatan.

𝐁𝐚𝐧𝐤 𝐌𝐮𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐭
𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐩𝐮𝐫𝐚 𝐉𝐚𝐲𝐚
𝟎𝟔𝟎𝟏𝟎𝟎𝟎𝟓𝟔𝟒𝟑𝟕𝟏𝟓

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*          *بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم*A...
20/02/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم*
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Surau Inderapura Jaya telah berjaya disiapkan walaupun masih terdapat beberapa perkara yang belum sempurna. Ini merupakan satu pencapaian besar buat kita semua.
- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Surau yang telah bertungkus lumus dari awal perancangan sehingga surau ini berjaya direalisasikan. Komitmen, masa dan tenaga yang dicurahkan amatlah dihargai.
- Terima kasih juga kepada seluruh warga Inderapura Jaya yang telah memberikan sokongan padu serta sumbangan kewangan dalam membantu pembinaan surau ini.
- Tidak dilupakan kepada semua para penyumbang tegar individu,syarikat,berkumpulan dari segala semua platform media sosial, istiqomah dalam bersama menyumbang dari awal pembinaan sehingga surau ini siap terbina.
Jazzakallahukhairan.
Semoga segala usaha, sumbangan dan pengorbanan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

Dari kosong menjadi ruang,dari ruang menjadi tempat sujud,langit Ramadan menjadi saksi,langkah kaki menuju surau baru in...
19/02/2026

Dari kosong menjadi ruang,
dari ruang menjadi tempat sujud,
langit Ramadan menjadi saksi,
langkah kaki menuju surau baru ini
bukan sekadar hadir, tetapi kembali kepada-Nya

Terima kasih kepada semua jemaah yang bersama-sama memakmurkan malam Ramadan di surau baru.
Moga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk terus istiqamah beribadah sehingga ke malam-malam terakhir Ramadan 🤲

17/02/2026

Alhamdulillah 🤍

Surau kini siap sedia untuk beroperasi bermula Ramadan ini.

Semoga setiap langkah yang hadir, setiap sujud yang dilabuhkan, dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab keberkatan buat kita semua.

Dari hasil infaq dan titik peluh bersama, kini sebuah ruang ibadah berdiri menanti tetamu Allah.

Ramadan kali ini,
kita makmurkan surau dengan solat berjemaah, tadarus, dan hati yang penuh keikhlasan. 🌙✨

28/01/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐬 𝐔𝐩𝐝𝐚𝐭𝐞
28.01.2026

Dulu hanya lakaran dan harapan,
Kini 95% sudah jadi kenyataan.

Surau Inderapura Jaya hampir sempurna —
hasil kebaikan yang tuan puan tanam,
insyaAllah menuai pahala berterusan.

𝐁𝐚𝐧𝐤 𝐌𝐮𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐭
Surau Inderapura Jaya
06010005643715

21/01/2026

𝟐𝟖 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧🌙

Alhamdulillah,
Sedikit demi sedikit, surau kita semakin hampir untuk disiapkan demi keselesaan jemaah beribadah. Setiap kemajuan yang dicapai adalah hasil sokongan dan infaq orang ramai.

Ayuh kita bersama menyempurnakan pembinaan surau ini.
Teruskan berinfaq, semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya.

🍽️ 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan untuk kita melipatgandakan amal kebajikan dan berko...
20/01/2026

🍽️ 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀

Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan untuk kita melipatgandakan amal kebajikan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang berpuasa. Antara amalan yang sangat besar ganjarannya ialah memberi makan orang yang berpuasa.

𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 ﷺ 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒃𝒅𝒂:
“𝑺𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒖𝒌𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒃𝒂𝒈𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂 𝒔𝒆𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒊𝒕𝒖 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒑𝒖𝒏 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒔𝒆𝒃𝒖𝒕.”
(𝑯𝒂𝒅𝒊𝒔 𝑹𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕 𝒂𝒕-𝑻𝒊𝒓𝒎𝒊𝒛𝒊)

Sehubungan itu, pihak Surau Inderapura Jaya membuka peluang kepada para jemaah dan para dermawan untuk bersama-sama menaja juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan.

💰 1 Lot Tajaan: RM100
📅 Keperluan Sehari: RM1,000

Mudah-mudahan setiap suapan yang dijamah oleh para jemaah menjadi saksi kebaikan, mengalir sebagai amal jariah dan menjadi sebab keberkatan rezeki serta pengampunan dosa kita semua.

Ayuh kita rebut peluang pahala ini, kerana Ramadhan tidak menunggu kita, tetapi kebaikan yang kita lakukan akan menunggu kita di akhirat kelak.

✨ 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐆𝐇𝐑𝐈𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ✨Jemput hadir ke Kuliah Perdana bersama👳🏻‍♂️ 𝒀𝑯 𝑴𝒂𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒕𝒐’ 𝑯𝒂𝒋𝒊 𝑪𝒊𝒌 𝑾𝒂𝒏 𝑯𝒊𝒍𝒎𝒚 𝒃𝒊𝒏 𝑾𝒂𝒏 𝑴𝒐𝒉𝒂𝒎𝒆...
10/01/2026

✨ 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐆𝐇𝐑𝐈𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ✨

Jemput hadir ke Kuliah Perdana bersama
👳🏻‍♂️ 𝒀𝑯 𝑴𝒂𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒕𝒐’ 𝑯𝒂𝒋𝒊 𝑪𝒊𝒌 𝑾𝒂𝒏 𝑯𝒊𝒍𝒎𝒚 𝒃𝒊𝒏 𝑾𝒂𝒏 𝑴𝒐𝒉𝒂𝒎𝒆𝒅, 𝑫𝑰𝑴𝑷

📖 Tajuk : Adab Berkasih Sayang Dalam Persahabatan
📍 Tempat : Surau Sementara IPJ
📅 Tarikh. : 15 Januari 2026 (Khamis)

Mari kita menyuburkan ukhuwah, memperindah adab dan menguatkan kasih sayang sesama insan berlandaskan ilmu dan hikmah.

🤲 Rayuan sumbangan turut dibuka bagi menyempurnakan pembinaan Surau Inderapura Jaya.
Setiap sumbangan anda adalah saham akhirat yang berpanjangan, insya-Allah.

📌 Sebarkan & hadir beramai-ramai
📌 Ajak keluarga dan sahabat

“𝑩𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉, 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒊𝒎𝒂𝒏.”

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐬 𝐔𝐩𝐝𝐚𝐭𝐞02.01.2026Alhamdulillah, pemasangan siling surau telah selesai ✅Projek masih memerlukan sokongan.Jom sama...
02/01/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐬 𝐔𝐩𝐝𝐚𝐭𝐞
02.01.2026

Alhamdulillah, pemasangan siling surau telah selesai ✅
Projek masih memerlukan sokongan.
Jom sama-sama menyumbang dan berkongsi rezeki untuk rumah Allah. 🤲

Moga setiap sumbangan, setiap doa, menjadi saham akhirat yang berpanjangan 🤲✨

𝐁𝐚𝐧𝐤 𝐌𝐮𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐭
Surau Inderapura Jaya
06010005643715

Address

Inderapura Jaya
Kuantan
25150

Telephone

+60129480560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Inderapura Jaya - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category