Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur Kuantan

Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur  Kuantan Laman Rasmi Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur

Mensyukuri Nikmat Silaturahim di Bulan Syawal ๐Ÿ•ŒAlhamdulillah, hari ini Masjid Darul Hikmah, Tanjung Lumpur telah mengada...
10/04/2026

Mensyukuri Nikmat Silaturahim di Bulan Syawal ๐Ÿ•Œ

Alhamdulillah, hari ini Masjid Darul Hikmah, Tanjung Lumpur telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis ini diadakan bukan sahaja untuk meraikan kemenangan sebulan berpuasa, malah sebagai platform untuk memperkukuh silaturahim antara kariah masjid dan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada para penyumbang dan petugas. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dalam memakmurkan masjid dan mengukuhkan ukhwah sesama kita. ๐Ÿคฒโœจ

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari. Rutin setiap malam Jumaat di Masjid Darul Hikmah, Tanjung ...
09/04/2026

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari. Rutin setiap malam Jumaat di Masjid Darul Hikmah, Tanjung Lumpur, kita berkumpul untuk bacaan Surah Yasin bersama jemaah. Inilah masanya untuk kita rehatkan jiwa daripada urusan dunia.

Firman Allah SWT: 'Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.' (Surah Ar-Ra'd: 28). Benarlah, bila kita duduk dalam majlis ilmu dan zikir, ketenangan itu hadir tanpa dipaksa. Nabi SAW juga bersabda: 'Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari, maka dia akan diampuni pada pagi harinya.' (HR Abu Ya'la). Jom kita rebut peluang ni, moga-moga asbab kita berkumpul malam ni, Allah turunkan rahmat buat kita semua."

03/02/2026
๐ŸŒ™ Malam Nisfu Syaaban ๐ŸŒ™Alhamdulillah, semalam kita dipertemukan dengan satu malam yang penuh keberkatan, Malam Nisfu Sya...
03/02/2026

๐ŸŒ™ Malam Nisfu Syaaban ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, semalam kita dipertemukan dengan satu malam yang penuh keberkatan, Malam Nisfu Syaaban โ€” malam di mana pintu keampunan Allah SWT terbuka luas, malam untuk kita bermuhasabah diri, memperbanyakkan doa dan memohon keampunan atas segala dosa yang lalu.

Mudah-mudahan segala amal ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah SWT, segala kekhilafan diampunkan, dan hati-hati kita dibersihkan daripada sifat lalai serta dosa yang tidak disedari.

Semoga Allah SWT menetapkan iman kita, memanjangkan umur dalam ketaatan, mengurniakan kesihatan yang baik, meluaskan rezeki yang berkat, serta mempertemukan kita dengan bulan Ramadan dalam keadaan hati yang bersih dan jiwa yang bersedia.

Terima kasih kepada seluruh jemaah yang hadir juga daripada pelajar-pelajar tahfiz jalan penor dan sama-sama menghidupkan malam yang mulia ini.

Moga kebersamaan ini menjadi saksi kebaikan buat kita semua di akhirat kelak.

๐Ÿคฒ Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dan dosa seluruh umat Islam.
๐ŸŒ™ Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.





Pihak Masjid Darul Hikmah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para pewakaf Al-Qurโ€™an y...
11/11/2025

Pihak Masjid Darul Hikmah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para pewakaf Al-Qurโ€™an yang budiman.

Sumbangan yang dihulurkan ini amat bermakna dalam usaha memakmurkan rumah Allah serta menyuburkan kecintaan terhadap Kalamullah.

Semoga Allah SWT melimpahkan ganjaran pahala yang berterusan (jariah) atas setiap huruf yang dibaca daripada mushaf yang diwakafkan ini.

Sumbangan tuan/puan menjadi cahaya ilmu dan pahala yang mengalir selamanya.

โ€œApabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara โ€” sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.โ€
(HR. Muslim)

*MASJID DARUL HIKMAH Masjid Tanjung Lumpur

๐ŸŒ™ FORUM MAAL HIJRAH 1447H ๐ŸŒ™Masjid Tg Lumpur dengan sukacitanya menjemput seluruh warga untuk hadir ke:๐Ÿ“Œ FORUM MAAL HIJRA...
25/06/2025

๐ŸŒ™ FORUM MAAL HIJRAH 1447H ๐ŸŒ™
Masjid Tg Lumpur dengan sukacitanya menjemput seluruh warga untuk hadir ke:

๐Ÿ“Œ FORUM MAAL HIJRAH
๐Ÿ•Œ Masjid Tg Lumpur
๐Ÿ“… Jumaat | 27 Jun 2025
๐Ÿ•– Masa: 7.00 malam - 9.00 malam
๐Ÿ› Jamuan makan disediakan

Panel Jemputan: ๐Ÿ‘ค Ustaz Aziz Al-Meccasary
(Pegawai Bahagian Dakwah, JAIP)
๐Ÿ‘ค Tn. Hj. Mohd Fadzli bin Mat Saman
(Ketua Penolong Pengarah Bhg Dakwah, JAIP)

Jom raikan tahun baru Islam dengan penuh penghayatan. Ajak keluarga dan jiran tetangga bersama-sama hadir. Semoga majlis ini membawa keberkatan dan kefahaman buat kita semua.

13/02/2025

Bacaan Yassin 3 kali pada Malam nisfu syaaban.

08/11/2024

Kuliah maghrib yang di sampaikan oleh ustaz Aziz dari JAIP.

22/09/2024

MA24 : Masjid Tg Lumpur. | Check out nurulhudaalhadi LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from nurulhudaalhadi.

22/09/2024

Persiapan Maulid Nabi pada Malam ini 22/9/2024 1446 hijri Ahad

Address

Kampung Tanjung Lumpur
Kuantan
26060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Darul Hikmah Tanjung Lumpur Kuantan:

Share