Masjid Al-Bukhari Nurul Aman

Masjid Al-Bukhari Nurul Aman MEDAN ILMU MENCARI HIDAYAH ALLAH SWT

Alhamdulillah. Dua program berlangsung serentak iaitui. Solat Hajat Untuk Calon SPM 2024ii. Pemberian untuk asnaf oleh D...
22/12/2024

Alhamdulillah.
Dua program berlangsung serentak iaitu
i. Solat Hajat Untuk Calon SPM 2024
ii. Pemberian untuk asnaf oleh DRB Hicom melalui Masjid Al Bukhori Nurul Aman

Kuliah Subuh 20/9/2024 di Masjid Al-Bukhori Nurul Aman bersama Ustaz Iwan Mokhtar. Kitab Masalah Masbuk dan Muafik.Memah...
19/09/2024

Kuliah Subuh 20/9/2024 di Masjid Al-Bukhori Nurul Aman bersama Ustaz Iwan Mokhtar. Kitab Masalah Masbuk dan Muafik.

Memahami masalah Mukallaf

Mukallaf : Iaitu 0rang Islam yang dikenakan kewajipan atau perintah agama dan perintah agar menjauhi larangan Allah, kerana telah dewasa, berakal (aqil baligh) serta telah mendengar dan mengetahui adanya seruan Agama Islam kepada mereka. Mereka ini p**a sempurna pancainderanya.

Tidak sempurna mukallafnya jika seseorang itu bisu dan pekak sekaligus, ataupun buta dan pekak, kerana mereka tidak mampu memahami ajaran Islam yang disampaikan kepada mereka. Jika sekiranya mereka memahami ajaran Islam walau dengan apa cara sekalipun maka mereka juga termasuk di dalam golongan orang-orang mukallaf.

Orang yang tidak waras atau gila tidak tergolong dalam kump**an orang mukallaf. Kanak-kanak yang belum baligh juga bukan seorang mukallaf sehinggalah dia mencapai akil baligh. Seorang yang tinggal di suatu tempat yang tidak sampai syariat Islam juga tidak tergolong sebagai mukallaf walaupun seseorang itu sudah akil baligh.

Akil bermaksud berakal, iaitu orang-orang yang sempurna akal fikirannya dan dia boleh membezakan antara perkara atau perbuatan baik atau buruknya.

Baligh bermaksud, seseorang lelaki atau perempuan yang sampai peringkat umurnya yang tertentu, dengan syarat-syarat yang tertentu. Jika seorang lelaki tanda balighnya ialah apabila bermimpi melakukan persetubuhan atau melihat seseorang melakukan persetubuhan sehingga membawa kepada keluar mani. Hal ini akan berlaku kepada seseorang lelaki seawal umur sembilan tahun atau selewatnya 15 tahun.

Manakala bagi perempuan tanda balighnya ialah apabila keluar darah melalui kemaluannya seawalnya ketika berusia sembilan tahun dan ke atas. Darah yang keluar itu dinamakan Darah Haid.

Kuliah Maghrib 8 Syawal 1445( 16 April 2024) di Masjid Al-Bukhori Nurul Aman bersama Ustaz Hj Badri.Tafsir Ibnu Kathir S...
16/04/2024

Kuliah Maghrib 8 Syawal 1445( 16 April 2024) di Masjid Al-Bukhori Nurul Aman bersama Ustaz Hj Badri.
Tafsir Ibnu Kathir Surah Muhammad (Surah Qittal -Perang)



Tafsir Surah Muhammad Ayat 22-25

Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
(Muhammad 47:22)

Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya
(Muhammad 47:23)

Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
(Muhammad 47:24)

Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.
(Muhammad 47:25)


08/04/2024
18/07/2023
24/05/2021

PKP 3.0.... Patuhi SOP yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan. Solat lima waktu hanya terhad kepada 4 orang sahaja iaitu imam, bilal dan dua orang AJK masjid.
Tarikh kuatkuasa arahan ini bermula 24 Mei 2021 hingga 6 Jun 2021.

Kuliah Subuh Sabtu 17 Oktober 2020 bersama Ustaz Yusuf Embong.Semua jemaah dijemput hadir
13/10/2020

Kuliah Subuh Sabtu 17 Oktober 2020 bersama Ustaz Yusuf Embong.
Semua jemaah dijemput hadir

Address

Taman Seri Mahkota Aman
Kuantan
26070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Bukhari Nurul Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share