Persatuan Mahasiswa Islam IKIP

Persatuan Mahasiswa Islam IKIP Persatuan Mahasiswa Islam IKIP ditubuhkan bertujuan untuk membawa sinar Islam di bumi IKIP

Kami warga PMI mengucapkan semoga berjaya kepada sahabat2 yang telah berlepas ke Jordan..Mudah-mudahan mendapat keberkat...
25/08/2015

Kami warga PMI mengucapkan semoga berjaya kepada sahabat2 yang telah berlepas ke Jordan..
Mudah-mudahan mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu di sana dan semoga kepulangan kalian semua dapat mengubat kerinduan dalam hati dan membawa misi sbg seorang khalifah dgn lebih baik

18/08/2015

Dialog TUHAN dan manusia
Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"
Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."
Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."
Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.."
Hamba: "Ilahi, hari letih sekali, apa tidak ada cara lain?"
Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."
Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."
Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."
Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."
Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."
Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."
Malakat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."
Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."
Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."
Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."
Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"
Tuhan: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.
Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah ini"
P/s Sila repost kepada sahabat2 lain semoga mampu mengejutkan hati yang sedang tidur, jiwa yang sakit. Semoga kita istiqammah. In Shaa Allah.

04/08/2015

Salam Syawal rakan-rakan semua,

Mungkin Ramadhan telahpun meninggalkan kita tetapi masih ada persoalan yang bermain di benak fikiran kita..

Maka marilah sama-sama kita muhasabah agar hari-hari kita selepas ini menjadi lebih baik dari sebelumnya :)

1. Ramadan sepatutnya disambut oleh umat Islam dengan perasaan gembira kerana ia membawa 1001 keberkatan dan fadilat yang tidak terdapat pada bulan lain, tetapi kamu menerima kedatangannya seperti menerima kehadiran tamu yang tidak diundang kerana terbayang berbagai kesukaran yang bakal kamu tempuhi untuk memenuhi nafsu kamu

2. Kamu menyambut Ramadan kononnya, tapi fokus utama kamu ialah hari raya.

3. Umat Islam tahu Ramadan bulan penuh keberkatan, tapi terlalu jarang yang sudi merebutnya kerana tidak terasa terpanggil untuk mendapatkannya.

4. Ramadan mendidik seseorang supaya bersimpati terhadap golongan miskin. Tapi kamu langsung tidak mempedulikan kesusahan mereka. Malah kamu melihat mereka seperti sampah di tepi jalan.

5. Kamu berpuasa sehari suntuk tanpa meyentuh makanan. Tapi semasa berbuka kamu menyendatkan perut kamu yang kosong itu dengan anika jenis makanan dan minuman yang jarang kamu hidangkan pada bulan-bulan lain. Ibadat puasa bertukar menjadi pesta mengisi perut untuk memenuhi nafsu makan kamu yang haloba.

6. Mengimarahkan masjid dengan pengisian solat terawih dan lain-lain ibadat sunat adalah besar fadilatnya, tapi kamu menghabiskan waktu di pasar Ramadan dan gedung membeli belah sehingga larut malam.

7. Sejak awal pagi kamu sibuk dengan aktiviti perniagaan dan ianya berterusan hingga ke malam tanpa sempat mengisi dengan aktiviti ibadat. Akhirnya tanpa disedari, Ramadan sampai di penghujung sedangkan kamu masih tamak mengejar keuntungan perniagaan yang hanya dapat diraih dalam bulan Ramadan sahaja.

8. Ramadan mendidik jiwa supaya tidak boros dan membazir, tetapi kamu berbelanja berlipat kali ganda berbanding dengan bulan-bulan lain, bermula dari perbelanjaan untuk menyedia makanan yang lazat sewaktu berbuka dan bersahur hinggalah kepada persiapan untuk menyambut hari raya.

9. Tujuan syarak mewajibkan berpuasa adalah supaya kamu berkongsi pengalaman perit tanpa makan dengan mereka yang hidup melarat akibat kemiskinan atau ditimpa bencana, tapi perasaan tersebut langsung tidak meresap ke dalam jiwa kamu. Sebaliknya sikap tamak dan bakhil kamu terus menebal sehingga menganggap mereka yang datang meminta sedikit pertolongan dan sumbangan kepada kamu, sebagai menyusahkan kamu.

10. Kamu mengunjungi masjid untuk menunaikan solat terawih berjamaah sebagai menunaikan kegiatan qiyamullail di bulan Ramadan, namun dalam hati sering merungut bacaan imam yang panjang kerana tidak mahu menghabiskan masa yang panjang di masjid rumah Allah.

12. Ramadan melatih kamu supaya bersabar, tetapi semasa memandu, tindak tanduk kamu ternyata hilang sabar. Tangan kamu menekan horn memanjang tanda marah apabila kenderaan lain mengganggu kelancaran kenderaan kamu sambil mulut menyumpah-nyumpah.

Semoga hari kita baik-baik saja di bawah lindungan rahmatNYA
in-syaa Allah

08/03/2015

Ramai rasa dah tengok video ni..
Tapi admin sendiri download dan tengok byk2 kali..
Kasih ayah tidak dapat kita duga..

5.20PMBangunan Yayasan PahangBerakhir sudah GEMPAQ yg paling GEMPAQ..Disudahi dgn slot Aiman Azlan dan Haiqal MTAS..Hara...
07/03/2015

5.20PM
Bangunan Yayasan Pahang

Berakhir sudah GEMPAQ yg paling GEMPAQ..
Disudahi dgn slot Aiman Azlan dan Haiqal MTAS..
Harapan agar setiap peserta mendapat input yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Tahniah diucapkan kepada PERMAIYA dan FPTI kerana usaha keras mereka, program sebegini dapat dilaksanakan dengan terbaik.
Mudah-mudah usaha kalian dibalas Allah.
Moga redha Allah sentiasa bersama kita.
Nantikan program istimewa yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Wabillahittaufik.

10.00PMBangunan Yayasan PahangTomorrow is GEMPAK day..InsyaAllah will best the best program in this sem.Special thanks d...
06/03/2015

10.00PM
Bangunan Yayasan Pahang

Tomorrow is GEMPAK day..
InsyaAllah will best the best program in this sem.
Special thanks dedicated to PERMAIYA for the idea..
And our partner FPTI..
May Allah bless all of us..

Mahu menggilap potensi?Masih tidak tahu cara untuk berkhimat untuk ummah?Pengisian?Sertai kami dalam program GEMPAQ, ber...
28/02/2015

Mahu menggilap potensi?
Masih tidak tahu cara untuk berkhimat untuk ummah?
Pengisian?

Sertai kami dalam program GEMPAQ, bertempat di Yayasan Pahang, pada 7 March 2015..

Dan paling penting, tempat masih available!
Jom, daftar laju-laju untuk GEMPAQ!

Generasi Media Acuan AlquranJom joinPasti GEMPAQ
18/02/2015

Generasi Media Acuan Alquran
Jom join
Pasti GEMPAQ

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,....
25/12/2014

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,..)
-Surah Taha, ayat 124-

Dakwah Biar Fleksibel

10/12/2014

[Kalam Kepimpinan PMIIKIP]

Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan memakai sepatu kayu.

"Sang imam berkata, "Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir."

Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil.

"Nu'man namaku.", jawab sang imam.

"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku."

"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran."

"Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.

Ya Karim!

Semoga kita menjadi seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.
اِ نْ شَآءَ اللّهُ
آمِين آمِين آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

08/12/2014

Bismillah.

Kat dunia ni, tak pelik kalau ada seseorang yang kita tak mampu menangi hatinya.

Ibu kita.
Adik yang rapat dengan kita.
Mad'u dakwah yang kita sayang.
Teman yang dekat dengan kita.
Sahabat yang paling kita cinta.

Walau betapa gigihnya kita usaha.
Walau betapa banyaknya kita berdoa.
Walau betapa derasnya air mata mengalir kerananya.

Kerana, hati manusia itu Allah yang pegang.

Namun, kita mesti yakin akanNya.Percaya Allah menilai setiap titik peluh kita berusaha untuk bawanya kepada Dia.Allah kira setiap titis air mata kita saat kita berdoa untuknya.Allah nilai ketulusan jiwa kita, kesungguhan kita untuk pimpin tangannya menuju ke Syurga.

Kita usaha kerna kita tak tahu.Tak tahu pengakhiran kita dan dia.Yang kita mampu hanyalah usaha.Kalau cinta, pujuk hatinya meraih cinta Ilahi.Berkorban untuknya walau kehadiran kita tidak disedari.Walau selamanya kita tidak dihargai.
Kerna, kita kata cinta itu kerana Allah.Jadi, kena buktikan.

Bukti cinta ialah pengorbanan.Yakin dengan janji Allah.Bergerak menuju kepada Dia yang satu.
Moga Allah Reda.

Pedih.Perit.Derita.Sakit.Air mata.Hati kita,

Semuanya Allah tahu.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Surah Al-Qasas, 56:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِين.

“Sesungguhnya engkau (Wahai kekasihku Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai; Tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki,Dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang2 yang mendapat hidayah petunjuk".

Surah At-Talaq, 2:. وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا.
"..Sesiapa yang bertakwa kepada Allah,maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar".


Bismillah.Kat dunia ni, tak pelik kalau ada seseorang yang kita tak mampu menangi hatinya.Ibu kita.Adik yang rapat denga...
07/12/2014

Bismillah.

Kat dunia ni, tak pelik kalau ada seseorang yang kita tak mampu menangi hatinya.

Ibu kita.
Adik yang rapat dengan kita.
Mad'u dakwah yang kita sayang.
Teman yang dekat dengan kita.
Sahabat yang paling kita cinta.

Walau betapa gigihnya kita usaha.
Walau betapa banyaknya kita berdoa.
Walau betapa derasnya air mata mengalir kerananya.

Kerana, hati manusia itu Allah yang pegang.

Namun, kita mesti yakin akanNya.Percaya Allah menilai setiap titik peluh kita berusaha untuk bawanya kepada Dia.Allah kira setiap titis air mata kita saat kita berdoa untuknya.Allah nilai ketulusan jiwa kita, kesungguhan kita untuk pimpin tangannya menuju ke Syurga.

Kita usaha kerna kita tak tahu.Tak tahu pengakhiran kita dan dia.Yang kita mampu hanyalah usaha.Kalau cinta, pujuk hatinya meraih cinta Ilahi.Berkorban untuknya walau kehadiran kita tidak disedari.Walau selamanya kita tidak dihargai.
Kerna, kita kata cinta itu kerana Allah.Jadi, kena buktikan.

Bukti cinta ialah pengorbanan.Yakin dengan janji Allah.Bergerak menuju kepada Dia yang satu.
Moga Allah Reda.

Pedih.Perit.Derita.Sakit.Air mata.Hati kita,

Semuanya Allah tahu.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Surah Al-Qasas, 56:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِين.

“Sesungguhnya engkau (Wahai kekasihku Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai; Tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki,Dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang2 yang mendapat hidayah petunjuk".

Surah At-Talaq, 2:. وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا.
"..Sesiapa yang bertakwa kepada Allah,maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar".

Musta'an.
setiap usaha 'mereka'.Kadang kita tak tahu apa yang 'mereka' terpaksa lalui hanya untuk memastikan kita bahagia.َ

Address

Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Islam IKIP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Persatuan Mahasiswa Islam IKIP:

Share