11/08/2018
Formula SUPERMAN menjemput Rezeki:
1. SOLAT
- Jaga Solat 5 waktu, solat tepat pada waktu, solat di masjid. Penting solat subuh berjemaah di masjid.
-SOLAT SUNAT. Sunat Dhuha. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
- TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
- AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..
2) SYUKUR
- Tanda orang bersyukur adalah dia banyak syukur dgn nikmat Allah SWT
3) SELAWAT DAN ISTIFAR
- SELAWAT, Bila kita selawat sekali, Allah dan para malaikat mendoakan rezeki dan kebaikan 10x ganda pada kita.
- ISTIFAR, Kita banyak dosa silam dan salah satu penghalang rezeki adalah dosa kita, perbanyakkan istifar padanya.
4) BERSEDEKAH DAN ZAKAT
- sedekah setiap hari
- bayar zakat perniagaan setiap bulan
5) SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang
Jaga hubungan dgn org sekeliling termasuk mak ayah, suami/isteri, anak, jiran2. Call mak ayah setiap hari
6) SENYUM
Bila kita banyak senyum ia akan menarik banyak magnet positif masuk ke dalam diri kita
7) BERGANTUNG PENUH DAN TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
β Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
β Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
β Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
β Surah Al-Mulk - Sebelum tidur