Persatuan Tarannum Pahang

Persatuan Tarannum Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Tarannum Pahang, Religious organisation, One Stop Centre (OSC), Persatuan Tarannum Pahang, A-21 Tingkat 1 Jalan IM3/11, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Pertubuhan berdaftar yang menjadi penggerak kepada aktiviti dan program memartabatkan Al-Quran khususnya dalam pembangunan, pengukuhan dan peningkatan ilmu Al-Quran kepada seluruh Ummah. Keahlian Persatuan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia khususnya warga negeri Pahang serta sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang pengembangan, pengukuhan dan peningkatan ilmu Al-Quran, Tarannum, Qiraat, Hafazan dan seumpama dengannya.

“BARISAN JURI (KATEGORI HAFAZAN) MTHQK 2026”.
19/04/2026

“BARISAN JURI (KATEGORI HAFAZAN) MTHQK 2026”.

“BARISAN JURI (KATEGORI TILAWAH) MTHQK 2026”.
19/04/2026

“BARISAN JURI (KATEGORI TILAWAH) MTHQK 2026”.

Seluruh Warga Persatuan Tarannum Pahang (PTP) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ustaz Zul-Hasyimi bin Mohamed Yunus y...
17/04/2026

Seluruh Warga Persatuan Tarannum Pahang (PTP) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ustaz Zul-Hasyimi bin Mohamed Yunus yang mendapat giliran mempersembahkan bacaan ayat suci Al-Quran Al-Karim pada malam ini (17 April 2026) mewakili negeri Pahang di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Terengganu.

Sama2 kita doakan kejayaan beliau.🤲🏻

إنا لله وإنا إليه راجعونDengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Persatuan Tarannum Pahang (PTP) merakamkan ucapan Takz...
06/04/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Persatuan Tarannum Pahang (PTP) merakamkan ucapan Takziah atas kembalinya ke-Rahmatullah
Ustaz Hasan Ash-Shukry Bin Abdullah (1983–2026)
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa almarhum, melapangkan kuburnya, serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kehilangan seorang murabbi ummah yang banyak berjasa dalam menyampaikan ilmu dan mendidik masyarakat dengan ilmu Al-Quran.

Almarhum juga merupakan rakan kolaborasi strategik PTP dalam aktiviti dan program-program pembangunan Al-Quran dan tilawah di semua peringkat sejak 2010. Beliau juga pernah dilantik dan berkhidmat sebagai tenaga pembimbing dalam beberapa program Al-Quran, Qasidah dan Barzanji di negeri Pahang.

🤲🤲🏻Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam syurga Allah SWT.

Doakan juga semoga keluarga Almarhum diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Wallahua’alam.

ADMIN_PTP
6 APRIL 2026

Sabtu, 4 April 2026•••••••••••••••••••Persatuan Tarannum Pahang (PTP) sentiasa berperanan menjadi “Support Team” kepada ...
04/04/2026

Sabtu, 4 April 2026
•••••••••••••••••••
Persatuan Tarannum Pahang (PTP) sentiasa berperanan menjadi “Support Team” kepada badan induk pentadbir & pengelola agama di negeri Pahang seperti Jabatan M***i Negeri Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan institusi-institusi di bawahnya.

Hari ini Pengerusi PTP, Ustaz Mohd Norhisham Pauzi bertemu mata bersama M***i Negeri Pahang Sohibussamahah Professor Dato’ Dr Asmadi bin Mohamed Naim dan membentangkan secara ringkas fungsi dan peranan PTP sejak penubuhannya pada 2009 sehingga sekarang dalam membantu dan menyediakan khidmat sokongan badan induk agama di negeri Pahang.

PTP juga berhasrat mengangkat dan mengiktiraf para Qurro’ dan tokoh-tokoh Al-Quran yang telah banyak berjasa kepada agama khususnya di negeri Pahang dengan penghargaan sewajarnya.

(ADMIN_PTP)

Address

One Stop Centre (OSC), Persatuan Tarannum Pahang, A-21 Tingkat 1 Jalan IM3/11, Bandar Indera Mahkota
Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Tarannum Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Persatuan Tarannum Pahang:

Share