Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas

Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas, Mosque, Masjid Imam Ash-Shafie, Off Jalan Istana, Kota Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Program Qurban Perdana MIASK 1447H/2026M - Vol. 2
29/05/2026

Program Qurban Perdana MIASK 1447H/2026M - Vol. 2

Program Qurban Perdana MIASK 1447H/2026M - Vol. 1
29/05/2026

Program Qurban Perdana MIASK 1447H/2026M - Vol. 1

๐ŸŒ™ *Salam Aidiladha 1447H* ๐ŸŒ™Aidiladha mengajar kita bahawa hakikat korban bukan sekadar pada sembelihan, tetapi pada apa ...
26/05/2026

๐ŸŒ™ *Salam Aidiladha 1447H* ๐ŸŒ™

Aidiladha mengajar kita bahawa hakikat korban bukan sekadar pada sembelihan, tetapi pada apa yang kita sanggup relakan demi ketaatan kepada Allah SWT.

Semoga setiap pengorbanan kita โ€” kecil mahupun besar โ€” diterima Allah dan mendekatkan kita kepada rahmat serta reda-Nya.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Ikhlas daripada
_*Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS*_

๐ŸŒ™ *PERINGATAN WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH* ๐ŸŒ™Assalamualaikum wbt.Jangan lepaskan peluang pada Hari Arafah untuk memper...
26/05/2026

๐ŸŒ™ *PERINGATAN WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH* ๐ŸŒ™

Assalamualaikum wbt.

Jangan lepaskan peluang pada Hari Arafah untuk memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan munajat kepada Allah SWT, khususnya pada waktu mustajab doa.

๐Ÿ•‹ *Waktu Arafah (Wuquf di Arafah)*
๐Ÿ“… 26 Mei 2026 (Selasa) | 9 Zulhijjah 1447H

๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ Arab Saudi:
๐Ÿ•› *12.18 tengah hari โ€“ 6.57 petang*

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia:
๐Ÿ•” *5.18 petang โ€“ 11.57 malam*

Semoga Allah SWT menerima segala doa dan mengurniakan keampunan, keberkatan serta rahmat buat kita semua. ๐Ÿคฒ

Ikhlas daripada:
_*Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS_*

ALHAMDULILLAH | KURSUS PENGURUSAN KORBAN MIASK 1447H BERJALAN LANCARSyukur ke hadrat Allah SWT, Kursus Pengurusan Korban...
25/05/2026

ALHAMDULILLAH | KURSUS PENGURUSAN KORBAN MIASK 1447H BERJALAN LANCAR

Syukur ke hadrat Allah SWT, Kursus Pengurusan Korban MIASK 1447H (Asas, Lanjutan & Upskilling) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Mei 2026 bertempat di Masjid Imam Ash Shafie KotaSAS (MIASK).

Kursus ini diadakan sebagai persediaan menghadapi Program Korban Perdana MIASK 1447H, khusus bagi menyegarkan semula kefahaman petugas sedia ada, memberi pendedahan kepada peserta baharu serta meningkatkan kompetensi (upskilling) pengurusan korban dalam kalangan ahli kariah, sukarelawan, peserta korban dan petugas lapangan.

Sepanjang kursus, para peserta telah mengikuti perkongsian meliputi aspek:

โœ… Asas Syariah & Persediaan Pra-Korban
โœ… Pelaksanaan Sembelihan & Pengendalian Karkas
โœ… Pasca Korban, Agihan & Pengurusan Operasi

Pihak MIASK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyampai jemputan atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman:

๐Ÿ”น Ustaz Muhammad Taufiq Ghufran bin Bakri
(Unit Dakwah PAI Bandaraya Kuantan)

๐Ÿ”น Encik Mohd Razif bin Ramly
(Halal Executive, Hoeng Seong Korean Beef Centre, Korea Selatan)

๐Ÿ”น Ustaz Arif Syazali bin Muhammad
(Bahagian Dakwah JAIP)

Ucapan penghargaan juga kepada semua peserta, ahli kariah, sukarelawan serta jawatankuasa yang telah menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi manfaat dan asbab kepada pelaksanaan ibadah korban yang lebih tersusun, selamat, mematuhi syarak serta diberkati Allah SWT.

โ€œIlmu dihayati, ibadah dimaknai, pengurusan korban diberkati.โ€

๐ŸŒŸ ALHAMDULILLAH | JUALAN RAHMAH MADANI @ MIASK BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ๐ŸŒŸSyukur ke hadrat Allah SWT, Program Jualan Ra...
25/05/2026

๐ŸŒŸ ALHAMDULILLAH | JUALAN RAHMAH MADANI @ MIASK BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ๐ŸŒŸ

Syukur ke hadrat Allah SWT, Program Jualan Rahmah MADANI @ Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) yang berlangsung hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada komuniti KotaSAS dan kawasan sekitarnya.

Sejak awal pagi, kehadiran masyarakat bagi mendapatkan barangan keperluan asas pada Harga Rahmah jelas mencerminkan keperluan dan manfaat besar program seperti ini dalam membantu rakyat menangani cabaran kos sara hidup semasa โ€” lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pihak MIASK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang atas kesudian memilih MIASK sebagai lokasi penganjuran program, sekaligus membawa manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.

Ucapan penghargaan juga kepada semua petugas, sukarelawan, ahli jawatankuasa, pihak keselamatan, para peniaga serta seluruh pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan penuh bagi menjayakan program ini.

Sesungguhnya, masjid bukan sahaja tempat ibadah, tetapi juga pusat kebajikan, kebersamaan dan kesejahteraan masyarakat.

๐Ÿ“ธ Jom ikuti sorotan gambar sekitar program yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya Jualan Rahmah MADANI @ MIASK hari ini.

โ€œRahmah Itu Berkatโ€ โค๏ธ
MIASK โ€“ Memakmurkan Ummah, Memperkasakan Komuniti

๐ŸŒฑ Alhamdulillah, Program Penghijauan Komuniti MIASK 2026 telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi.Setinggi-tinggi kesy...
25/05/2026

๐ŸŒฑ Alhamdulillah, Program Penghijauan Komuniti MIASK 2026 telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Simbolik Penanaman Pokok anjuran Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran).

Program santai komuniti ini berjaya menghimpunkan ahli kariah dan komuniti sekitar dalam usaha bersama menghijaukan kawasan rezab berhampiran MIASK melalui penanaman pokok sebagai simbol komitmen ke arah persekitaran yang lebih hijau, nyaman dan lestari.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang atas sokongan dan kesudian hadir menjayakan simbolik penanaman pokok ini, serta kepada semua ahli kariah, sukarelawan dan komuniti yang turut meluangkan masa bersama-sama memeriahkan program.

Menariknya, program ini turut berlangsung seiring dengan Kursus Pengurusan Ibadah Korban dan Jualan Rahmah MADANI, menjadikan suasana pagi di MIASK lebih hidup, santai dan penuh semangat kebersamaan komuniti.

Semoga setiap pokok yang ditanam menjadi manfaat berpanjangan, memberi teduhan kepada masyarakat serta menjadi sedekah jariah yang berterusan buat semua yang terlibat.

๐ŸŒณ โ€œSetiap pokok yang ditanam, satu pahala yang berterusan.โ€

๐ŸŒ™ JOM REBUT PELUANG PUASA SUNAT TARWIYAH & ARAFAH ๐ŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Ayuh kita bersama-sama men...
24/05/2026

๐ŸŒ™ JOM REBUT PELUANG PUASA SUNAT TARWIYAH & ARAFAH ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ayuh kita bersama-sama menghidupkan amalan sunnah sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha dengan melaksanakan Puasa Sunat Tarwiyah dan Arafah yang hanya hadir setahun sekali.

๐Ÿ“… Puasa Sunat Tarwiyah
8 Zulhijjah 1447H | 25 Mei 2026 (Isnin)

๐Ÿ“… Puasa Sunat Arafah
9 Zulhijjah 1447H | 26 Mei 2026 (Selasa)

โœจ Antara kelebihan besar Puasa Arafah bagi yang tidak menunaikan haji ialah sebagaimana hadis Nabi SAW:

โ€œPuasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
(Hadis Riwayat Muslim)

Jangan lepaskan peluang amalan yang sangat besar ganjarannya ini. Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan menjelang Aidiladha.

Jom pakat puasa sama-sama ๐Ÿ˜Š

Ikhlas daripada
Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS

๐ŸŒณ *JOM SANTAI HUJUNG MINGGU DI MIASK!* ๐ŸŒณAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sempena penganjuran Kursus Pengurusan...
22/05/2026

๐ŸŒณ *JOM SANTAI HUJUNG MINGGU DI MIASK!* ๐ŸŒณ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena penganjuran Kursus Pengurusan Ibadah Korban dan Jualan Rahmah MADANI di MIASK, marilah kita sama-sama memeriahkan satu lagi aktiviti santai komuniti iaitu:

๐ŸŒฑ *Program Penghijauan Komuniti MIASK 2026*
๐Ÿ—“ 23 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Kawasan Rezab TOL berhampiran MIASK, KotaSAS

Program ini akan melibatkan simbolik penanaman pokok bersama komuniti sebagai usaha menjadikan kawasan sekitar MIASK lebih hijau, nyaman dan lestari untuk manfaat generasi akan datang.

โœจ Semua ahli kariah, penduduk KotaSAS dan komuniti sekitar dijemput hadir memeriahkan program ini.

Sambil hadir ke kursus korban dan membeli barangan keperluan di Jualan Rahmah MADANI, jom luangkan sedikit masa menyokong usaha penghijauan komuniti kita ๐ŸŒฟ

_โ€œSetiap pokok yang ditanam, satu pahala yang berterusan.โ€_

Mohon sebarkan. Jumpa di MIASK ๐Ÿ˜Š

Address

Masjid Imam Ash-Shafie, Off Jalan Istana, Kota Sultan Ahmad Shah
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas:

Share

Category