Masjid Al-Imam Ash-Shafie Kotasas

Masjid Al-Imam Ash-Shafie Kotasas Masjid Al Imam Ash-Shafie. Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS). Kuantan Pahang Untuk sumbangan Tabung Masjid :

BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BHD
No.

Akaun : 11-113-100912-1(lama)
:1101119590 (baru)
Nama Pemegang Akaun : MASJID IMAM ASH-SHAFIE KOTASAS. Semoga murah rezeki.

💐Lawatan Ilmiah Muslimat Masjid Imam Ash-Shafie, Kotasas💐Tarikh : 2 Disember 2023Tempat-tempat yang dilawati :🌹Masjid Sr...
04/12/2023

💐Lawatan Ilmiah Muslimat Masjid Imam Ash-Shafie, Kotasas💐

Tarikh : 2 Disember 2023
Tempat-tempat yang dilawati :
🌹Masjid Sri Sendayan
🌹Nasyrul Quran Putrajaya
🌹audagar Nanas Agrofarm Kajang

🌹11.00 mlm - Peserta berkumpul di perkarangan Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas
(Jumaat 1 Dis)
Disebabkan musim hujan jadi rombongan bertolak lebih awal kerana pergerakan bas akan menjadi perlahan. Jika bertolak awal insya Allah dpt sampai ke Sendayan sebelum subuh.

🌹4.30 pagi - Sampai di Masjid Sendayan & persiapan diri.

🌹6.00 pagi - Solat subuh dan Kuliah Subuh.

🌹7.00 pagi - Bersarapan di Restoran Bawang yang ditaja oleh MIASK

🌹9.00 pagi - Bertolak ke Nasyrul Quran

🌹10.00 pagi - Sampai di Nasyrul Quran Comlex

🌹Rombongan diberikan taklimat oleh Pihak Nasyrul Quran.

🌹Rombongan juga dibawa melihat ke kilang percetakan Al-Quran KEDUA terbesar di dunia.

🌹Terdapat artifak-artifak yang berkaitan dengan tamadun Islam selain pameran manuskrip-manuskrip AL- QURAN.

🌹Rombongan juga boleh membeli pelbagai jenis AL-QURAN dan Tafsir yang dicetak oleh YAYASAN RESTU.

🌹1.00 tgh hari - Makan tengahri di RESTORAN RESTU QURAN yang ditaja oleh MIASK

🌹3.45 ptg - Bergerak ke Ladang SAUDAGAR NANAS

🌹5.00 ptg - Bergerak balik ke Kuantan.

🌹6.15 ptg - Solat Jamak Zohor dan Asar seterusnya menunggu Maghrib untuk Solat Jamak Taqdim Maghrib dan Isyak.

🌹8.00 mlm - Berhenti di RNR Temerloh untuk makan malam.

🌹10.30 mlm - Rombongan selamat sampai ke Kuantan

https://t.me/+o43ou_3YncFkYzU1

Warna warni LAWATAN ILMIAH MUSLIMAH MASJID IMAM ASH-SHAFIE, KOTASAS.

2 Disember 202319 Jamadil Awwal 1445Alhamdulillah selesai Program Kursus Pengurusan Jenazah (Praktikal) Muslimin kali Ke...
02/12/2023

2 Disember 2023
19 Jamadil Awwal 1445

Alhamdulillah selesai Program Kursus Pengurusan Jenazah (Praktikal) Muslimin kali Ke7 disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mawardi Md Zin dan program ini di anjurkan oleh Badan Khairat Kematian (BKK) Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas. Terima kasih kepada peserta dan semua terlibat yang hadir terutama kepada pelajar-pelajar Al-Madrasah Mustofawiyyah Al-Alamiyyah Astana Permai sudi menjadi model jenaza

28/11/2023
Jumaat, 12 Jamadilawal 1445H / 24 Nov 2023💐Alhamdulillah, AJK Muslimah Masjid Imam Ash-Shafie KOTASAS (MIASK) bersama Mu...
25/11/2023

Jumaat, 12 Jamadilawal 1445H / 24 Nov 2023

💐Alhamdulillah, AJK Muslimah Masjid Imam Ash-Shafie KOTASAS (MIASK) bersama Muslimah KOTASAS telah menziarahi Puan Azimiyah yang menghidap alergi kronik kesan dari Vaksin COVID-19.

💐Puan Azi baru sahaja pulang ke rumah setelah 16 hari berada di SASMEC kerana menjalani pembedahan kaki.

💐Apa yang lebih menyedihkan ialah kedua-dua belah mata Puan Azi tidak lagi boleh melihat. Sebelum ini hanya sebelah mata sahaja boleh digunakan untuk melihat.

💐Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tangisan Puan Azi meluluhkan hati kami. Hanya doa yang mampu kami panjatkan memohon dipermudahkan segala urusan Puan Azi dan puteri tunggalnya Aisyah.

💐Aisyah sedang menuntut di Madrasah terpaksa belajar secara online untuk menjaga ibunya yang tersayang.

💐Ketua Muslimah MIASK, Ustazah Rosmaniza telah mengetuai bacaan doa, menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada residen Kotasas serta buah tangan sumbangan Muslimat MIASK kepada Puan Azi.

💐Sama-samalah kita berdoa agar ALLAH TAALA YANG MAHA PENYEMBUH mengangkat segala kesakitan yang dialami oleh Puan Azi serta dipermudahkan segala urusan beliau dan anaknya.
ALLAHUMMA ANTA SHAFI. WALA SHAFA'A ILLA ANTA.

# seseorang # melainkan menggalasnya #


NAFSAN ILLA WUS 'AHA #

💐KULIAH MUSLIMAT💐💐KUPASAN KITAB : MUHIMMAH💐💐18 November 2023💐Di antara isi-isi penting kuliah ialah :💐Jagalah anak-anak ...
20/11/2023

💐KULIAH MUSLIMAT💐💐KUPASAN KITAB : MUHIMMAH💐
💐18 November 2023💐
Di antara isi-isi penting kuliah ialah :

💐Jagalah anak-anak perempuan kamu, kelak mereka akan menjadi pelindung utk dirimu daripada api neraka Allah di akhirat nanti.

💐Bertuahlah mana-mana suami yang mempunyai isteri yang solehah kerana isteri yang solehah merupakan sebahagian daripada 'Syurga Dunia' untuk suami.

💐Betapa ramai penghuni Neraka terdiri daripada kaum Hawa, jadi muhasabah diri masing-masing supaya kita tidak tergolong dikalangan mereka yg bakal menghuni NERAKA nnti.Nauzubillahi min zaalik.

💐Lelaki yang baik memang untuk perempuan yang balik. Begitulah sebaliknya lelaki yang jahat memang untuk perempuan yang jahat.

💐Kuliah dihadiri hampir 50 orang Muslimah. Majlis disudahi dengan jamuan LAKSA PAHANG dan sumbangan kuih secara potluck oleh muslimat yang hadir.

🌹ZIARAH CAKNA DAN MAHABBAH OLEH AJK MUSLIMAH MIASK DAN JIRANITA PRESINT KOTASAS🌹🌹Tarikh : 3 November 2023 🌹Hari : Jumaat...
03/11/2023

🌹ZIARAH CAKNA DAN MAHABBAH OLEH AJK MUSLIMAH MIASK DAN JIRANITA PRESINT KOTASAS🌹

🌹Tarikh : 3 November 2023
🌹Hari : Jumaat
🌹Masa : 4.45 - 6.45 petang

Alhamdulillah... Selesai sudah ziarah pertama kami di bulan November dari Muslimah MIASK (Biro Kebajikan) beserta jiranita dari semua precints di KOTASAS.

Tujuan ziarah ini adalah untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan kewangan kepada mereka yg telah kehilangan ibu tersayang dan ditimpa kesakitan.

Sumbangan ini adalah hasil kutipan jiranita dari semua presint dan telah berjaya di sampaikan kepada penerima-penerima di bawah:

1. Puan Fairos - Precint 2b (Azalea 2)
Penyakit yang dihidapi : spine (multilevel disc disease), ashtma, diabetic, hypertension

2.Ibu Puan Fairos Yang tinggal serumah
Penyakit yang dihidapi : Jantung, osteoarthritis

2. Adik Aisyah Hana yg kematian ibu.
Nama ayah: Radinnorisham
Precint 6

Semoga sumbangan dari MUSLIMAH MIASK dan semua jiranita dapat mengurangkan beban kesedihan dan kesakitan yg mereka hadapi. Moga segala amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.


Antara isi-isi penting Kuliah Muslimah yang bertajuk : SEINDAH SOLAT NABI : MERAIH GANJARAN PAHALA SOLAT BERDASARKAN SUN...
21/10/2023

Antara isi-isi penting Kuliah Muslimah yang bertajuk :
SEINDAH SOLAT NABI : MERAIH GANJARAN PAHALA SOLAT BERDASARKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W. Penceramah telah menitipkan beberapa perkara :

🌹Sentiasa Bersyukur dan tambah lagi kesyukuran

🌹Lain syakartum laazidaanakum walainkafartum inna azabi lasyadid

🌹Sentiasa basahkan lidah dengan lafaz Alhamdulillah

🌹Tambahkan SOLAT SUNAT TAUBAT setiap solat 5 waktu

🌹Tambahkan ubudiyyah kita kepada Allah walau apa jua kedudukan kita.

🌹Sujud adalah amali yang paling hebat...sujud kena lama sbb masa itu lah kita di RIBAAN ALLAH

🌹Jangan sujud sperti ayam jantan.

🌹Kena jaga solat dari segi kualiti

🌹Jangan sujud sperti anjing

🌹Jangan menoleh seperti musang...Nabi bandingkan perihal solat dgn haiwan

🌹Orang yang memperbaiki solat adalah orang yang memperbaiki dirinya sendiri.

🌹Ada kisah seorang lelaki yg telah ditolak oleh Allah solatnya selama 60 tahun.

🌹Solat adalah produk dari Allah

🌹Tahsin solat boleh memberatkan timbangan di akhirat nanti

🌹Kalau kita tiada masa untuk Allah dan Rasul maka Allah pun akan tiada masa untuk kita.

🌹Janganlah segala ibadat solat, puasa, haji dan sebagainya sebelum ni tidak diterima oleh Allah

🌹Rasulullah pernah mengarahkan seorang anak muda mengulangi solat selama 3x disebabkan solat yang dilakukan tidak sah. Sebab tu kita kena sentiasa belajar dan terus belajar supaya kita dapat UPGRADE SOLAT ke darjah yang paling sempurna.

🌹Mana-mana solat yang tertinggal hendaklah di qadakan sebab kelak Allah akan dedahkan di akhirat nanti.

🌹Mazhab Syafie menyatakan bahawa solat hanya boleh ditinggalkan dalam 2 situasi iaitu ketika terlupa dan tertidur tetapi hendaklah diqadakan dengan segera.

🌹Qada solat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja walaupun waktu tersebut diharamkan untuk solat. Contoh waktu selepas Solat Asar.

🌹Mana-mana orang yang melakukan sunat qabliyyah dan baadiyyah sebanyak 4 rakaat, susuk-susuk tubuh ini akan diharamkan oleh Allah.

🌹HUTANG DGN ALLAH WAJIB BAYAR

🌹SEJAHAT-JAHAT MANUSIA IALAH ORANG YG MENCURI DI DALAM SOLAT, IAITU ORG YG TIDAK SEMPURNAKAN RUKUKNYA DAN TIDAK SEMPURNAKAN FATIHAHNYA.

🌹ORANG-ORANG YANG PERNAH MENINGGALKAN SOLAT, HENDAKLAH
1.Solat dgn khusyuk
2.Perbanyakkan solat2 sunat bagi menebus balik dosa meninggalkan solat-solat sebelum ini.

🌹Perbanyakkan doa sblum salam. 4 doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

🌹Di akhirat nanti hanya 1 millah daripada 73 millah sahaja yang akan masuk ke syurga.

🌹Orang yang mengamalkan semua yg diperintahkan oleh Nabi dan tinggalkan segala larangan Nabi merupakan satu golongan millah yang akan msuk ke syurga nanti.

🌹Majlis disudahi dengan bacaan DOA QUNUT NAZILAH untuk saudara Islam kita di Palestin. Sedikit jamuan ringan disediakan oleh pihak penganjur dan individu yang menyumbanh. Jumlah kehadiran hampir 70 orang.

Address

Kota Sultan Ahmad Shah
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Imam Ash-Shafie Kotasas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category